View Gunung Datuk in a larger map
23/5/2010 sunday
Thanks and congrate pada penganjur Y yang berjaya organize trip kali nih juga sebagai latihan untuk pendaki2 gunung kinabalu pada julai 2010 nanti.. pendaki= Y, shifa, yana, shon, ayam, aku, wan, dan 2 orang bodyguard shifa = anuar dan rizal. Walaupun letih lepas jer game bola pada pkl 10. Namun ku kuatkan semangat untuk join trip Y nih. Pkl 12 kumpul kat R & R Seremban. Y, shifa, yana and rest of the gang telah asyik menjamu selera.. kat sini gak la boleh beli jajan apa yg patut sebelum masuk Kg Bongek yang selalu disebut sebut oleh Y. Keluar melalui Toll Pedas Lingi konvoi 3 kereta seterusnya menuju ke arah Tampin melalui pekan Rembau. Sampai di Kg Bongek kami masuk simpang ke kiri dan dalam jarak kira kira 5 km ambil simpang ke kiri iaitu jalan kecil melalui kebun getah menuju Hutan Lipur Gunung Datuk. Jangan bimbang signboard yang disediakan agak mencukupi.
Akhirnya tepat Pkl 1.10 sampai juga kami di Hutan Lipur Gunung Datuk tanpa perlu makan buah langsat. Tukar pakaian trekking, solat, dan sesi bergambar, sesi pendakian bermula tepat pkl 2.30 ptg .. Malam ni hanya ada lapan pendaki bermalam yang telah naik pagi tadi. Campur pendaki kumpulan ini seramai 11 orang , jumlah pendaki yang akan menggunakan campsite adalah 19 orang sahaja..
Melintasi jambatan sebagai tanda mula trek ke gunung datuk, aku atur langkah pelan2 sebagai langkah hati2, satu otot peha memang dah rasa sakit sikit kesan dari main bola tadi dan tak nak push lebih lebih lagi pun trek gunung datuk ni mula mula lagi memang mencanak... so pelan pelan saje cover jadi sweeperrr..
On the way ramai gak yg berselisih turun dengan pendaki daypack. Hari baru jer lepas hujan, so keadaan trek boleh tahan la licinnyerr.. so memang kena jalan pelan2 tambahan lagi aku hanya pakai kasut futsal dah memang takder kasut lain.. malam tadi belek2 boot trekking nampak cam dah merekah tapak sebab lama x pakai... so kali ni terpaksa la pakai kasut futsal aje..Terkial-kial jugak menapak dengan kasut futsal dalam keadaan trek yg licin.. inilah penting memilih kasut yang sesuai untuk aktiviti trekking dalam hutan hujan tropika ni, tapi nak wat camner tak jumpa pula kasut getah masa cari malam tadi.
Y tergolek dek trek licin n terkejut dgn bersin ayam
Selepas sejam trekking kami sampai checkpoint pondok runtuh. Keadaan trek selepas ni agak landai dan tepat pkl 5.15pm pendaki terakhir sampai di batu besar dan kawasan campsite. Pendaki baru adik beradik lebih dahulu sampai lebih awal daripada tu. Lepas dirikan fly n khemah, chef Y mula menyediakan makan malam sambil dibantu oleh shifa dan yana, yg lain tolong tengok jerr..
Shifa dan Y tekun menyediakan makan malam
Tak lengkap naik gunung datuk kalau tak menghayati pemandangan sunset di puncak. Rezeki kami cuaca pada petang tu cantik sekali. So semua mengambil kesempatan terbaik untuk posing dan bergambar
sunset gunung datuk
Breakfast sandwich sardin dan telur di atas batu
Selepas menikmati sarapan sandwich sardin dan sandwich telor mayo yang menyelerakan, membersih kawasan campsite dan packing, kami mula bergerak turun dari campsite pada pukul 9.00pg. Akhirnya sampai kekaki gunung pada pkl 10.30pg ....
Tok Ketua posing dengan bangga sambil mengempiskan perut
Related articles
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih