Pernah dengar cerita pasal Teras Kayu Gemungah yang boleh digunakan sebagai penawar bisa. Pernah disiarkan di Majalah tiga tentang kegunaan kayu ini. Pak da dari kelantan mendapatkan keras kayu tersebut dari arwah datuknya. Cara menggunakannya adalah dengan meletakkan teras kayu gemunggah tersebut atas bekas patukan /gigitan haiwan berbisa. Teras kayu tersebut akan jatuh dengan sendiri bila bisa habis diserap. Kalu teras kayu gemunggah begitu gah khasiatnya haruslah ia dicari dan ditanam secara besaran... mana la nak dapat kayu ni?..
Kayu yang mempunyai khasiat yang sama dengan kayu gemungah ini adalah kayu kemning hitam. Andaian samada kayu kemuning hitam ini juga di panggil kayu gemungah tidaklah dapat saya pastikan. Mungkin perlu maklumat daripada yang pakar
Mungkin juga teras kayu gemungah yang dimaksudkan adalah sama dengan teras kayu gemunggal seperti yang dipaparkan di blog Rahsia Alam . Keunikan dan khasiat teras kayu ini menarik minat saya untuk kajian lebih lanjut
teras kayu gemunggal dr blog Rahsia Alam
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih