Sunday, September 5, 2010

Tangan Hancur - Bahaya Main Mercun



Takutkan mereka dengan bahaya main mercun!. Sedih bila asyik dengar kanak-kanak remaja cedera kerana main mercun. Yang peliknya mangsa mangsa cedera main mercun ni kebanyakannya adalah anak-anak melayu, takde pula anak cina atau india yang cedera, sedangkan main mercun adalah budaya dalam kaum cina contohnya. Salah satu faktor utama adalah tiadanya pengawasan dan pencegahan di kalangan orang dewasa / ibubapa. Mercun itu berbahaya! masih ingat lagi kes di Terengganu? yang anak sendiri menjadi mangsa idea gila si bapa yang mengumpul serbuk mercun di dalam mesin basuh untuk dibuat ibu segala mercun? Mungkin faktor lain iaitu dari segi pengawalan dan penguatkuasaan undang-undang boleh mengatasi masalah ini. Tapi saya melihat cara yang paling berkesan adalah melalui kesedaran ibu bapa dan masyarakat. Bermain mercun sudah diterima dalam budaya kita sebagai suatu kemestian apabila tiba Hari Raya. Seharusnya ia diterima sebagai " Bermain mercun adalah bahaya dan tidak boleh diguna tanpa pengawasan orang dewasa" Inilah saya tengok perbezaan antara masyarakat melayu dan masyarakat cina. Orang Cina pun bermain mercun yang kuat bunyinya, tapi dari pengamatan saya mercun papan berwarna merah yang biasa dipasang oleh orang Cina adalah dinyalakan oleh orang dewasa. Mungkin penglibatan orang dewasa dalam masyarakat Cina kerana bermain mercun adalah satu nilai / aspek dalam budaya mereka. Tapi bagi masyarakat Melayu bermain mercun hanyalah ikutan, memburukkan lagi keadaan adalah tiada kesedaran di kalangan ibu bapa dan masyarakat tentang bahaya mercun. Mercun dijual berluasa di tempat awam, di kampung mahupun dibandar. Jika masyarakat/ ibubapa memainkan peranan dengan melarang / menegur anak anak mereka dari menjadi penjual mercun maka lebih senang untuk ibubapa lain mengawal anak anak mereka dar bermain mercun. Kanak-kanak tidak seharusnya dibenarkan untuk membeli mercun dan mercun sama sekali tidak dibenar untuk dijual kepada kanak-kanak dibawah umur! Mercun adalah bahan letupan dan pengendaliannya harus di bawah pengawasan orang dewasa mahupun hanya bunga api!! Mercun sememangnya haram dijual dari segi undang-undang, jadi mungkin tidak perlu lagi diwujudkan larangan sebegini, namun mungkin juga ia berkesan dalam memberi kesedaran kepada masyarakat. Mercun adalah dilarang untuk dijual namun sikap ibu bapa dan masyarakat membuatkan seolah -olah bermain mercun adalah digalakkan. Layan aje lah video ini tentang akibatnya bermain mercun!.. Katanya akibat mercun bola .. Wallahualam..

2 comments:

Terima Kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...