Thursday, September 2, 2010

Dia Terlanjur Di Malam Tahun Baru Buang Bayi Di Bulan Merdeka


31 Dis 2009, Malam ni memang di nantikan anak anak muda..  temujanji telah lama dibuat dengan teman teman, malam ni kita tengok konsert kat Dataran Merdeka! Kat Bukit Bintang ada perarakan! Tengok bunga api kat KLCC ok juga tuuu.. Kat Kelab-kelab malam , hotel-hotel, kelab dangdut semua meriah menyambut tahun baru....yg anak anak lord buat private party di kondo kondo mewah tentunya lebih privacy.. anak anak muda golongan marhain pula cukup ler tengok bunga api dan konsert percuma kat KLCC,  kalau ada duit sikit don't worry malam ni kelab dan disko bukak sampai pagi ..pendek kata kalu nak bersuka ria dan enjoy kemudahan yang disediakan oleh kerajaan mahupun badan swasta dan persendirian memang mencukupi.. orang kata cukup kondusif..

Saat klimaks pula pada waktu tengah malam, masing masing begitu teruja dengan pergerakan jarum saat tatkala mendekati jam 12 malam termasuk lah pemimpin pemimpin kerajaan termasuklah juga ahli ahli perniagaan yang ingin kontrak berjuta.. Jikalau pemimpin nombor satu kita pun berada di sana apa salahnya pelajar pelajar kita di kolej-kolej, minah dan mat kilang, dan anak anak muda dari ceruk kampong turut serta? Seharusnya anak – anak muda ini diberi pujian kerana menyokong  aktiviti yang di galakkan kerajaan. Alasan yang cukup baik untuk teman lelaki mengoda teman wanitanya keluar bersama, yang wanita pula teruja nak merasai kehidupan bebas, menghirup udara segar dan melihat lampu lampu Kuala Lumpur diwaktu dinihari. Jam sudah menunjukkan pukul 2-3 pagi kemana pula destinasi hendak dituju dalam waktu gini?

Yang tinggal di asrama takut hendak kembali kerana jam telah melepasi waktu yang dibenar, kalu gitu “I temankan you malam ni?” Kata si lelaki. Malam itu memang hangat! Klimaks dan sambutan  tahun baru diteruskan pula di bilik bilik hotel dan rumah rumah sewa.  “Ala don’t worry I tak buat apa-apa pun..” pujukan si lelaki, bila berdua nafsu pula menguasai diri, usap mengusap belai membelai buat pasangan rasa berahi. “Nape I rasa gini? Cikgu tak pernah ajar pun masa kelas biologi!” Ni lah jadinya bila anak muda dibiar belajar tentang perhubungan antara jantina dengan cara pandai sendiri. Akibat dan kesan juga tidak difahami malah akan dialami nanti. Malam itu terlekat lah satu benih hidup manusia, yelah manalah anak muda tahu nak merancang famili, yang pastinya nak melayan nafsu memang pandai sendiri.  Kadang tuan punya badan tak tahu diri dah berisi, namun dalam 34-37 minggu lagi akan lahirlah seorang bayi jika tidak keguguran. Macam macam keadaan boleh terjadi pada si ibu, samada di kahwini, disembunyi, penerimaan masyarakat dan keluarga, tekanan , persediaan dan segalanya yang mungkin menyumbang kepada isu pembuangan bayi.

Sayup sayup kedengaran tangisan bayi membawa kepada penemuan seorang bayi yang diletakkan di dalam beg kertas dan disangkut pada papan tanda di Shah Alam pada hari ini 29 Ogos 2010 [1], Alhamdulillah dia selamat, bayangkan apalah nasibnya jika terbiar lebih lama, di basahi dek hujan, di bakar dek panahan matahari. Dengan tali pusat masih terlekat, badan masih dibasahi air ketuban ibu, ia telah dipisahkan dari ibunya dengan begitu cepat sekali, kira anak merdeka lah dia sempena sambutan kemerdekaan pada esok malam, ada lagi alasan anak muda mudi untuk keluar malam tengok bunga api, sambutan diteruskan lagi dibilik bilik.... 34-37 minggu lagi, akan ada lagi kes bayi terrrbuang yang tiada kesudahannya...  




Rujukan
[1] News Straits Times 30th August 2010, Utusan Malaysia 30hb Ogos 2010,

4 comments:

  1. kerajaan perlu buat sesuatu agar perkara ini tidak berterusan btol x??

    ReplyDelete
  2. gitulah nampaknya...seduh dengan situasi sekarang ni

    ReplyDelete
  3. perlukan tindakan tegas, sebelum menjadi budaya..

    ReplyDelete

Terima Kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...