Kawe concern sangat pasal isu politik wang dalam UMNO, bukan pasal kawe jeles dengan senangnya dapat duit bagi diaorang ni, tapi sebab pemimpin dalam UMNO secara rasmi akan jadi pemimpin negara kawe. Secara realitinya UMNO masih lagi parti terkuat bagi orang Melayu. Paling kawe takut adalah munculnya pemimpin - pemimpin yang lahir dari proses budaya politik wang dalam UMNO ini. Senang cerita cara kesimpulan budak sekolah adalah pemimpin yang lahir dari budaya politik wang adalah dipersoal dari segi integriti dan moralnya, inilah yang paling kawe takut. Kawe sayang tanahair Malaysia ini dan kawe tak ingin tanahair ini tergadai di tangan pemimpin yang lemah integriti dan jahat moralnya. Jika ingin menjadi Pemimpin Eksekutif tertinggi negara iaitu Perdana Menteri seseorang itu tidak perlu mendapat sokongan seluruh rakyat Malaysia, cukuplah dengan mendapat sokongan Majoriti perwakilan UMNO yang tak lebih 2 ribu orang tu kalu tak silap kawe. Untuk jadi PM tak perlu tagih undi seluruh negara macam pemilihan Presiden kat negara orang putih, cukup jer kalu dapat tarik undi delegasi perwakilan UMNO yang lebih kurang 2 ribu tuu.. berapa duit boleh beli undi seorang delegasi? 10 ribu? 100 ribu? patutla kat kampung aku waktu pemilihan bahagian UMNO orang boleh gaduh dan tak ngaku sedara sepupu..mana taknya kalu jadi delegasi perwakilan ada banyak peluang nak dapat duit dan bersuka ria tiap kali pemilihan agong. kata la 100 ribu x 2000 delegasi = 200 juta , 200 juta untuk pastikan menang pemilihan UMNO.. banyak sangat ke amaun tuu? perwakilan tu mungkin seronok kalu dapat 100 ribu, kalu gitu la jadinya dengan 200 juta jerr laa seorang pemimpin negara boleh dijual beli.. aku sokong sangat dengan cadangan Pak Lah supaya pemilihan pemimpin UMNO diundi oleh seluruh ahlinya, bukan takat lebih kurang 2000 orang tuu.. so kalu nak beli undi pun kena la beli undi ahli seluruh negara.. jenuh la sikit wat jamuan sponsor dan tabur duit... orang luar pun boleh la pakat tengok
Bukan perkara baru yang budaya politik wang telah menular dalam UMNO sejak berzaman daripada peringkat akar umbi hingga peringkat tertinggi. Pada ahli peringkat rendah dan orang kampung cukuplah dengan wang saguhati berapa ratus ringgit tiap kali Pilihanraya umum, mangkin tinggi hieraki makin tinggi la habuan nyerrrr... pada peringkat Ketua Division cukuplah dengan projek juta ringgit buat sekolah dan bina balik jambatan kalu tak masa pemilihan UMNO jadi tempat pembalasan dendamnyerr. Pernahkah golongan pengundi di kampung2 terutama di kampung kawe yang amat berbangga dengan duit beratus yang diterima setiap kali pilihanraya tanda kemajuan pemerintahan UMNO, tiap kali Pilihanraya kipas duit la orang UMNO depan orang PAS ...terpikirkah apa kesannya budaya merasuah undi dengan beratus ringgit ini pada negara dan bangsa Melayu?. terpikirkah orang kita dari mana datangnya duit beratus juta untuk diagihkan pada mereka.. siapakah penyumbangnya? apa timbal balas dan korban - harga barang naik atau kontrak juta juta .. silap kira negarapun boleh tergadai .... patutla DEB tak capai2 .. hmmmm
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih