Sunday, August 14, 2011

PERJANJIAN MAS & AIR ASIA DEAL , SIAPA YANG MENANG?

PERJANJIAN MAS & AIR ASIA, SYARAT PERJANJIAN, STRATEGIK PLAN, REVENUE Vs COST, MARKET SHARE, MORAL, PERSAINGAN, MONOPOLY, - SIAPA YANG MENANG? 

Apa yang tersirat di dalam perjanjian pertukaran saham antara MAS dan Air Asia pada hari selasa 9 Ogos 2011 adalah untuk memantapkan sinergy usahasama antara MAS dan Air Asia dalam menghadapai persaingan domestik dan Antarabangsa. Namun apakah tujuan tersebut harus dicapai dengan hanya cara pertukaran saham ? (share swap deal - dengan perjanjian 5tahun + 5tahun ). Tony Fernandes dan Kamarudin Meranum sebagai pemilik saham terbesar Air Asia melalui Tune Air buat masa ini pastinya akan memastikan kepentingan mereka terjaga, namun hanya harapan terbaik diharap kepada wakil dari Khazanah untuk memastikan kepentingan MAS terjaga. Menyaksikan MAS sebagai aset Kerajaan menjadi mangsa adalah sesuatu yang sedih bagi rakyat dan pemilik saham.. Mari kita teliti apa yang tersurat di dalam perjanjian tersebut dan analisis yang boleh kita berikan


1) Syarat / Ratio perjanjian tukaran saham.-Bila satu satu perjanjian tukaran saham dibuat tidak dapat tidak kita harus melihat harga saham MAS dan Air Asia di pasaran saham. Ini adalah kerana jumlah saham yang akan ditukar ditentukan dengan nilai yang sama iaitu diukur kepada harga saham di pasaran saham di Bursa Malaysia. Pasaran saham pada masa perjanjian menunjukkan harga saham Air Asia pada RM3.95 dan MAS pada RM1.90. Berdasarkan harga tersebut  Tony Fernandes dan Kamarudin akan mendapat 20% saham didalam MAS dan Khazanah hanya mendapat 10% dari saham Air Asia! dari segi nombor Air Asia menang! Malah Tony Fernandes dan Kamarudin akan menjadi Major Shareholder Individu yang terbesar didalam MAS!!! Pastinya TF dan Kamarudin sekarang mempunyai suara sekarang di dalam MAS, pastinya kepentingan Air Asia akan dilindungi dalam setiap keputusan strategik yang akan dikeluarkan oleh pengurusan MAS!.. Apakah yang Khazanah ingin perjuangkan didalam Air Asia? pembahagian kos dan perkongsian aset yang sama rata? apakah selepas ni Air Asia boleh beroperasi di KLIA? Jika ingin buat analisis lebih mendalam mungkin boleh melihat kepada beberapa aspek seperti PE Price Earning Ratio, tentunya Air Asia mempunyai PE yang lebih tinggi tetapi adakah ia menunjukkan harga saham Air Asia terlebih nilai (overpiced) dibandingkan dengan jumlah jualan dan aset? dengan peningkatan harga saham MAS di Bursa Malaysia dan kejatuhan harga Air Asia sekarang ini bermakna pelaburan Tony Fernandes untung dan pelaburan Khazanah rugi,   Air Asia 1 MAS kosong!

2) Strategik plan.- air asia mempunyai akses / connection yang lebih baik dengan pembuat keputusan kerajaan. Kerja -keja melobi sudah makin mudah kepada kepada Tony Fernandes. MAS pula yang hanya akan menumpukan pada pada full premium service airline telah melepaskan PELUANG yang besar dalam pasaran low cost carrier. Perlu diingat Air Asia telah menunjukkan betapa besar PELUANG yang boleh diekploitasi dari pasaran low cost Airline. Namun MAS memilih untuk lari. Seharusnya Firefly diasingkan dari usahasama ini dan dikekalkan dengan cara operasi dan tumpuan kepada low cost airline manakala usahasama antara lebih kepada perkongsian laluan, aset, airport dan usaha lain.  Air Asia 2 Mas 0!!

3) Revenue or Cost? Apakah masalah MAS sekarang? Perbandingan dengan syarikatpenerbangan full service yang lain seperti Singapore Airlines SIA dan Thais Airline perlu dibuat untuk menilai kedudukan MAS sekarang. Mengikut  executive director MAS yang baru iaitu Mohammed Rashdan Yusof (pic), "If you look at its operating statistics, the airline's cost is one of the best versus other full service carriers. Its cost per ASK is competitive but the RASK (revenue per available seat km) is suffering". Jadi apa yang difahamkan masalah MAS dengan penurunan RPK(revenue per KM) dan RASK (revenue per available seat km) adalah melibatkan revenue (jualan)!. sudah tentunya Rashdan yang baru dilantik akan menyokong perjanjian tukaran saham ini. MAS tiada masalah dengan kos operasi jadi apakah perjanjian tukaran saham ini adalah ubat untuk meninggikan jualan? saya lebih melihat perjanjian tukaran saham ini lebih menjurus kepada penjimatan kos yang sama sekali bukan penyakit serius yang MAS sedang hadapi. Apa yang MAS perlu lakukan adalah struktur/ strategi harga tiket yang baik (pricing).. dalam setiap FSC Full Service Carrier seperti MAS pasti ada bilangan tempat duduk yang tidak dapat terjual, untuk memastikan tempat duduk ini terjual dengan harga yang competitif yang mana mungkin dapat menampung kos overhead dan semestinya variable cost, MAS tidak perlu meniru Air Asia dengan menjual tiket murah dengan lebih awal (MAS akan berdepan dengan risiko kenaikan harga minyak dan kemelesetan ekonomi yang tidak menentu - mungkin boleh dibuat dalam kadar tertentu sebagai sebahagian pricing strategy) tetapi mengapa tidak jual tiket murah di saat akhir (kos operasi akan dapat dinilai dengan lebih tepat dan harga menguntungkan dapat ditentukan!) Bagaimana dengan pembahagian laluan antara Low Cost Carrier LCC dengan Full Service carrier dapat meningkatkan jualan untuk FSC? LCC dan FSC adalah 2 entiti yang berbeza, dengan MAS tidak boleh menggunakan harga rendah Air Asia pula ada peluang untuk mengenakan harga yang mahal!! Rashdan duk sebut juga pasal usahasama ini akan membolehkan MAS menumpukan perhatian meningkatkan kualiti produk. Tapi adakah masalah MAS terletak pada produk? MAS telah banyak kali memenangi anugerah servis terbaik ia bermakna produk MAS adalah antara yang terbaik! Masalahnya adalah Pricing!!! Air Asia 3 Mas 0!!!

4) Sudah pastinya usahasama ini akan mengurangkan kos operasi untuk kedua dua syarikat penerbangan ini.. Mata pertama untuk MAS = seri; Air Asia 4 MAS 1!!!!

5) Kos untuk membangunkan Firefly hangus - firefly sudah kena cantas, baru sahaja nak expand ke Sabah Serawak Firefly sudah kena cantas. Dengan perjanjian usahasama pertukaran saham ini operasi firefly akan dijadikan sebagai penerbangan sokongan untuk perkhidmatan premium full service MAS. Baru sahaja set up strategi, operation procedure, IT support  yang pasti harganya berjuta RM, begitu banyak masa dan RM yang telah dilabur untuk set up semua itu sekarang firefly harus menilai dan reka kembali operasi mereka . Baru baru sahaja ingin menunjukkan kemampuan firefly telah dicantas dengan cara yang tidak adil sekali.Seharusnya Firefly dibenarkan beroperasi paling kurang didalam pasaran domestik. Berapa kerugian yang firefly kena tanggung disebabkan perjanjian ini? Air Asia tak perlu susah dalam menghadapi persaingan, malah Tony Farnandes dapat tembak dua sasaran dengan satu peluru malah dapat untung pulak tuuu.. Air Asia 5 MAS 1!!!!!

6) Monopoly - Dengan perjanjian tukaran saham dengan MAS ini Air Asia telah berjaya menghapuskan saingan! Air Asia bukan sahaja dapat tukaran saham malah yang paling menguntungkan adalah menghapuskan tanpa perlu susah payah malah dapat pula saham.. Susulan perjanjian tukaran saham ini,Air Asia akan kontrol market budget airline di Malaysia, pengguna yang akan rugi.. anti monopoli / Competition Act yang baru di Malaysia akan diuji keberkesanannya.. kalu kat US mungkin dah didakwa kat mahkamah ni. Jadi jangan expect harga murah Air Asia akan jadi murah sangat, malah Air Asia akan lebih berani memperkenalkan strategi harga yang lebih pelik yang pastinya untuk meningkatkan keutungan. Sekarang ini susah untuk menghubungi Customer Service Air Asia. Nombor telefon yang diberi di website mereka adalah nombor premium service yang mana anda akan dikenakan kadar bayaran RM1.95 seminit! Cubalah call, pasti dalam beberapa minit pertama anda akan dipaksa untuk mendengar promosi dan penerangan sebelum disambung kepada operator, itupun jika tidak terputus.. saya tertarik dengan pricing Firefly yang terbaru.. menawarkan tiket RM0 tapi ada stardard bundle yang akan dikenakan seperti meal, extra luggage, pilihan tempat duduk, jika di Air Asia pasti harga tiket anda yang tidak berapa murah akan jadi lebih mahal. Untuk harga yang lebih mahal Firefly tidak mewajibkan syarat standard bundle tapi ia masih lebih murah dari Air Asia. Untuk penerbangan ke Kota Kinabalu tempoh April 2012 Firefly adalah jauh lebih murah dari Air Asia malah anda mendapat hampir full service +meal dan extra luggage!! strategi harga yang baik dari Firefly.. Air Asia 6 MAS 1!!!!!!

7 ) Moral pekerja - rasa rasa moral pekerja-pekerja MAS dan Firefly suka ke bimbang dengan perjanjian ini? Dah la pasti berlaku pertukaran pengurusan peringkat atasan, yang pasti juga datang dari luar. Selama ini semangat pekerja diapikan untuk bersaing dengan Air Asia akhir dipadamkan dengan mudah sekali oleh Tony Fernandes he he.. Ingat lagi kesah pengambilan RAS Rural Area Service routes di pendalaman Sabah dan Serawak? Air Asia dapat subsidi RM65 juta untuk mengendalikan RAS. Tetapi dengan senang laluan tersebut dipulangkan kembali kepada MAS hanya tak sampai setahun! pesawat ditinggalkan kepada MAS untuk dipulihkan kembali dengan kos RM35juta!!! Air Asia boleh suka-suka pilih laluan mana yang menguntungkan dan meninggalkan laluan yang tak berapa nak untung. Tetapi MAS sebagai National Airlines terpaksa memberi perkhidmatan samada menguntungkan atau tidak dan terus diperah oleh pihak-pihak yang berkepentingan. Kalu aku jadi pekerja MAS pun aku marah, camana nak dapat bonus kalau terus begini? Moral pekerja Air Asia? Always high in the sky .. Air Asia 7 MAS 1!!!!!!!

oft-quoted wisdom to “keep your friends close and your enemies closer” by Sun Tzu diguna dan di war warkan dalam media untuk menyokong perjajian ini. Musuh tetap musuh, Tsu Zu ingin mengenali musuh supaya dapat mengenalpasti kelemahan dan kekuatan musuh supaya ia dapat mengambil tindakan strategik untuk menang. Pepatah ini telah diguna sebaiknya oleh Tony Fernandes tidak untuk Khazanah. Siapa rugi? MAS, Khazanah, rakyat dan pengguna yang rugi.. Perlu diingat MAS adalah milik kerajaan dan juga milik rakyat.

But just hope for the positive side prevail.. just like Dr. M said.. or is it just too positive that could lead him oversight a few things? by the way DR M is honorary adviser of Air Asia, what do you expect..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...