Saturday, April 30, 2011

Bukit Saga

Peta ke Bukit Saga,Taman Saga Cheras

Trek Bukit Saga adalah trek yang popular di kalangan penduduk sekitar Taman Saga dan peminat aktiviti luar tingkap. Pada siapa yang belum pernah mendaki Bukit Saga jangan lepas peluang untuk mendaki Bukit Saga kerana beberapa sebab; 1. Ia adalah dekat sahaja dengan pusat bandar KL 2. Trek/laluannya bersih dan di jaga dengan baik 3. Jika anda peminat aktiviti luar tingkap ini adalah salah satu trek wajib daki di KL 4. Di kawasan hutan simpan ini terdapat satu air terjun yang cantik dan terjaga! 5. Ia mudah sahaja untuk ke sana dan saya telah siapkan peta nya (",)


Trek di kawasan hutan simpan ini mempunyai banyak laluan iaitu di namakan sebagai laluan A, B, C & D. Setiap laluan mempunyai jarak dan tahap kesukaran yang berbeza. Untuk pendaki tetap disini, mendaki Bukit Saga dari mana-mana starting point samada Taman Saga atau Taman Ceupacs adalah sesuatu yang biasa. Dan pendaki biasa disini adalah pakcik, makcik, uncle, auntie; jika mereka yang berumur ini boleh mendaki Bukit Saga begitu juga anda bukan?


Namun jangan ambil mudah, trek Bukit Saga adalah agak pacak dari mula trek dan menaik hingga ke Puncak / Campsite. Jika anda pernah mendaki Gunung Datuk, anda akan lebih senang untk membayangkan tahap kecuramannya :) namun dalam jarak yang lebih pendek dari trek Gunung Datuk. Ambil masa anda sendiri dan secara normal pendaki akan berjaya sampai ke Campsite dalam masa 45minit. Dari campsite anda boleh meneruskan perjalanan lebih ke dalam Hutan Simpan tersebut ke Air Terjun, jangkaan masa untuk sampai dalam 45minit-1jam.    


Tapi jangan terlalu mengharap untuk menghayati pemandangan luas terbentang di atas puncak Bukit Saga yer kerana hutan dikawasan puncak Bukit Saga adalah masih dalam ketegori hutan hujan bukit Dipterocarp dengan pokok yang tinggi menghalang pandangan anda. Jika menghayati pemandangan Kuala Lumpur lebih penting bagi anda lebih baik mendaki Bukit Tabur West atau lepak sahaja di kawasan gerai di kaki Bukit Sagaaaa


View Bukit Saga in a larger map
Ditangga besi

Gerai Jual Nasi Lemak, Kuih dan Buahan.. waaa kat kaki bukit pun ada kedai

mata air


permulaan trek
tengah trek agak terhakis

ada pokok besar di sini


Di camp site
Beirut di Puncak tertinggi Bukit Saga
Related Articles:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...