Thursday, June 30, 2011

Blog Live Healthy Sekarang Page Rank 3

Blog Page Rank 3

Alhamdulillah sekarang blog livehealthyactive yang ntah apa apa ni dah dapat Page Rank 3, sedangkan post sekali sekala jer kat blog ni.. yang pelik blog satu lagi www.rainforestoutdoor.com plak jatuh kepada PR 0 hu hu... sedangkan blog rainforestoutdoor lagi banyak post dan lagi banyak visitor.. aku suspect PR jatuh mungkin selepas edit html blog aku untuk tambah keyword yang macam ni:


pening juga apa faktor yang menentukan page rank ni dan apa sebab page rank rainforestoutdoor jatuh.?.
sape yg expert tolong lah explain...


Saturday, May 21, 2011

Susu UHT

Bahaya High Fructose Corn Syrup (HFCS)dalam Susu UHT 1Malaysia?


Susu memang banyak khasiat, terutamanya kandungan kalsium yang tinggi adalah amat baik untuk tumbesaran Kanak-Kanak. Justeru itu usaha Kerajaan mewujudkan skim Susu UHT atau dengan nama barunya Susu UHT 1Malaysia adalah amat dipuji. Budaya minum susu ini masih asing dikalangan rakyat dan bangsa melayu khususnya. Tidak peliklah jika kita lihat ketinggian dan susuk tubuh orang Melayu ini agak rendah dibandingkan dengan ketinggian lain bangsa di Malaysia ini. Mungkin kerana kos yang tinggi untuk membeli susu dan tidak pula menjadi budaya orang Melayu untuk memilihara lembu atau kambing susu mengurangkan peluang untuk kanak-kanak bangsa Melayu menikmati susu sebagai satu makanan yang amat berkhasiat. Jadi skim bantuan susu UHT 1Malaysia untuk kanak-kanak miskin adalah amat baik sekali. Namun niat yang murni harus juga disusuli dengan perlaksanaan yang baik. 

Apabila isu halal ditimbulkan oleh ahli PIBG Sekolah Kebangsaan Kubur Panjang Shaharol Niza Omar[1] ,  mula timbul tambahan fakta yang berkaitan susu UHT 1Malaysia yang tidak berapa sedap nak dengar. Satunya susu ini adalah dimport dari Korea? tidak lama dulu timbul isu sebuah Syarikat Pembekal susu tempatan di Pahang yang terpaksa membuang bertan-tan liter susu hanya kerana  tiada pemproses yang ingin mengambil bekalan. Ironinya bila Susu UHT 1Malaysia perlu diimport dari Korea timbul persoalan adakah benar bekalan susu segar adalah tidak mencukupi di Malaysia? Koordinasi antara kementerian Pelajaran dan Kementerian yang berkaitan harus dikaji atau adakah sebenarnya tiada langsung koordinasi antara agensi kerajaan ini. Semestinya Kementerian Pelajaran menetapkan syarat kontrak Syarikat pembekal hendaklah hanya memperolehi bekalan susu daripada sumber tempatan.

Keduanya, kandungan susu dalam Susu UHT 1Malaysia hanya 40% [2] !!!!  lainnya adalah bahan bahan lain termasuk  pemanis High Fructose Corn Syrup (HFCS) iaitu mengandungi pemanis fructose antara 42%-55%. Dalam satu kajian yang di laporkan adalam Journal Of Clinical Investigation melaporkan bahawa orang dewasa yang mengambil minuman manis dengan fructose untuk 10 minggu menunjukkan peningkatan tahap lemak di bahagian perut, harmful blood lipid, dan insulin sensitivity menurun yang boleh meningkatkan risiko mendapat penyakit Kencing Manis

Ketiganya timbul pula isu melamin didalam Susu UHT ini!, masih di peringkat analisa Jabatan Kesihatan haraplah tak ada tambahan melamin dalam Susu UHT 1Malaysia ini kerana Melamin ini boleh memberi kesan kesihatan yang serius! Mintak jauh perkara ini dari berlaku pada kanak-kanak sekolah kita. 


Salah satu sebab High Fructose Corn Syrup (HFCS) ini jadi pilihan pengilang adalah kerana ia murah!! Malah HFCS juga dikaitkan sebagai faktor penyebab kanser.. berikut adalah kajian yang dijalankan oleh Doktor Anthony Heaney[3]

Why HFCS Is BadDr. Anthony Heaney has just published a study with revealing new information about HFCS. He’s an Associate Professor at the David Geffen School of Medicine at UCLA. He’s written many articles for peer-reviewed publications, including the Journal of Clinical InvestigationNature Medicine, Clinical Endocrinology, and Pituitary.He also serves as a reviewer for the Journal of Clinical Investigation, Cancer Research, and the Journal of Clinical Endocrinology & Metabolism.
His new study, published in Cancer Research, focused on pancreatic cancer.
HFCS is a combination of fructose and glucose. These two sugars have long been considered interchangeable… but that may not be the case. Dr. Heaney found that pancreatic cancer cells metabolized them differently. The cells used fructose to generate nucleic acids – building blocks of RNA and DNA – which cancer cells need to divide and flourish.
Dr. Heaney believes his findings “have major significance for cancer patients, given dietary refined fructose consumption.”
In fact, he feels so strongly about the need to reduce fructose intake that he believes the federal government should step in.
Dr. Andrew Weil agrees that “HFCS is definitely bad for you.” He holds degrees in biology and medicine from Harvard University. He has an international reputation as an expert on alternative medicine, mind-body interactions, and medical botany.
“Eliminating HFCS from your diet can have many health benefits,” says Dr. Weil. “[Dr. Heaney’s] UCLA study suggests that prevention of pancreatic cancer – and possibly other malignancies – may be one of them.”

Jika baru baru ini timbul isu obesiti dikalangan kanak-kanak sehingga arahan larangan penjualan makanan tidak berkhasiat di kantin sekolah, isu kualiti Susu UHT 1Malaysia wajib difikir dan diperhalusi oleh Kementerian Pelajaran. Jika tidak kriteria pemilihan pembekal mungkin dipersoalkan oleh rakyat. Jika pembekal terpilih hanya mementingkan keuntungan dengan mencari bekalan yang murah tanpa memikirkan kesan kepada kesihatan kanak-kanak adalah amat dikesali. Doakan moga jauh  kemungkinan isu rasuah terbabit. Mungkin SPRM boleh  membuat pengawasan supaya isu Susu UHT 1 Malaysia ini lebih telus.

Rujukan

[1] http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Susu1Malaysiadisahkanhalal/Article/
[2] http://www.malaysiakini.com/news/164573
Related Artikel:

Thursday, May 12, 2011

Isotonic Sports Drinks and Soda May Do More Harm Than Good

Isotonic Sports Drinks and Soda May Do More Harm Than Good To Your Health

Sports drinks ads may be one of those genius ads that successfully trick the mass. Promoted as a specially formulated to hydrate  and quickly replace fluids, energy and electrolytes lost during sports activity allowing you to perform at your peak! a quick look at the ingredients is not hard to comprehend what give you that said energy, it is just carbohydrate and sugar. You might not feel the sweet taste but in 325ml can of isotonic sports drinks contain at least 22g of sugar!.  Your might ruin the objective hour of running to get rid of your stubborn  flab by gulping that isotonic sports drinks and need another round just to get rid back of those sugar. It doesn't have any of those selling words "electrolytes" but it help to replace it with the help of those sodium in its ingredient.  Oralite Oral Hydration Salt ORS would do better to rehydrate athlete. Worst, those added preservative, colouring and conditioner in Isotonic Sports Drinks will not give any benefit to you but more harm could...


Saturday, April 30, 2011

Bukit Saga

Peta ke Bukit Saga,Taman Saga Cheras

Trek Bukit Saga adalah trek yang popular di kalangan penduduk sekitar Taman Saga dan peminat aktiviti luar tingkap. Pada siapa yang belum pernah mendaki Bukit Saga jangan lepas peluang untuk mendaki Bukit Saga kerana beberapa sebab; 1. Ia adalah dekat sahaja dengan pusat bandar KL 2. Trek/laluannya bersih dan di jaga dengan baik 3. Jika anda peminat aktiviti luar tingkap ini adalah salah satu trek wajib daki di KL 4. Di kawasan hutan simpan ini terdapat satu air terjun yang cantik dan terjaga! 5. Ia mudah sahaja untuk ke sana dan saya telah siapkan peta nya (",)


Trek di kawasan hutan simpan ini mempunyai banyak laluan iaitu di namakan sebagai laluan A, B, C & D. Setiap laluan mempunyai jarak dan tahap kesukaran yang berbeza. Untuk pendaki tetap disini, mendaki Bukit Saga dari mana-mana starting point samada Taman Saga atau Taman Ceupacs adalah sesuatu yang biasa. Dan pendaki biasa disini adalah pakcik, makcik, uncle, auntie; jika mereka yang berumur ini boleh mendaki Bukit Saga begitu juga anda bukan?


Namun jangan ambil mudah, trek Bukit Saga adalah agak pacak dari mula trek dan menaik hingga ke Puncak / Campsite. Jika anda pernah mendaki Gunung Datuk, anda akan lebih senang untk membayangkan tahap kecuramannya :) namun dalam jarak yang lebih pendek dari trek Gunung Datuk. Ambil masa anda sendiri dan secara normal pendaki akan berjaya sampai ke Campsite dalam masa 45minit. Dari campsite anda boleh meneruskan perjalanan lebih ke dalam Hutan Simpan tersebut ke Air Terjun, jangkaan masa untuk sampai dalam 45minit-1jam.    


Tapi jangan terlalu mengharap untuk menghayati pemandangan luas terbentang di atas puncak Bukit Saga yer kerana hutan dikawasan puncak Bukit Saga adalah masih dalam ketegori hutan hujan bukit Dipterocarp dengan pokok yang tinggi menghalang pandangan anda. Jika menghayati pemandangan Kuala Lumpur lebih penting bagi anda lebih baik mendaki Bukit Tabur West atau lepak sahaja di kawasan gerai di kaki Bukit Sagaaaa


View Bukit Saga in a larger map
Ditangga besi

Gerai Jual Nasi Lemak, Kuih dan Buahan.. waaa kat kaki bukit pun ada kedai

mata air


permulaan trek
tengah trek agak terhakis

ada pokok besar di sini


Di camp site
Beirut di Puncak tertinggi Bukit Saga
Related Articles:

Sunday, April 17, 2011

Peragut Pecah Cermin Kereta on Video

Peragut Pecah Cermin Kereta on Video
Jangan sekali letak barang berharga di dalam kereta yang senang dilihat, apatah lagi ni tempat penumpang hadapan. Tinted cermin kereta anda, ia akan menguat cermin kereta anda dan tidak mudah untuk dipecahkan.
Masa yang diambil oleh peragut ini amat cepat sekali,  jika lalai alamatnya sedar sedar sudah terlambat


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...