Saturday, April 17, 2010

Ikatan Balak

Ikatan balak

Ikatan balak digunakan untuk mengangkat kayu bulat, papan, atau tiang, belitan disambung dengan satu lagi setengah belit di bahagian atas hujung tiang.

IKATAN SATU LINGKAR DAN 2 SETENGAH BELIT

Ikatan satu lingkar dan 2 setengah belit
Ikatan ini diguna untuk mengikat tali kepada satu kayu bulat atau tiang

SIMPUL MANUK / MANGGIS

Ikatan simpul manuk atau juga dikenali sebagai simpul manggis
Dibuat dengan dua simpulan, yang mana simpulan kedua diletak di atas simpulan pertama. Ini adalah simpulan yang kuat untuk ikatan sauh tetapi mudah dilucut. salah satu kegunaannya yang aku biasa tengok adalah untuk mengikat kayu pancang lembu :)

IKATAN SETENGAH BELIT

IKATAN SETENGAH BELIT

Ini adalah belitan ringkas ke atas kayu pancang atau tali yang lain supaya apabila ditarik bebanan akan diagih kepada kayu tidak hanya kepada tali.

IKATAN TINDIH KASIH

ikatan tindih kasih

Ikatan tindih kasih adalah merupakan satu gelung yang tidak terlucut di bentuk  di hujung seutas tali. Antara kegunaannya adalah untuk operasi menyelamat untuk di ikat di badan mangsa tanpa menjerut badan mangsa.

IKATAN BUNGA GETI BERGANDA

ikatan bunga geti berganda

Ikatan bunga geti berganda adalah lebih kukuh daripada ikatan bunga geti tunggal dan ia digunakan untuk menyambungkan dua tali yang mempunyai saiz yang amat jauh berbeza. Bunga geti berganda dibentuk sama seperti bunga geti tunggal kecuali selepas sahaja membuat setengah belit dengan tali kecil, ianya diteruskan membuat pusingan bulat di sekeliling tali besar

Tuesday, April 13, 2010

KEPUTUSAN MTEST KPLI JUN 2010

dapat berita terbaru berkenaan KPLI dari this site

ini adalah makluman terbaru daripada Kementerian Pendidikan berkenaan panggilan temuduga . sila rujuk link ini http://www.moe.gov.my/?id=13&aid=821

Pindaan Semakan Panggilan Temu Duga KPLI-SR Ambilan Jun 2010

Assalamu'alaikum w.b.t & Salam Sejahtera,

Adalah dimaklumkan semakan penggilan temuduga on-line yang dijadualkan pada tarikh 12 April 2010 (Isnin) ditunda kepada 17 April 2010 (Sabtu). Calon dinasihatkan untuk melawati laman sesawang kementerian dari semasa ke semasa. Pihak Bahagian Pendidikan Guru kesal atas kesulitan yang berlaku.

Sebarang keterangan lanjut sila berhubung dengan Bahagian Pendidikan Guru di talian 03-88841242/1260/1253/1233/1226.

Calon juga boleh mencetak Kalendar Aktiviti terkini sebagai rujukan.

download jadual Aktiviti permohonan KPLI di sini

Sekian, harap maklum.

SEMAKAN KEPUTUSAN MTEST KPLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...