Laporan dari Jakarta Post - 2 penonton dilaporkan terbunuh akibat terhimpit berasakan untuk memasuki Stadium Gelora Bung Karno semasa perlawanan akhir Bolasepak Sukan SEA 2011. Beberapa penonton juga dilaporkan cedera yang dipercayai berpunca daripada asakan dan rempuhan penonton tidak bertiket yang masuk setelah memecah pintu masuk 15. Dilaporkan juga bahawa sebelum perlawanan, peminat pasukan Indonesia telah merusuh dengan membakar boot jualan tiket kerana tidak puas hati tiket habis dijual. Fanatik sungguh peminat Indonesia! Apa pun tahniah kepada pasukan Harimau Muda yang memenangi Pingat Emas Bolasepak Sukan SEA 2011!!!
Sejurus bola rembatan Badrol Bakhtiar melepasi garisan Gol! - perlawanan akhir Bolasepak Sukan SEA 2011 |