Monday, June 21, 2010

GUNUNG BATU PUTEH

tengah godek laptop tetiba jer terjupe log gunung batu puteh yang aku tulis.. sendiri pun sudah lupa yang ada tulis log ni.. so alang2 terjupe ni aku publish la kat sini... boleh jadi reference masa depan ...


XPDC GUNUNG BATU PUTEH, KUALA WOH, PERAK 8 NOV – 10 NOV 2007

Tarikh xpdc ke Gng Trusmadi makin dekat pada Jan 2008, tapi pendaki seramai 12 org belum lagi buat latihan bersama. Ikut kata Che Zi Gng Trusmadi ni tough jugak “pastikan korang training!!” tapi disebabkan kesibukan masing2 dan tempat tinggal yg berjauhan menjadi halangan untuk satu aktiviti bersama.. tidak dapat tidak satu xpdc kena buat selepas raya setelah xpdc gng bintang tertangguh sebab bini shon bersalin belum posa ari tu.. aku yg bujang ni sememangnya takde hal langsung.. tunggu yg lain laaa.. akhirnya atas inisiatif dan perancangan Mono cadangan ke Gng Batu Puteh menjadi.. walaupun ahlinya cuma 6 org tapi yg baik group ini akan lebih senang diurus.. Ahlinya Kecik & Mono selaku guide, sham, amir, shon dan aku first timer…

7 Nov 2007 (Rabu)

6.00ptg aku punch out dan singgah kat tingkat ofis shon. Shon telah bawak beg terus kat tempat keje dan kita akan gerak sama mlm ni.. Mono kata akan start gerak pkl 12 mlm.. mmm sempat lagi utk beli mana yg patut utk kelengkapan.. kebetulan raincover aku koyak dan shon sendiri pun nak cari raincover.. jadi Pertama Complex(PC) dituju.. boleh usha haversack kata shon
Kat PC kebanyakan raincover mahal tapi branded la – Deuter. Wat masa ni aku sendiri pikir baik beli yg murah aje la rasa syg gak nak kuar >RM50 untuk raincover. Kedai Evergreen kat Campbell Complex pula dituju.. selesai- aku ambik raincover murah RM13, cooking set for 4 person, dan satu topi askar yg ada kain pelindung hmm boleh wat gi mancing nanti..
Lps singgah makan kat Kinrara sampai umah aku dlm pkl 9.30… hmm tak banyak masa utk packing.. biasanya kalu last minute packing cam ni mesti ada yg tertinggal. Yusri hantar mesej otw ke Stesen LRT bkt Jalil.. nak tumpang sampai mana pun ok katanya tiket bas balik lenggong dah abis.. ko tunggu laaa

11.30mlm lepas kemas mana yg patut aku & shon bertolak ambik yusri dan ke rumah Mono.. Yusri dah mula mengomel takut kena culik – saper nak culik ko woiiiii!!!

12.30pg Bertolak dari rumah mono. Aku,Shon, Yusri & Mono kete aku dan Kechik, sham dan amir satu lagi kete, janji jumpa kat R&R Rawang. Kat R&R Rawang kebetulan jumpa geng adik Idan.. Mawi JTM pun ada skali nak bukak trek Gng Besar katanya.. alahai keje bukak trek ni tak sampai tahap aku lagi laa korang pegi la dulu…

Kechik sms Mono inform bertolak la dulu nanti jumpa kat Masjid Tapah!! aku first driver memandu dgn hati2 coz jalan basah hujan renyai2 tambah lagi lampu headlight aku setting rendah. Tak sampai sejam bawak aku dah mula ngantuk… arrggghhh walau tadi dan minum power root nampak gaya tak power gak .. mono takeover

2.30pg Sampai Masjid Tapah.. siap utk tidur dulu sambil tunggu geng kechik.. kat luar nampak beberapa org driver lori tumpang tidur atas kerusi simen.. kat dlm ada beberapa org sedang tido termasuk sorang pakcik tua.. apalagi aku pun landing sebelah shon then zzzzzz

8 Nov 2007

5.45pg Suara pakcik tua dgn nada lembut berulang-ulang “bangun ambik air sembahyang solat subuh” dia tak berhenti hingga lah aku duduk.. bagus betul pakcik tua ni.. rupanya kechik dah sampai tgh borak dgn Mono. Lepas solat dan jumpa geng lain kitaorg sambung tido dlm kete

7.30pg Beli ration tambahan di pekan Tapah, ini tugas kechik, Shon pula cari towel and kasut getah.. aku rasa teringin gak nak pakai kasut getah yg ada tali pun beli satu.. mungkin yg ada tali ni mengurangkan tekanan pada hujung kaki masa turun nanti.. nak pakai Boot Columbia Panther Ridge aku rasa sayang walau dah 6 bulan lebih beli..

8.30pg Lepas breakfast nasi lemak sambal pedas kami bergerak hantar Yusri kat stesen bas Tapah dan ke Balai Polis Tapah untuk buat laporan. Kat Balai Polis tu tak ramai pegawai yg kelihatan., dari perbualan mereka aku dpt ramai pegawai polis lain ditugaskan ke KL, standby untuk Demonstrasi Bersih

10.00pg Sampai di Ampangan Air Kuala Woh.. untuk sampai disini kami melepasi kawasan air panas, byk perkampungan org asli, kunci air melalui jalan yg kecik dan sempit. Pemandangan kiri kanan menarik. Teringin nak ambik gambar tapi apakan daya aku yg memandu.. nak berhenti kete sham pulak kat belakang.

10.30pg selepas bahagi ration, tukar baju trekking, warm up & stretching sikit kami mula trekking. Mula trekking dah pacak ikut jalan tanah merah perrggghhh.. lepas 2-3 anak bukit ada suara org asli panggil dari belakang.. aku wat bodo.. ntah panggil sape ntah.. tiba2 sham yg jalan kat dpn dgn kechik patah balik.. “kita salah jalan” pada masa tu jugak org asli tadi sampai… “mau pegi mana?” “mau pegi gng puteh ikut bawah” katanya.. sini mau pegi kg kitak.. . Rupanya kitaorg tersalah lorong masa mula trekking.. confuse jln tanah merah itu rupanya baru buat.. kata kechik patut la dia rasa lain macam .. patut ikut laluan sungai hinggalah cabang Y. Sejam berjalan kaki mula rasa sakit melecet. Rupanya silap la pakai kasut getah baru ni, getahnya memang keras. Tak dapat tidak perjalanan yg masih panjang ni kena teruskan sakit sikit pun aku wat tak tau je la

11.30pg Sampai Cabang Y.. airnya paras pinggang tapi laju.. bergoyang lutut aku lawan arus. Agak bahaya kalu airnya naik lagi.. takut gak aku kalu jatuh .. mau basah kamera dan gadget yg lain.

1.00ptg Water point – lunch lepak, lunch simple nasi lemak telur separuh yg tapau kat Pekan tapah tadi + tea o panas.. aku kuarkan serunding daging.. laku gak serunding mak aku. Sham siap mandi n solat lai.. tunggu jamak kat Gua Azan sempat rasanya.

4.00ptg Sampai di Kem Emergency. Perjalanan dari Cabang Y ke Emergency tak banyak naik turun. Perjalanan secara berterusan adalah menaik maksimun 45 darjah. Banyak duri rotan dan pokok buloh tumbang. Beberapa kali perjalanan tersekat apabila kechik terpaksa mengeluarkan parang pendeknya menebas apabila laluan tersekat dek pokok buloh tumbang.. tak larat menebas kami 4 wheel drive ikut bawah pokok buloh.

Perjalanan seterusnya Emergency ke Gua Azan agak mencabar.. pacaknya lebih tinggi sedikit. Dengan ration satu Mirinda 1.5l dan 2 Mineral 1.5l + telur & roti + gas +cooking utensil terasa gak beratnya.s silap gak rasanya tak payah bawak ration air mineral tu.. cukup utk bekalan sendiri sbb waterpoint takder masalah.. tapi dah bawak tu aku carry on aje lah.

5.40 ptg Sampai di Simpang ke Gua Azan. Terus akan ke puncak. Menurun ke kiri adalah ke Gua Azan juga waterpoint. Seperti biasa Kechik,Sham & Amir sampai dulu. Mereka 15-20 minit di hadapan. Setelah semua sampai baru kami bergerak turun ke Gua Azan. Cerungnya agak curam.. mesti tough nak naik balik esok.

6.00ptg sampai di Gua azan. Keadaan agak gelap.. mungkin kedudukannya di celah cerung dan cuaca hujan/mendung. Kumpulkan ration dan pasang fly diketuai oleh Mono sebagai ketua architect. Setelah siapkan khemah, turun ke water point untuk mandi dan ambil bekalan air. Jaraknya dlm 20-30 meter dari Gua Azan. Saiznya cukup utk 3-4 org mandi pada satu masa. Puncanya keluar dari atas batu dan cukup sejuknya utk buat aku termenung sebelum simbahan air pertama… wooo gigil.. tapi memang kena mandi utk hilangkan bau badan/peluh utk mengelakkan gangguan agas dan serangga mlm nanti sbb kawasan ini memang byk agas.

Menu malam itu dissediakan oleh Kechik sup sayur+cendawan, ayam goreng dan telur dadar. 3 biji telur pecah di dlm bekas dan baki kena dibasuh utk menggelakkan bau. Setelah pekena kopi cicah biskut oreo kami masuk tidur zzzz. Awal pagi hujan mula turun, tak lama lepas tu mula aku rasa basah bahagian kaki, aku ubah position merengkok dlm sleeping bag zzz.

6.30 pagi hujan masih belum berhenti.. aku ubah position lagi jatuh dari sleeping mat.. alamak.. rupanya air dah bergenang atas Ground separuh badan aku basah.. arrgghh nasib baik aku pakai jacket waterproof.. tak lama kechik bangun mula siap sarapan.. kalu dah basah tu bangun je laaa jerit Kechik.. silap kami gak mlm tu.. memang tak ambik berat sgt pasal kedudukan ground dan aliran air.. gosok gigi,solat, join sediakan breakfast=nasi lemak. Satu roti pack roti gardenia dah rosak kena gigit tikus hutan. Tinggal roti mamak aje laa.. takper la dah rezki cik siti.

9 Nov Jumaat

10.45pg Gerak dari gua azan.

11.00pg Kumpul atas trek. Kami mula gerak ke Puncak. Tiada byk halangan diatas trek. Kawasan lereng batu telah terdapat tangga kayu utk memudahkan pendakian. Terdapat bahagian yg agak curang terutama sebelum sampai ke Batu Kak. Kena jadi spiderman la utk ketinggian 6meter.

12.00tgh Lunch di Kawasan Batu Kak. Kami ambil keputusan hanya utk naik Batu Kak pada masa turun dari Puncak nanti. Dari sini boleh nampak permatang arah ke Puncak. Dari sini perjalanan akan melalui beberapa kawasan permatang.

2.00ptg Sampai di Simpang last water point - Air Terjun Terbunuh!!. Kami kosongkan bekalan air yg ada utk masak air dan mee hoon sup perisa ayam Mamee J campur 2-3 biji telur. Cuaca agak sejuk, aku terpaksa keluarkan jacket utk panaskan badan. Cuma shon yg tinggal kat atas. Yg lain turun ke water point untuk tapau air bagi bekalan di puncak nanti. Perjalanan akan curang dan jauh ke dalam lurah. Airnya jauh lebih sejuk dari gua azan, berdiri lama di dalam air buat kaki aku sakit. Aku ambil kesempatan untuk basuh baju North Face. Setelah diperah dan kibas beberapa kali.. aku pakai balik.. ini kelebihan baju dari kain quick dry amat sesuai utk dipakai dlm aktiviti macam ini

3.00ptg Setelah solat, makan sebagai bekalan tenaga terakhir sebelum shoot puncak, tambahan lagi dgn tambah bebanan bekalan air kami mula perjalanan ke Puncak. Apabila memasuki kawasan lebih tinggi trek mula lebih basah dan lembab, hingga memasuki kawasan mossy forest menandakan perjalanan makin hampir ke Puncak. Kebanyakan perjalanan ini aku jalan sorang, Kechik, Sham dan Amir sedikit di hadapan yg rentak mereka agak laju. Manakala Mono dan shon pula di belakang. Ada sekali aku tersalah jalan setelah dapati trek berbatu yg aku lalu makin sukar dan trek menghilang. Cuak jugak aku. Setelah jerit ke depan Kechik menyahut, rupanya mereka tak jauh sanggat. Aku patah balik cuba cari trek yg betul. Inilah kekurangan jalan sorang sorang, tambah lagi sekali haversack tersangkut duri takder saper nak tolong buangkan.

5.30ptg Sampai di Puncak Gunung Batu Puteh, cuaca amat baik dan view terbuka luas. Panjat sedikit Beirut boleh tengok pandangan hampir 360 darjah. Dari sini boleh lihat puncak Irau dan Brinchang yang boleh dikenali dgn tower komunikasi, Genting dan banyak puncak lain yang tak dapat dipastikan. Hari masih panas kami ambil kesempatan utk jemur sleeping bag yg basah malam nanti akan dapat tidur yg hangat J. Kawasan Puncak agak luas utk 20-30 orang.

10 November, Sabtu

6.00pg Subuh itu hujan turun rintik2 sekali sekala angin sejuk terlepas masuk dlm khemah malalui bukaan yg tak ditutup. View belah timur tertutup oleh kabus so takder view sunrise sementara arah laut clear.

10.30pg Gerak turun dari puncak.

12.30pg Sampai di Batu Kak. Haversack tinggal kat bawah. Aku dgn Mono last naik Batu Kak. Tangga hanya dibuat dari batang kayu. Kalu saper yakin dgn kekuatan tangga tu boleh lah naik kalu tak, tunggu je la kat bawah.

1.30ptg Yg lain gerak dulu ke Kem Emergency aku dan mono take time ambik gambar puas2 hati. Pertengahan jalan aku dan Mono dpt catch up dgn shon yg jalan perlahan sikit kerana cramp.

2.30ptg Sampai di Kem Emergency. Ambik kesempatan utk tukar plaster kaki yg melecet berdarah. Lunch gulai ikan masin nenas tanpa santan. Boleh laa

3.00ptg Bertolak dari Kem Emergency. Dari Kem Emergency akan melalui trek yg menaik sikit sebelum perjalanan trek panjang menurun hingga ke Cabang Y. Kami simpan sedikit ration in case tidak dapat lepas Cabang Y nanti dan kami kena bermalam.

6.00ptg Sampai Cabang Y. Air memang naik sedikit dari paras hari khamis ari tu. Kechik yg dah lama lepak tunggu kitaorg cakap air baru jer bertukar jadi keruh. Mono & shon lead cari laluan sesuai utk mengharung, aku last sekali ambik masa sikit simpan hp etc dlm plastic. Sempat ambik gambar tu.. sori geng aku tau korang cuak saat kecemasan ni takut kepala air.. tapi kalu aku tak ambik gambar saper lagi he he.. Perjalanan selepas ini hanya menyusur sungai

6.40ptg Sampai di Dam Kuala Woh .. TAMAT.. aku tinggalkan kasut getah tu kat org asli.. kira sedekah laaa

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...