Kurang Makan adalah Petua Rahsia Panjang Umur!!
Lelaki tertua di dunia iaitu Walter Breuning seorang pesara pekerja landasan keretapi di Amerika Syarikat mendedahkan petua rahsia panjang umur beliau adalah mengurangkan makan! Walter Breuning telah meninggal dunia pada Hari Khamis 14hb April 2011 di Montana, US pada umur 114 tahun! Walter Breuning telah memberitahu sebelum ini bahawa rahsia panjang umur beliau adalah dengan hanya mengambil 2 hidangan sehari yang diamalkan sejak 35 tahun lalu. Beliau juga mengesakan seseorang hendaklah berhenti makan sebelum kenyang! satu amalan baik yang bukannya asing sangat pada umat Islam. Salah satu Sunnah Nabi Muhammad SAW yang mesti diamalkan semua adalah "Makan Ketika Lapar dan Berhenti Sebelum Kenyang" - ini adalah sebenarnya petua dan amalan terbaik untuk kesihatan dan rahsia panjang umur sebenarnya! Dengan makan berlebihan akan membebankan organ-organ badan untuk memproses bahan makanan dalam badan. Pankreas umpamanya terpaksa bekerja keras untuk menghasilkan banyak insulin untuk menyerap gula berlebihan yang terhasil dari makanan yang diambil ke dalam sel badan. "Abuse" seperti ini yang akan menyebabkan kerosakan pankreas dalam masa panjang dan menyebabkan
Diabetes . Kemunculan gula artificial dan minuman bergas yang bergula tinggi yang boleh menyebabkan peningkatan gula dalam darah secara mendadak "spike" hanya menambah risiko kesihatan.
Makanlah Ketika Lapar dan Berhentilah Sebelum Kenyang adalah amalan / petua / rahsia terbaik untuk kesihatan anda. Ia jadi
rahsia panjang umur bagi Walter Bruening dan mungkin juga untuk anda!
Walter Bruening adalah pemegang rekod Guiness Book of World Records Edisi 2011 sebagai manusia tertua dunia sejak Julai 2009 mengantikan rakyat England Henry Alligham yang meninggal pada umur 113 tahun. Rekod manusia tertua di dunia sekarang di pegang oleh Jiroemon Kimura seorang rakyat Jepun.
Related Articles: