Monday, February 20, 2012

Putrajaya Inter Parks Ride 14

Putrajaya Inter Parks Ride 14 pada 26 Februari 2012


Ini adalah acara kali ke 14 Perbadanan Putrajaya menganjurkan Putrajaya Inter Parks Ride. Kali ini penganjur mensasarkan penyertaan seramai 2500 peserta untuk layak dicatat didalam Malaysian Books of Records. peserta akan berkayuh sejauh 30 kilometer (km) dari Presint 2, menerusi laluan ke Presint 8, Taman Saujana Hijau, Taman Wetland, Pusat Rekreasi Air Taman Wetland, Taman Putra Perdana dan kawasan sisiran tasik. Pasti menjanjikan pemandangan yang menarik. “Penyertaan terbuka kepada semua peringkat umur dan semua jenis basikal termasuk mountain bike, road bike, fixie, BMX dan folding bike, dengan syarat peserta mesti membawa basikal sendiri dan diwajibkan memakai topi keselamatan


Penyertaan adalah percuma.  Pendaftaran boleh dilakukan secara online di sini http://putrajayainterparksride.weebly.com/perdaftaran-pipr.html


Penganjur juga telah membuka satu pages di facebook untuk acara Putrajaya Inter Parks Ride ini, anda boleh dapatkan peta dan maklumat terkini disini. 


Dapat segera anda boleh dapat T-Shirt limited Edition percuma! :) Selamat mengayuh

Clicks untuk resolusi gambar yang lebih besar berkenaan  Putrajaya Inter Parks Ride   



Friday, February 10, 2012

Quotation of the Day - Akhlak

Jika ingin tahu akhlak sebenar seseorang, lihatlah dia sewaktu dia sangat marah;
Jika ingin melihat kehebatan akhlaknya lihatlah dia sewaktu berurusan dengan orang yang mencerca & membencinya
Jika ingin lihat keadilan mindanya dan kebaikan pola pemikirannya, lihatlah cara dia berbincang dengan pandangan berbeza dengannya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...