Wednesday, May 23, 2012

Ulasan debat Rafizi dan Khairy isu PTPTN pusingan pertama

Ulasan debat Rafizi dan Khairy isu PTPTN pusingan pertama


Saya ada memberi komen pertama berkenaan isu PTPTN di dalam ruang perbincangan Yahoo Group SIM seperti di dalam posting sebelum ini. Jadi rasa terpanggil pula untuk mengulas berkenaan debat Rafizi dan Khairy ini berkenaan isu yang sama. Lebih tepat lagi ulasan adalah keatas hujah-hujah Rafizi dan khairy. Setelah ambil kira ulasan ini anda boleh membuat ulasan anda sendiri berkenaan hujah tersebut samada ia boleh diterima, diterima separuh atau memang tidak boleh diterima?

Hujah pertama dari Rafizi adalah berkenaan hutang PTPTN dari perspective ekonomi menjadi ancaman kepada Ekonomi Negara. Bagaimana besar hutang PTPTN menjadi ancaman kepada ekonomi? Hutang menjadi ancaman kepada ekonomi apabila tuntutan bayaran balik tidak dapat dipenuhi oleh peminjam kepada pemberi pinjaman (default). Yang mana ini akan membawa kepada kegagalan system perbankan, yang mana system perbankan adalah tunggak utama dalam system ekonomi sekarang. Adakah ini akan berlaku di Malaysia dan adakah ia juga akan berlaku di US seperti yang dinyatakan oleh Rafizi? Apakah krisis hutang di US berpunca dari hutang pendidikan? Ini kali pertama saya dengar. Bagi saya hutang pendidikan semata di US tidak akan menjadi punca krisis ekonomi di US apa yang menjadi punca krisis hutang Kerajaan US adalah belanja pertahanan dan pentadbiran yang tinggi, dan krisis hutang perbankan US adalah berpunca dari pengenalan produk perbankan yang tidak boleh sustainable (berdasarkan  atas aset yang stabil dan berlapis) dan tiada pemantaun berkesan oleh Kerajaan. Cuba selidik dahulu berapa peratus jumlahnya hutang pendidikan di US dengan jumlah besar hutang di US? Cuba beri fakta ini. Di Malaysia hujah ini tidak relevan sama sekali kerana PTPTN bukan lah ahli industri perbankan Negara dan hanyalah satu dana yang diuruskan oleh satu agensi. PTPTN tidak akan menyebabkan kegagalan system perbankan Negara. Jika peminjam gagal membayar hutang maka dana itu sendiri yang gagal dan dalam kemungkinan yang ekstrem adalah PTPTN  tidak akan mampu untuk memberi pinjaman pendidikan pada pelajar yang akan datang. Hutang itu sendiri tidak akan memberi mudarat kepada ekonomi malah menjadi factor multiplier dalam menjana ekonomi Negara. Yang menjadi mudarat kepada ekonomi adalah bila hutang tidak dibayar oleh peminjam dalam nisbah yang menyumbang kepada kegagalan operasi perniagaan pemberi pinjaman. Hujah ini tidak munasabah kerana pinjaman pendidikan itu sendiri adalah suatu yang produktif menjana human capital. Jika hutang pendidikan yang menjadi punca masalah ekonomi Negara maka hutang rumah dan hutang kereta lagilah menjadi punca masalh ekonomi Negara. Jika ambil kira hutang pendidikan menjadi punca kepada masalah ekonomi Negara dan perla dihapuskan maka adakah hutang kereta dan hutang rumah juga ingin dihapus oleh PKR? Hujah Rafizi adalah “misleading”.

Kos pembinaan dan operasi Universiti. Boleh kah universiti dibina dengan kos yang rendah? Rafizi memberi contoh Monash University. Bagi saya universiti boleh ditubuhkan dengan kos jauh lebih murah dari yang dikatakan oleh Rafizi. Cuma sewa bangunan dan letak papan tanda Sebuah Universiti maka tersedia lah semua universiti. Berapa kos penubuhannya? Mestilah rendah contohnya seperti cawangan OUM dan setengah IPTS. Tapi kos yang rendah adalah mempunyai inverse relationship dengan tahap kualiti kemudahan yang disediakan dan suasana persekitaran pelajar, dan kualiti kemudahan mempunyai kesan kepada tahap kualiti pendidikan. Strategi debat Khairy mungkin silap dengan memberi jumlah kos pembinaan sebuah universiti dengan kos 2b. Namun hujah kos penubuhan semata adalah tidak adil tanpa ambil kira jenis universiti dan kursus yang akan ditawarkan. Adakah universiti tersebut hanyalah universiti pengurusan? Atau universiti sains? Kursus apa yang ditawarkan? Adakah hanya kursus business Administration yang hanya perlu pensyarah dan kelas atau kursus Medical dan engineering yang memerlukan pembinaan makmal dan Hospital dan pusat penyelidikan. Bila bercakap untuk tujuan mempengaruhi fakta yang diberi hanya untuk memberatkan hujah. Tapi jika ingin bercakap dengan benar, adil dan betul; fakta dan anilisa yang diberi hendaklah menyeluruh. Takat duk beri angka yang belum tentu betul hanya syok sendiri.

Baca juga -
Post pertama :Analisa awal isu PTPTN

DEBAT KHAIRY DAN RAFIZI ISU PTPTN


DEBAT KHAIRY JAMALUDDIN DAN RAFIZI BERKENAAN ISU PTPTN



Hangat sungguh isu PTPTN sekarang ini, Mengapa dan apa motifnya isu ini diperbincangkan? dan diperdebatkan pula oleh Khairy Jamaluddin dan Rafizi. Seorang dari pembangkang dan seorang dari Kerajaan. Dua duanya orang politik, jadi sudah tentunya asas hujah adalah berdasarkan pandangan parti politik masing-masing. Jadi jika anda seorang yang bijak, hendaklah sedar bahawa hujah political servant adalah berdasarkan political survival bukan hanya semata-mata kepada logik, prinsip dan kebenaran. Jadi unsur memberi fakta dan menyembunyikan fakta yang lain adalah wujud untuk memberi kelebihan kepada  pihak masing-masing. Mengapa isu pendidikan percuma dan pinjaman PTPTN ini diperbincangkan sekarang  dan tidak semasa penubuhan PTPTN di suatu masa dahulu? Apakah cadangan tersebut lojik dan mampu dilaksana? dan apakah motifnya? atau adakah ianya semata mata adalah modal pilihanraya? atau muncul dari niat jujur tulus ikhlas untuk mewujudkan negara kebajikan? sila baca kupasan berikut dengan hati dan minda terbuka dan berilah pandangan anda, Jangan pula pandangan berdasarkan ketaksuban kepartian tapi hendaklah berdasarkan fakta benar, relevan dan adil; 

Ini adalah komen pertama saya berkenaan isu PTPTN di dalam perbincangan yahoo group SIM sebelum debat ini dilakukan lagi, namun ulasan khusus berkenaan debat antara Rafizi dan Khairy akan di tulis dalam penulisan seterusnya 
Salam..
Memang mudah buat janji. Tapi untuk menunaikn janji belum tentu. Perlu dilihat  kepada kemampuan, kesan dan tujuan perancangan tersebut. Pandangan pertama adalah ke atas pengurusan PTPTN dan tidak merujuk kepada hujah untuk menghapuskan tabung PTPTN.  Sy tgk pengurusan dan amalan ptptn agak menekan peminjam, contohnya charge pengurusan.. Mungkin boleh diwujudkan pinjaman tanpa faedah dan charge pengurusan. Maknanya pengurusan ptptn ditanggung kerajaan tapi dana pinjaman perlu terus berjalan dan dibiayai oleh bayaran balik pinjaman.
Jika nak tutup PTPTN amatlh tidak lojik, negara tdk mampu, memberi kesan buruk pd industri pendidikan, dan menafikan tujuan asal PTPTN untuk membuka peluang pendidikan tinggi kpd seramai yg boleh. Ingat zaman skrg bergerak kpd knowledge ekonomi, perlukan knowledge worker, negara yg dapat menyediakan human capital yg berpengatahuan akan mempunyai kelebihan dr negara lain.
Negara tidak mampu - utk hapuskan hutang peminjam PTPTN skrg sebanyak beberapa bilion memanglh dilihat sebagai boleh (in one shot) tetapi bagaimana untuk dana tahun seterusnya? Dana untuk belanja pengurusan PTPTN? Dana untuk bayar kos pinjaman kerajaan bg biaya dana PTPTN? Semenjak penubuhan PTPTN kita lihat banyak ipts dan ipta yg muncul. Mampukah kerajaan subsidi yuran semua pelajar di ipts dan ipta ini? Even sebelum PTPTN sudah ada pinjaman jpa yg hanya merangkumi yuran pengajian tidak utk belanja harian pelajar spt ptptn atau hanya sedikit. Untuk biayai kos pelajaran semua pelajar ini skrg dan akan dtg kerajaan tdk mampu. Memang boleh untuk hapuskn hutang yg beberapa bilion itu. Tapi untuk biayai satu model sistem biayaan kos pelajaran tinggi untuk seramai pelajar yg boleh dgn cara sustainable dan jangka panjang ia adalah tidak lojik.
Membunuh industri pendidikan. Kita lihat sejak penubuhan PTPTN byk ipta dan ipts yg tumbuh. Mula bertapak dgn modal yg dibina dari yuran pelajar yg dibiayai oleh dana ptptn ini, ipts terutamanya mula meningkat dan bertambah baik. Ini mula menarik minat pelajar dr luar negara apatah lagi dalaman. Ini adalah cycle ekonomi yg mencipta peluang pekerjaan dan tambah pusingan duit dlm ekonomi negara. Jika krjn tidak mampu utk biayai sepenuh yuran pelajar yg makin bertambah pd masa akan dtg atau terpaksa hadkan jumlah pembiayaan, tidakkah ini akan membunuh industri pendidikan?
Menafikan peluang pendidikan tinggi kepada pelajar tidak mampu. Jika PTPTN dihapuskan ia menidakkan tujuan asal ptptn iaitu untuk membuka peluang pendidikan kpd semua rakyat. Ini kerana kerajaan tdk mampu utk biayai semuanya. Malah dr zaman anwar jd menteri kewangan dan menteri pendidikan lg kerajaan tidak mampu utk biayai sepenuhnya dan kesemuanya pelajar di institut pengajian tinggi pd zaman itu. Bagusnya PTPTN ini sebelum pelajar masuk belajar lg dia dah bg advance! Ini harus di puji kerana dulu biasa dgr cerita org kampung x mampu utk daftar anak kat universiti kerana tiada duit. Jadi amalan ptptn ini bg sy adalah baik. Yg x baiknya charge pengurusan itu memang membebankan dan tdk adil bg sy.
Apa yg baik itu teruskanlh. Negara x kemana bila asyik tukar polisi, Sy bukan penyokong BN tp lebih kpd atas pagar.bg sy itu sepatutnya dibuat oleh semua. Jgn terlalu taksud dgn parti yg penting matlamat. Yg benci pun ada kat practice kerajaan skrg tp PR nak bagi janji pun jgnlh nak harap populariti shj. Tak perlu takut tukar kerajaan sbb yg buat keje bukan org politik.. Penjawat awam tu yg buat keje. Cuma takutnya polisi dan lagak org politik ni yg tak berapa cerdik. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...