Peta Bukit Tabur Melawati Kuala Lumpur
Peta Bukit Tabur ini adalah untuk tunjuk arah perjalanan ke permulaan trek untuk mendaki Bukit Tabur Melawati daripada highway MRR2. Keluar daripada highway MRR2 dipersimpangan keluar ke Jalan Genting Kelang dan Jalan Kolam Air. Ambil arah ke Jalan Kolam Air. Anda boleh terus sahaja melalui Jalan Kolam Air atau ambil persimpangan kanan ke Jalan Taman Melawati hingga sampai ke bulatan Bukit Mas, ambil arah jalan pkl 9 hingga jumpa semula Jalan Kolam Air dan seterusnya ambil arah kanan. Dari persimpangan ini jalan akan menjadi semakin kecil kepada satu lorong melalui kawasan perumahan dan hutan. Terdapat satu simpang jalan kecil agak mengelirukan yang mana anda perlu mengambil arah kekanan, jika terus menaiki bukit adalah arah ke kawasan perumahan persendirian. Anda akan melalui beberapa tempat anak air terjun di belah kiri hingga akhir sampai di pintu Empangan Klang Gate. Trek permulaan ke Bukit Tabur adalah dalam 20 meter sebelum pintu masuk yang boleh dikenalpasti dengan tangga simen kecil. Untuk melihat Peta Bukit Tabur Melawati ini dengan lebih jelas melalui Google Maps pilih "Satelite View". Selamat Mendaki Bukit Tabur!
View Bukit Tabor Kuala Lumpur in a larger map
Showing posts with label OUTDOORS and RECREATION. Show all posts

Thursday, January 27, 2011
Saturday, October 2, 2010
Ikhtiar Hidup
Skill Ikhtiar Hidup - Kits Patukan Ular
Semua tahu bahaya patukan ular berbisa seperti kapak, katam tebu dan ular tedung, jika tidak dirawat dengan cepat ia boleh membawa maut dan kerosakan organ badan oleh itu pengetahuan dalam skill ikhtiar hidup untuk merawat patukan ular ini adalah amat penting . Tambahan lagi jika ini berlaku dihutan, mangsa yang ingin dibawa keluar akan mengambil masa yang lama dan bila sampai pusat rawatan ia mungkin telah terlambat. Oleh itu rawatan segera mesti diberi terlebih dahulu di lokasi untuk menstabilkan mangsa sebelum rawatan lanjut di hospital.
Ikat bahagian atas tempat patukan untuk mengelak aliran bisa merebak. Buat torehan X menggunakan pisau bersih di tempat patukan. Gunakan suction cup untuk mengeluarkan bisa ular. Balut dan bersihkan tempat patukan.
Anda boleh mendapatkan/membeli kit rawatan patukan ular ini di kedai outdoor atau di internet. Setiap snake bite kit mengandungi
- suction cup
- pisau kecil
- kapas
Check link ini untuk contoh snake bite kit
Related Article berkenaan Skill Ikhtiar Hidup
Sunday, September 19, 2010
Ikatan Simpul Kerusi
Ikatan simpul kerusi
Dinamakan ikatan simpul kerusi sebab fungsinya memang untuk digunakan seperti kerusi atau lebih tepat lagi fungsinya adalah sebagai harness. Ia boleh diguna semasa kecemasan atau untuk menuruni / menaiki tebing. Kedua kaki dimasukkan ke dalam kiri dan kanan sebagai penstabil berat badan. Dengan kata lain ini adalah harness tradisional!
langkah satu
langkah dua
langkah tiga
Teknik Penulisan Berkesan
Treking Shoes
Diabetes Meningkat di Malaysia
Monday, August 30, 2010
Ikatan Bunga Geti Berganda
Ikatan Bunga Geti Berganda
Ikatan bunga geti berganda adalah lebih kukuh daripada ikatan bunga geti tunggal dan ia digunakan untuk menyambungkan dua tali yang mempunyai saiz yang amat jauh berbeza. Bunga geti berganda dibentuk sama seperti bunga geti tunggal kecuali selepas sahaja membuat setengah belit dengan tali kecil, ianya diteruskan membuat pusingan bulat di sekeliling tali besar. Langkah selamat jika anda ingin pastikan tali tidak akan terlerai lakukan ikatan bunga geti berganda daripada ikatan bunga geti tunggal
Ikatan Bunga Geti Tunggal
Ikatan bunga geti tunggal
Kedua dua ikatan bunga geti tunggal dan ikatan bunga geti berganda adalah digunakan untuk menyambungkan dua tali yg berlainan saiz. Tujuan supaya kedua tali tidak akan terlucut ketika basah.
Bunga geti tunggal dibentuk dengan membuat lingkaran dengan tali saiz besar dan hujung tali bersaiz kecil dimasukkan ke atas melalui lingkaran menjadikan satu setengah belit di sekeliling tali besar. Tak cukup kuat? Jika ingin pastikan lagi ikatan tidak akan terlucut, tambah belitan pada tali bersaiz besar dengan lakukan ikatan bunga geti berganda.
Friday, August 20, 2010
Gunung Datuk Rembau
Ini adalah log ringkas pendakian Gunung Datuk. Ini adalah kali kedua saya naik Gunung Datuk, Kali pertama adalah tahun 2005 dan dalam masa 5 tahun begitu banyak perbezaannya, antaranya pondok pondok yang ada di tapak perkhemahan di puncak dan check point trek telah menyembah bumi. Starting mula trekking juga telah berbeza. Sekarang permulaan trek adalah melalui jambatan menyeberangi kolam takungan air sungai
View Gunung Datuk in a larger map
23/5/2010 sunday
Thanks and congrate pada penganjur Y yang berjaya organize trip kali nih juga sebagai latihan untuk pendaki2 gunung kinabalu pada julai 2010 nanti.. pendaki= Y, shifa, yana, shon, ayam, aku, wan, dan 2 orang bodyguard shifa = anuar dan rizal. Walaupun letih lepas jer game bola pada pkl 10. Namun ku kuatkan semangat untuk join trip Y nih. Pkl 12 kumpul kat R & R Seremban. Y, shifa, yana and rest of the gang telah asyik menjamu selera.. kat sini gak la boleh beli jajan apa yg patut sebelum masuk Kg Bongek yang selalu disebut sebut oleh Y. Keluar melalui Toll Pedas Lingi konvoi 3 kereta seterusnya menuju ke arah Tampin melalui pekan Rembau. Sampai di Kg Bongek kami masuk simpang ke kiri dan dalam jarak kira kira 5 km ambil simpang ke kiri iaitu jalan kecil melalui kebun getah menuju Hutan Lipur Gunung Datuk. Jangan bimbang signboard yang disediakan agak mencukupi.
Akhirnya tepat Pkl 1.10 sampai juga kami di Hutan Lipur Gunung Datuk tanpa perlu makan buah langsat. Tukar pakaian trekking, solat, dan sesi bergambar, sesi pendakian bermula tepat pkl 2.30 ptg .. Malam ni hanya ada lapan pendaki bermalam yang telah naik pagi tadi. Campur pendaki kumpulan ini seramai 11 orang , jumlah pendaki yang akan menggunakan campsite adalah 19 orang sahaja..
Melintasi jambatan sebagai tanda mula trek ke gunung datuk, aku atur langkah pelan2 sebagai langkah hati2, satu otot peha memang dah rasa sakit sikit kesan dari main bola tadi dan tak nak push lebih lebih lagi pun trek gunung datuk ni mula mula lagi memang mencanak... so pelan pelan saje cover jadi sweeperrr..
On the way ramai gak yg berselisih turun dengan pendaki daypack. Hari baru jer lepas hujan, so keadaan trek boleh tahan la licinnyerr.. so memang kena jalan pelan2 tambahan lagi aku hanya pakai kasut futsal dah memang takder kasut lain.. malam tadi belek2 boot trekking nampak cam dah merekah tapak sebab lama x pakai... so kali ni terpaksa la pakai kasut futsal aje..Terkial-kial jugak menapak dengan kasut futsal dalam keadaan trek yg licin.. inilah penting memilih kasut yang sesuai untuk aktiviti trekking dalam hutan hujan tropika ni, tapi nak wat camner tak jumpa pula kasut getah masa cari malam tadi.
Selepas sejam trekking kami sampai checkpoint pondok runtuh. Keadaan trek selepas ni agak landai dan tepat pkl 5.15pm pendaki terakhir sampai di batu besar dan kawasan campsite. Pendaki baru adik beradik lebih dahulu sampai lebih awal daripada tu. Lepas dirikan fly n khemah, chef Y mula menyediakan makan malam sambil dibantu oleh shifa dan yana, yg lain tolong tengok jerr..
Tak lengkap naik gunung datuk kalau tak menghayati pemandangan sunset di puncak. Rezeki kami cuaca pada petang tu cantik sekali. So semua mengambil kesempatan terbaik untuk posing dan bergambar

Y tergolek dek trek licin n terkejut dgn bersin ayam
Selepas sejam trekking kami sampai checkpoint pondok runtuh. Keadaan trek selepas ni agak landai dan tepat pkl 5.15pm pendaki terakhir sampai di batu besar dan kawasan campsite. Pendaki baru adik beradik lebih dahulu sampai lebih awal daripada tu. Lepas dirikan fly n khemah, chef Y mula menyediakan makan malam sambil dibantu oleh shifa dan yana, yg lain tolong tengok jerr..
Shifa dan Y tekun menyediakan makan malam
Tak lengkap naik gunung datuk kalau tak menghayati pemandangan sunset di puncak. Rezeki kami cuaca pada petang tu cantik sekali. So semua mengambil kesempatan terbaik untuk posing dan bergambar
sunset gunung datuk
Breakfast sandwich sardin dan telur di atas batu
Selepas menikmati sarapan sandwich sardin dan sandwich telor mayo yang menyelerakan, membersih kawasan campsite dan packing, kami mula bergerak turun dari campsite pada pukul 9.00pg. Akhirnya sampai kekaki gunung pada pkl 10.30pg ....
Tok Ketua posing dengan bangga sambil mengempiskan perut
Related articles
Wednesday, August 18, 2010
Ikatan Angka Lapan
Ikatan Angka Lapan
Ikatan angka lapan atau simpulan angka lapan adalah satu variasi dari ikatan simpul mati untuk kegunaan yang sama, tetapi simpulan angka lapan adalah lebih senang dibuka jika dibandingkan dengan simpul mati
Ikatan Buku Sila
Ikatan Buku Sila
Ikatan buku sila atau simpulan buku sila digunakan untuk menyambungkan dua tali yang mempunyai ukuran saiz yang sama. ia dilakukan secara menyonsang iaitu tali kiri ke atas tali kanan dan tali kanan ke atas tali kiri. Ikatan ini boleh dilucut dengan mudah. Ikatan Buku Sila adalah jenis ikatan yang paling banyak dan efektif digunakan dalam kegiatan harian dan aktiviti Outdoor. Banyak manfaatnya jika anda mahir jenis ikatan ini.

Ikatan Simpul Mati
Ikatan Simpul Mati / Thumb Knot
Ikatan simpul mati dibentuk dengan membuat satu lingkaran dan kepala tali dimasukkan ke dalam lingkaran dan di tarik. Satu ikatan yang tidak mudah terurai sebab itu le dipanggil simpul mati :) .
satu simpulan tali yang mudah yang biasa digunakan untuk sebagai ikatan di hujung tali untuk menahan batang tali dari terurai. Simpulan mati boleh juga dibuat sebagai bonjolan untuk memudahkan tempat memegang. Ikatan simpul mati juga boleh digunakan unuk sebagai ikatan tali khemah contohnya dengan melakukan ikatan ke batang pokok.

Saturday, July 31, 2010
Ikhtiar Hidup - Mendapatkan Bekalan Air Di Hutan / Pergunungan
Ikhtiar hidup dalam mencari bekalan air dipergunungan tidak semudah yang disangka, lebih lagi jika anda sesat, off trek dan tiada pemandu arah yang akan membawa anda. Mata air biasanya berada di lurah yang berkemungkinan curam dan dalam. Bunyi aliran air tersembunyi dalam bunyi desiran angin dan bunyi desiran angin mungkin tersalah sangka sebagai bunyi aliran air tambahan jika anda telah terlebih terhidrat, and lebih mudah berhalusinasi... pernah diceritakan berkeanaan kisah halusinasi akibat hidrasi, salah satunya adalah cerita berkenaan 2 orang survivor ketika bencana tsunami di acheh telah hanyut ke laut dan terapung di atas sampah / kayuan. Setelah beberapa hari salah seorang telah terjun ke laut dan berenang ke arah yang dikatakan beliau ternampak pantai dan kawan2nya memanggil.. beliau tengelam dan tidak dijumpai lagi.
Kemahiran ikhtiar hidup akan dapat membantu anda mendapatkan bekalan air di keadaan memerlukan. Antara sumber air yang anda boleh perolehi adalah air hujan dan embun. Sediakan plastic sheet atau boleh gunakan fly sheet atau baju hujan untuk mengumpul hujan yang turun atau gunakan untuk mengumpul embun di malan hari. Kawasan dipergunungan adalah lembab dan berkabus, jadi anda berpeluang untuk mendapatkan sedikit bekalan air dengan cara ini..
Jika anda hanya sehelai sepinggang, guna baju atau tuala kecil untuk menyerap air embun/ hujan di malam hari.. Perah tuala tersebut untuk mendapatkan titisan air
Dalam situasi kritikal, air kencing anda boleh dijadikan sumber air hu hu.. jika tiada bekas minuman. gunakan pakaian anda/tuala sebagai serapan. Ini adalah kes ikhtiar hidup yang biasa kita baca oleh mangsa -mangsa gempa bumi atau yang terperangkap di bawah runtuhan.
Skil ikhtiar hidup mendapatkan air dari sumber tumbuhan - akar kayu, pokok periuk kera dan pokok buloh adalah antara sumber bekalan air. Potong akar kayu dengan cara meruncing, jika anda bernasib anda akan mendapat titisan air. Pokok buloh sering menyimpan air hujan di dalam katam-katam nya. Ketok setiap katam untuk mengenal pasti katam yang mengandungi air. Katam yang mengandungi air hendaklah ditebuk, dibuat lubang kecik untuk mengeluarkan air didalam nya.. Pokok periuk kera tumbuh dengan meluas dipergunungan bentuknya secara semulajadi dapat mengumpul air hujan.. Sumber air diperolehi dari periuk kera agak memuaskan dalam keadaan darurat. Dalam keadaan terpaksa lopak air berburudu pun nampak menarik untuk diminum.. yg keruh pun nampak cam teh tarik .. ge ge
Kemahiran ikhtiar hidup akan dapat membantu anda mendapatkan bekalan air di keadaan memerlukan. Antara sumber air yang anda boleh perolehi adalah air hujan dan embun. Sediakan plastic sheet atau boleh gunakan fly sheet atau baju hujan untuk mengumpul hujan yang turun atau gunakan untuk mengumpul embun di malan hari. Kawasan dipergunungan adalah lembab dan berkabus, jadi anda berpeluang untuk mendapatkan sedikit bekalan air dengan cara ini..
Jika anda hanya sehelai sepinggang, guna baju atau tuala kecil untuk menyerap air embun/ hujan di malam hari.. Perah tuala tersebut untuk mendapatkan titisan air
Dalam situasi kritikal, air kencing anda boleh dijadikan sumber air hu hu.. jika tiada bekas minuman. gunakan pakaian anda/tuala sebagai serapan. Ini adalah kes ikhtiar hidup yang biasa kita baca oleh mangsa -mangsa gempa bumi atau yang terperangkap di bawah runtuhan.
Sunday, July 25, 2010
Ikhtiar Hidup - Menyeberangi Sungai Yang Ada Buaya
Buaya adalah species yang biasa didapati di kawasan Tropika. Di Semenanjung, buaya biasanya berada di habitat kuala sungai bernipah biasanya, namun kejadian serangan buaya di Semenanjung Malaysia adalah amat jarang berlaku. Sebaliknya konflik antara buaya dan manusia kerap berlaku di Serawak malah setengah cerita disebaliknya telah menjadi lagenda seperti Bujang Senang. Skil ikhtiar hidup terbaik dalam menghadapi situasi seperti itu adalah sebaik mungkin cuba elak dari menyeberangi he he, tapi anda tiada pilihan, tiada rakit dan benar2 perlu menyeberang. Jika terpaksa lakukan dengan pantas. Menyelam dan cuba elak berenang di permukaan. Berenang di permukaan menyerupai anda seperti haiwan mangsa yang lain seperti rusa, lembu dll. Dengan menyelam mengurangkan risiko anda diserang dan memudahkan anda mengawasi kehadiran buaya yang ingin menyerang di air dalam. Pernah tengok citer Tarzan? Mungkin kita boleh belajar sedikit skil ikhtiar hidup dari filem Tarzan ini. Tarzan biasanya melawan buaya di air dalam sambil menyelam tidak di permukaan.. Satu senjata utama buaya adalah libasan ekornya. Buaya mampu memberi libasan yang lebih kuat dia kawasan air cetek dan daratan berbanding di air dalam. Skil ikhtiar hidup ini mungkin berguna di masa yang memerlukan :)Saturday, July 24, 2010
Log Bukit Broga Semenyih
5.00pg – Jo sms bertanyakan lokasi peserta2 xpdc beliau telah menunggu di toll katanya sorang
5.10pg – aku sampai di toll pertama Bt.9 Jln Cheras selepas ambik shifa.. din, Hamdan n shifa.. Jo tak kelihatan, aku suspense.. rupanya jo tunggu kat toll kajang lerrrr… orait kitaorang set kumpul kat masjid semenyih.. tinggal kete aku kat toll naik lancer hamdan
5.30 – dah sampai Masjid semenyih, Jo sampai lebih awal.. Sham Kajang and the geng – mamak n Zaini telah menunggu.
6.00 pg Solat subuh siap dengan sujud sejadah laii.. pas solat kitaorang gerak ke restoran Ibrahim Maju untuk breakfast.. memang maju.. Lama bebeno breakfast hari nak cerah baru kitaorang gerak.. takder le nak tengok sunrisenyerr.. dari jauh selepas campus University Nottingham dah Nampak puncak n dataran bukit Broga.. cahaya kamera berkelip2 dr atas..
7.00 sampai di starting point iaitu ladang kecik kelapa sawit.. Mak ai banyaknyer kete ,, mau lebih seratus bijik nih. Ada yg parking tepi jalan.. ada yg parking berbayor dalam ladang RM2 sekali masuk..
7.30 – start trekking.. trek sempoi.. tak pacak dan takder la landai sedan2 aje.. boleh gak la dengar bunyi dengusan nafas Hamdan tarik oksigen.. 15 berjalan baru jumpa kawasan lapang berlalang.. angin sempoi2 bahasa.. memang nyaman waktu pagi kat sini..
Sampai puncak pertama keadaan jadi macam pesta.. macam2 org ada, ada baby, budak kecik, org tua, macam2 dressing pun ada.. kira macam pertunjukan fesyen plak kat atas tu.. he he
8.30- sampai di puncak ketiga/ terakhir / lepak atas batu layan tea o, cicah biskut , n buah limau madu n baby mandarin sambil layan view.. view lebih 180 darjah.. lawa dan menarik.. tambah lagi dengan kehadiran ahli2 KBS dan KBC.. Kelab Budak Single dan Kelab Budak Couple dari Uniten kat atas tu
9.15 mentari makin terik.. kitaorang yg terakhir turun dari kawasan puncak.. kami ikut sham turun ikut trek belakang lalui ladang getah dan kelapa sawit.. x panas laa.. tapi banyak pulak anjing
10. sampaiiiii.. lebih awal plak dari budak KBS tadi.. salin baju n chow
Read din’s latest article here
visit Mount Kinabalu and have wonderful experience there
TEMPAT KELIMA PERAK SUUNTO 6H ROGAINING NAVIGATION
Hangat Gambar Luna Maya Tak Pakai Baju Sini

24th April 2010
Tahniah kpd diri sendiri dan semua ahli pasukan wai dan ayam dan team Hasil B... dapat gak tempat kelima... position mungkin boleh improve kalu tiada incident sesat tu he he.. anyway kita cuba lagi at next race!!! .. Pujian juga kepada SNR Adventure yang saban tahun setia menganjurkan pertandingan orienteering. Pertandingan kali ini mencatat sejarah apabila diikitiraf sebagai pertandingan Rogaining pertama di Malaysia di dalam Malaysia Books of Record.

kechik n the gang.. menang The Charming Team
Monday, June 21, 2010
GUNUNG BATU PUTEH
tengah godek laptop tetiba jer terjupe log gunung batu puteh yang aku tulis.. sendiri pun sudah lupa yang ada tulis log ni.. so alang2 terjupe ni aku publish la kat sini... boleh jadi reference masa depan ...
XPDC GUNUNG BATU PUTEH, KUALA WOH, PERAK 8 NOV – 10 NOV 2007
Tarikh xpdc ke Gng Trusmadi makin dekat pada Jan 2008, tapi pendaki seramai 12 org belum lagi buat latihan bersama. Ikut kata Che Zi Gng Trusmadi ni tough jugak “pastikan korang training!!” tapi disebabkan kesibukan masing2 dan tempat tinggal yg berjauhan menjadi halangan untuk satu aktiviti bersama.. tidak dapat tidak satu xpdc kena buat selepas raya setelah xpdc gng bintang tertangguh sebab bini shon bersalin belum posa ari tu.. aku yg bujang ni sememangnya takde hal langsung.. tunggu yg lain laaa.. akhirnya atas inisiatif dan perancangan Mono cadangan ke Gng Batu Puteh menjadi.. walaupun ahlinya cuma 6 org tapi yg baik group ini akan lebih senang diurus.. Ahlinya Kecik & Mono selaku guide, sham, amir, shon dan aku first timer…
7 Nov 2007 (Rabu)
6.00ptg aku punch out dan singgah kat tingkat ofis shon. Shon telah bawak beg terus kat tempat keje dan kita akan gerak sama mlm ni.. Mono kata akan start gerak pkl 12 mlm.. mmm sempat lagi utk beli mana yg patut utk kelengkapan.. kebetulan raincover aku koyak dan shon sendiri pun nak cari raincover.. jadi Pertama Complex(PC) dituju.. boleh usha haversack kata shon
Kat PC kebanyakan raincover mahal tapi branded la – Deuter. Wat masa ni aku sendiri pikir baik beli yg murah aje la rasa syg gak nak kuar >RM50 untuk raincover. Kedai Evergreen kat Campbell Complex pula dituju.. selesai- aku ambik raincover murah RM13, cooking set for 4 person, dan satu topi askar yg ada kain pelindung hmm boleh wat gi mancing nanti..
Lps singgah makan kat Kinrara sampai umah aku dlm pkl 9.30… hmm tak banyak masa utk packing.. biasanya kalu last minute packing cam ni mesti ada yg tertinggal. Yusri hantar mesej otw ke Stesen LRT bkt Jalil.. nak tumpang sampai mana pun ok katanya tiket bas balik lenggong dah abis.. ko tunggu laaa
11.30mlm lepas kemas mana yg patut aku & shon bertolak ambik yusri dan ke rumah Mono.. Yusri dah mula mengomel takut kena culik – saper nak culik ko woiiiii!!!
12.30pg Bertolak dari rumah mono. Aku,Shon, Yusri & Mono kete aku dan Kechik, sham dan amir satu lagi kete, janji jumpa kat R&R Rawang. Kat R&R Rawang kebetulan jumpa geng adik Idan.. Mawi JTM pun ada skali nak bukak trek Gng Besar katanya.. alahai keje bukak trek ni tak sampai tahap aku lagi laa korang pegi la dulu…
Kechik sms Mono inform bertolak la dulu nanti jumpa kat Masjid Tapah!! aku first driver memandu dgn hati2 coz jalan basah hujan renyai2 tambah lagi lampu headlight aku setting rendah. Tak sampai sejam bawak aku dah mula ngantuk… arrggghhh walau tadi dan minum power root nampak gaya tak power gak .. mono takeover
2.30pg Sampai Masjid Tapah.. siap utk tidur dulu sambil tunggu geng kechik.. kat luar nampak beberapa org driver lori tumpang tidur atas kerusi simen.. kat dlm ada beberapa org sedang tido termasuk sorang pakcik tua.. apalagi aku pun landing sebelah shon then zzzzzz
8 Nov 2007
5.45pg Suara pakcik tua dgn nada lembut berulang-ulang “bangun ambik air sembahyang solat subuh” dia tak berhenti hingga lah aku duduk.. bagus betul pakcik tua ni.. rupanya kechik dah sampai tgh borak dgn Mono. Lepas solat dan jumpa geng lain kitaorg sambung tido dlm kete
7.30pg Beli ration tambahan di pekan Tapah, ini tugas kechik, Shon pula cari towel and kasut getah.. aku rasa teringin gak nak pakai kasut getah yg ada tali pun beli satu.. mungkin yg ada tali ni mengurangkan tekanan pada hujung kaki masa turun nanti.. nak pakai Boot Columbia Panther Ridge aku rasa sayang walau dah 6 bulan lebih beli..
8.30pg Lepas breakfast nasi lemak sambal pedas kami bergerak hantar Yusri kat stesen bas Tapah dan ke Balai Polis Tapah untuk buat laporan. Kat Balai Polis tu tak ramai pegawai yg kelihatan., dari perbualan mereka aku dpt ramai pegawai polis lain ditugaskan ke KL, standby untuk Demonstrasi Bersih
10.00pg Sampai di Ampangan Air Kuala Woh.. untuk sampai disini kami melepasi kawasan air panas, byk perkampungan org asli, kunci air melalui jalan yg kecik dan sempit. Pemandangan kiri kanan menarik. Teringin nak ambik gambar tapi apakan daya aku yg memandu.. nak berhenti kete sham pulak kat belakang.
10.30pg selepas bahagi ration, tukar baju trekking, warm up & stretching sikit kami mula trekking. Mula trekking dah pacak ikut jalan tanah merah perrggghhh.. lepas 2-3 anak bukit ada suara org asli panggil dari belakang.. aku wat bodo.. ntah panggil sape ntah.. tiba2 sham yg jalan kat dpn dgn kechik patah balik.. “kita salah jalan” pada masa tu jugak org asli tadi sampai… “mau pegi mana?” “mau pegi gng puteh ikut bawah” katanya.. sini mau pegi kg kitak.. . Rupanya kitaorg tersalah lorong masa mula trekking.. confuse jln tanah merah itu rupanya baru buat.. kata kechik patut la dia rasa lain macam .. patut ikut laluan sungai hinggalah cabang Y. Sejam berjalan kaki mula rasa sakit melecet. Rupanya silap la pakai kasut getah baru ni, getahnya memang keras. Tak dapat tidak perjalanan yg masih panjang ni kena teruskan sakit sikit pun aku wat tak tau je la
11.30pg Sampai Cabang Y.. airnya paras pinggang tapi laju.. bergoyang lutut aku lawan arus. Agak bahaya kalu airnya naik lagi.. takut gak aku kalu jatuh .. mau basah kamera dan gadget yg lain.
1.00ptg Water point – lunch lepak, lunch simple nasi lemak telur separuh yg tapau kat Pekan tapah tadi + tea o panas.. aku kuarkan serunding daging.. laku gak serunding mak aku. Sham siap mandi n solat lai.. tunggu jamak kat Gua Azan sempat rasanya.
4.00ptg Sampai di Kem Emergency. Perjalanan dari Cabang Y ke Emergency tak banyak naik turun. Perjalanan secara berterusan adalah menaik maksimun 45 darjah. Banyak duri rotan dan pokok buloh tumbang. Beberapa kali perjalanan tersekat apabila kechik terpaksa mengeluarkan parang pendeknya menebas apabila laluan tersekat dek pokok buloh tumbang.. tak larat menebas kami 4 wheel drive ikut bawah pokok buloh.
Perjalanan seterusnya Emergency ke Gua Azan agak mencabar.. pacaknya lebih tinggi sedikit. Dengan ration satu Mirinda 1.5l dan 2 Mineral 1.5l + telur & roti + gas +cooking utensil terasa gak beratnya.s silap gak rasanya tak payah bawak ration air mineral tu.. cukup utk bekalan sendiri sbb waterpoint takder masalah.. tapi dah bawak tu aku carry on aje lah.
5.40 ptg Sampai di Simpang ke Gua Azan. Terus akan ke puncak. Menurun ke kiri adalah ke Gua Azan juga waterpoint. Seperti biasa Kechik,Sham & Amir sampai dulu. Mereka 15-20 minit di hadapan. Setelah semua sampai baru kami bergerak turun ke Gua Azan. Cerungnya agak curam.. mesti tough nak naik balik esok.
6.00ptg sampai di Gua azan. Keadaan agak gelap.. mungkin kedudukannya di celah cerung dan cuaca hujan/mendung. Kumpulkan ration dan pasang fly diketuai oleh Mono sebagai ketua architect. Setelah siapkan khemah, turun ke water point untuk mandi dan ambil bekalan air. Jaraknya dlm 20-30 meter dari Gua Azan. Saiznya cukup utk 3-4 org mandi pada satu masa. Puncanya keluar dari atas batu dan cukup sejuknya utk buat aku termenung sebelum simbahan air pertama… wooo gigil.. tapi memang kena mandi utk hilangkan bau badan/peluh utk mengelakkan gangguan agas dan serangga mlm nanti sbb kawasan ini memang byk agas.
Menu malam itu dissediakan oleh Kechik sup sayur+cendawan, ayam goreng dan telur dadar. 3 biji telur pecah di dlm bekas dan baki kena dibasuh utk menggelakkan bau. Setelah pekena kopi cicah biskut oreo kami masuk tidur zzzz. Awal pagi hujan mula turun, tak lama lepas tu mula aku rasa basah bahagian kaki, aku ubah position merengkok dlm sleeping bag zzz.
6.30 pagi hujan masih belum berhenti.. aku ubah position lagi jatuh dari sleeping mat.. alamak.. rupanya air dah bergenang atas Ground separuh badan aku basah.. arrgghh nasib baik aku pakai jacket waterproof.. tak lama kechik bangun mula siap sarapan.. kalu dah basah tu bangun je laaa jerit Kechik.. silap kami gak mlm tu.. memang tak ambik berat sgt pasal kedudukan ground dan aliran air.. gosok gigi,solat, join sediakan breakfast=nasi lemak. Satu roti pack roti gardenia dah rosak kena gigit tikus hutan. Tinggal roti mamak aje laa.. takper la dah rezki cik siti.
9 Nov Jumaat
10.45pg Gerak dari gua azan.
11.00pg Kumpul atas trek. Kami mula gerak ke Puncak. Tiada byk halangan diatas trek. Kawasan lereng batu telah terdapat tangga kayu utk memudahkan pendakian. Terdapat bahagian yg agak curang terutama sebelum sampai ke Batu Kak. Kena jadi spiderman la utk ketinggian 6meter.
12.00tgh Lunch di Kawasan Batu Kak. Kami ambil keputusan hanya utk naik Batu Kak pada masa turun dari Puncak nanti. Dari sini boleh nampak permatang arah ke Puncak. Dari sini perjalanan akan melalui beberapa kawasan permatang.
2.00ptg Sampai di Simpang last water point - Air Terjun Terbunuh!!. Kami kosongkan bekalan air yg ada utk masak air dan mee hoon sup perisa ayam Mamee J campur 2-3 biji telur. Cuaca agak sejuk, aku terpaksa keluarkan jacket utk panaskan badan. Cuma shon yg tinggal kat atas. Yg lain turun ke water point untuk tapau air bagi bekalan di puncak nanti. Perjalanan akan curang dan jauh ke dalam lurah. Airnya jauh lebih sejuk dari gua azan, berdiri lama di dalam air buat kaki aku sakit. Aku ambil kesempatan untuk basuh baju North Face. Setelah diperah dan kibas beberapa kali.. aku pakai balik.. ini kelebihan baju dari kain quick dry amat sesuai utk dipakai dlm aktiviti macam ini
3.00ptg Setelah solat, makan sebagai bekalan tenaga terakhir sebelum shoot puncak, tambahan lagi dgn tambah bebanan bekalan air kami mula perjalanan ke Puncak. Apabila memasuki kawasan lebih tinggi trek mula lebih basah dan lembab, hingga memasuki kawasan mossy forest menandakan perjalanan makin hampir ke Puncak. Kebanyakan perjalanan ini aku jalan sorang, Kechik, Sham dan Amir sedikit di hadapan yg rentak mereka agak laju. Manakala Mono dan shon pula di belakang. Ada sekali aku tersalah jalan setelah dapati trek berbatu yg aku lalu makin sukar dan trek menghilang. Cuak jugak aku. Setelah jerit ke depan Kechik menyahut, rupanya mereka tak jauh sanggat. Aku patah balik cuba cari trek yg betul. Inilah kekurangan jalan sorang sorang, tambah lagi sekali haversack tersangkut duri takder saper nak tolong buangkan.
5.30ptg Sampai di Puncak Gunung Batu Puteh, cuaca amat baik dan view terbuka luas. Panjat sedikit Beirut boleh tengok pandangan hampir 360 darjah. Dari sini boleh lihat puncak Irau dan Brinchang yang boleh dikenali dgn tower komunikasi, Genting dan banyak puncak lain yang tak dapat dipastikan. Hari masih panas kami ambil kesempatan utk jemur sleeping bag yg basah malam nanti akan dapat tidur yg hangat J. Kawasan Puncak agak luas utk 20-30 orang.
10 November, Sabtu
6.00pg Subuh itu hujan turun rintik2 sekali sekala angin sejuk terlepas masuk dlm khemah malalui bukaan yg tak ditutup. View belah timur tertutup oleh kabus so takder view sunrise sementara arah laut clear.
10.30pg Gerak turun dari puncak.
12.30pg Sampai di Batu Kak. Haversack tinggal kat bawah. Aku dgn Mono last naik Batu Kak. Tangga hanya dibuat dari batang kayu. Kalu saper yakin dgn kekuatan tangga tu boleh lah naik kalu tak, tunggu je la kat bawah.
1.30ptg Yg lain gerak dulu ke Kem Emergency aku dan mono take time ambik gambar puas2 hati. Pertengahan jalan aku dan Mono dpt catch up dgn shon yg jalan perlahan sikit kerana cramp.
2.30ptg Sampai di Kem Emergency. Ambik kesempatan utk tukar plaster kaki yg melecet berdarah. Lunch gulai ikan masin nenas tanpa santan. Boleh laa
3.00ptg Bertolak dari Kem Emergency. Dari Kem Emergency akan melalui trek yg menaik sikit sebelum perjalanan trek panjang menurun hingga ke Cabang Y. Kami simpan sedikit ration in case tidak dapat lepas Cabang Y nanti dan kami kena bermalam.
6.00ptg Sampai Cabang Y. Air memang naik sedikit dari paras hari khamis ari tu. Kechik yg dah lama lepak tunggu kitaorg cakap air baru jer bertukar jadi keruh. Mono & shon lead cari laluan sesuai utk mengharung, aku last sekali ambik masa sikit simpan hp etc dlm plastic. Sempat ambik gambar tu.. sori geng aku tau korang cuak saat kecemasan ni takut kepala air.. tapi kalu aku tak ambik gambar saper lagi he he.. Perjalanan selepas ini hanya menyusur sungai
6.40ptg Sampai di Dam Kuala Woh .. TAMAT.. aku tinggalkan kasut getah tu kat org asli.. kira sedekah laaa

Saturday, April 17, 2010
Ikatan Balak
Ikatan balak
Ikatan balak digunakan untuk mengangkat kayu bulat, papan, atau tiang, belitan disambung dengan satu lagi setengah belit di bahagian atas hujung tiang.
IKATAN SATU LINGKAR DAN 2 SETENGAH BELIT
Ikatan satu lingkar dan 2 setengah belit
Ikatan ini diguna untuk mengikat tali kepada satu kayu bulat atau tiang
SIMPUL MANUK / MANGGIS
Ikatan simpul manuk atau juga dikenali sebagai simpul manggis
Dibuat dengan dua simpulan, yang mana simpulan kedua diletak di atas simpulan pertama. Ini adalah simpulan yang kuat untuk ikatan sauh tetapi mudah dilucut. salah satu kegunaannya yang aku biasa tengok adalah untuk mengikat kayu pancang lembu :)

IKATAN SETENGAH BELIT
IKATAN SETENGAH BELIT
Ini adalah belitan ringkas ke atas kayu pancang atau tali yang lain supaya apabila ditarik bebanan akan diagih kepada kayu tidak hanya kepada tali.
IKATAN TINDIH KASIH
ikatan tindih kasih
Ikatan tindih kasih adalah merupakan satu gelung yang tidak terlucut di bentuk di hujung seutas tali. Antara kegunaannya adalah untuk operasi menyelamat untuk di ikat di badan mangsa tanpa menjerut badan mangsa.
IKATAN BUNGA GETI BERGANDA
ikatan bunga geti berganda
Ikatan bunga geti berganda adalah lebih kukuh daripada ikatan bunga geti tunggal dan ia digunakan untuk menyambungkan dua tali yang mempunyai saiz yang amat jauh berbeza. Bunga geti berganda dibentuk sama seperti bunga geti tunggal kecuali selepas sahaja membuat setengah belit dengan tali kecil, ianya diteruskan membuat pusingan bulat di sekeliling tali besar
Subscribe to:
Posts (Atom)