Peta Bukit Tabur Melawati Kuala Lumpur
Peta Bukit Tabur ini adalah untuk tunjuk arah perjalanan ke permulaan trek untuk mendaki Bukit Tabur Melawati daripada highway MRR2. Keluar daripada highway MRR2 dipersimpangan keluar ke Jalan Genting Kelang dan Jalan Kolam Air. Ambil arah ke Jalan Kolam Air. Anda boleh terus sahaja melalui Jalan Kolam Air atau ambil persimpangan kanan ke Jalan Taman Melawati hingga sampai ke bulatan Bukit Mas, ambil arah jalan pkl 9 hingga jumpa semula Jalan Kolam Air dan seterusnya ambil arah kanan. Dari persimpangan ini jalan akan menjadi semakin kecil kepada satu lorong melalui kawasan perumahan dan hutan. Terdapat satu simpang jalan kecil agak mengelirukan yang mana anda perlu mengambil arah kekanan, jika terus menaiki bukit adalah arah ke kawasan perumahan persendirian. Anda akan melalui beberapa tempat anak air terjun di belah kiri hingga akhir sampai di pintu Empangan Klang Gate. Trek permulaan ke Bukit Tabur adalah dalam 20 meter sebelum pintu masuk yang boleh dikenalpasti dengan tangga simen kecil. Untuk melihat Peta Bukit Tabur Melawati ini dengan lebih jelas melalui Google Maps pilih "Satelite View". Selamat Mendaki Bukit Tabur!
View Bukit Tabor Kuala Lumpur in a larger map
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih