DEBAT KHAIRY JAMALUDDIN DAN RAFIZI BERKENAAN ISU PTPTN
Hangat sungguh isu PTPTN sekarang ini, Mengapa dan apa motifnya isu ini diperbincangkan? dan diperdebatkan pula oleh Khairy Jamaluddin dan Rafizi. Seorang dari pembangkang dan seorang dari Kerajaan. Dua duanya orang politik, jadi sudah tentunya asas hujah adalah berdasarkan pandangan parti politik masing-masing. Jadi jika anda seorang yang bijak, hendaklah sedar bahawa hujah political servant adalah berdasarkan political survival bukan hanya semata-mata kepada logik, prinsip dan kebenaran. Jadi unsur memberi fakta dan menyembunyikan fakta yang lain adalah wujud untuk memberi kelebihan kepada pihak masing-masing. Mengapa isu pendidikan percuma dan pinjaman PTPTN ini diperbincangkan sekarang dan tidak semasa penubuhan PTPTN di suatu masa dahulu? Apakah cadangan tersebut lojik dan mampu dilaksana? dan apakah motifnya? atau adakah ianya semata mata adalah modal pilihanraya? atau muncul dari niat jujur tulus ikhlas untuk mewujudkan negara kebajikan? sila baca kupasan berikut dengan hati dan minda terbuka dan berilah pandangan anda, Jangan pula pandangan berdasarkan ketaksuban kepartian tapi hendaklah berdasarkan fakta benar, relevan dan adil;
Ini adalah komen pertama saya berkenaan isu PTPTN di dalam perbincangan yahoo group SIM sebelum debat ini dilakukan lagi, namun ulasan khusus berkenaan debat antara Rafizi dan Khairy akan di tulis dalam penulisan seterusnya
Salam..
Memang mudah buat janji. Tapi untuk menunaikn janji belum tentu. Perlu dilihat kepada kemampuan, kesan dan tujuan perancangan tersebut. Pandangan pertama adalah ke atas pengurusan PTPTN dan tidak merujuk kepada hujah untuk menghapuskan tabung PTPTN. Sy tgk pengurusan dan amalan ptptn agak menekan peminjam, contohnya charge pengurusan.. Mungkin boleh diwujudkan pinjaman tanpa faedah dan charge pengurusan. Maknanya pengurusan ptptn ditanggung kerajaan tapi dana pinjaman perlu terus berjalan dan dibiayai oleh bayaran balik pinjaman.
Jika nak tutup PTPTN amatlh tidak lojik, negara tdk mampu, memberi kesan buruk pd industri pendidikan, dan menafikan tujuan asal PTPTN untuk membuka peluang pendidikan tinggi kpd seramai yg boleh. Ingat zaman skrg bergerak kpd knowledge ekonomi, perlukan knowledge worker, negara yg dapat menyediakan human capital yg berpengatahuan akan mempunyai kelebihan dr negara lain.
Negara tidak mampu - utk hapuskan hutang peminjam PTPTN skrg sebanyak beberapa bilion memanglh dilihat sebagai boleh (in one shot) tetapi bagaimana untuk dana tahun seterusnya? Dana untuk belanja pengurusan PTPTN? Dana untuk bayar kos pinjaman kerajaan bg biaya dana PTPTN? Semenjak penubuhan PTPTN kita lihat banyak ipts dan ipta yg muncul. Mampukah kerajaan subsidi yuran semua pelajar di ipts dan ipta ini? Even sebelum PTPTN sudah ada pinjaman jpa yg hanya merangkumi yuran pengajian tidak utk belanja harian pelajar spt ptptn atau hanya sedikit. Untuk biayai kos pelajaran semua pelajar ini skrg dan akan dtg kerajaan tdk mampu. Memang boleh untuk hapuskn hutang yg beberapa bilion itu. Tapi untuk biayai satu model sistem biayaan kos pelajaran tinggi untuk seramai pelajar yg boleh dgn cara sustainable dan jangka panjang ia adalah tidak lojik.
Membunuh industri pendidikan. Kita lihat sejak penubuhan PTPTN byk ipta dan ipts yg tumbuh. Mula bertapak dgn modal yg dibina dari yuran pelajar yg dibiayai oleh dana ptptn ini, ipts terutamanya mula meningkat dan bertambah baik. Ini mula menarik minat pelajar dr luar negara apatah lagi dalaman. Ini adalah cycle ekonomi yg mencipta peluang pekerjaan dan tambah pusingan duit dlm ekonomi negara. Jika krjn tidak mampu utk biayai sepenuh yuran pelajar yg makin bertambah pd masa akan dtg atau terpaksa hadkan jumlah pembiayaan, tidakkah ini akan membunuh industri pendidikan?
Menafikan peluang pendidikan tinggi kepada pelajar tidak mampu. Jika PTPTN dihapuskan ia menidakkan tujuan asal ptptn iaitu untuk membuka peluang pendidikan kpd semua rakyat. Ini kerana kerajaan tdk mampu utk biayai semuanya. Malah dr zaman anwar jd menteri kewangan dan menteri pendidikan lg kerajaan tidak mampu utk biayai sepenuhnya dan kesemuanya pelajar di institut pengajian tinggi pd zaman itu. Bagusnya PTPTN ini sebelum pelajar masuk belajar lg dia dah bg advance! Ini harus di puji kerana dulu biasa dgr cerita org kampung x mampu utk daftar anak kat universiti kerana tiada duit. Jadi amalan ptptn ini bg sy adalah baik. Yg x baiknya charge pengurusan itu memang membebankan dan tdk adil bg sy.
Apa yg baik itu teruskanlh. Negara x kemana bila asyik tukar polisi, Sy bukan penyokong BN tp lebih kpd atas pagar.bg sy itu sepatutnya dibuat oleh semua. Jgn terlalu taksud dgn parti yg penting matlamat. Yg benci pun ada kat practice kerajaan skrg tp PR nak bagi janji pun jgnlh nak harap populariti shj. Tak perlu takut tukar kerajaan sbb yg buat keje bukan org politik.. Penjawat awam tu yg buat keje. Cuma takutnya polisi dan lagak org politik ni yg tak berapa cerdik.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih