Wednesday, June 30, 2010

kuasa ilmu pengetahuan

Tahukah anda bahawa ilmu pengetahuan boleh ditukar ganti dengan satu tanahair? atau lebih jelas lagi tanah Palestin yang saya maksudkan. Tahukah anda berkenaan "Balfour declaration"? Balfour declaration adalah dokumen rahsia kerajaan British berkenaan polisi untuk menyokong cipta sebuah negara baru Israel di bumi Palestin sebagai negara untuk orang Yahudi. Ia lebih berbentuk surat (atau bolehlah dianggap sebagai 'letter of intend") dari Arthur James Balfour iaitu Menteri Luar British pada masa itu kepada Lord Rothschild (Walter Rothschild, 2nd Baron Rothschild), iaitu seorang ketua komuniti Yahudi. Surat tersebut hanya menyatakan simpati terhadap cita cita puak zionist untuk membina negara Israel tetapi pada masa yang sama surat tersebut jelas meletakkan syarat bahawa hak - hak penduduk asal bumi Palestin hendaklah  di jaga dan tidak dipinggirkan - ini adalah satu realiti yang berbeza sekarang. Namun dokumen tersebut telah dimanipulasikan oleh pihak zionis untuk kepentingan mereka dan mengesahkan penciptaan negara Israel.

Ada cerita di sebalik Balfour Declaration ini yang saya ingin kongsi disini. Pada masa perang dunia pertama seorang saintis berbangsa Yahudi telah mengambil  kesempatan untuk membuat tawaran kepada kedua pihak yang berperang pada masa itu, iaitu Pihak Berikat - Allies  (British, Perancis) dan Central Power(Jerman, Ottoman & Bulgaria) iaitu satu formula mencipta serbuk peluru yang canggih dengan pertukaran sebuah negara Israel di bumi Palestin. Semestinya teknologi baru yang lebih canggih dari teknologi serbuk peluru pada masa itu. Teknologi ini akan dapat membantu penciptaan peluru senapang dan meriam yang lebih baik dan pantas. Pernah tengok cerita perang dunia pertama? Teknologi senjata pada masa tersebut tidak secanggih sekarang. Tentera yang mempunyai teknologi  peluru yg boleh menembak dengan cepat dan kuat pasti mempunyai kelebihan dalam pertempuran pada masa  itu. Kerajaan British berjaya mengatasi pihak Jerman untuk mendapatkan formula tersebut dan memenangi peperangan.

Saintis yahudi yang dimaksudkan adalah Chain Wheizmann, juga seorang ketua organisasi zionist. Beliau akhirnya dilantik sebagai Presiden Israel yang pertama!! susulan itu ibupejabat organisasi zionist telah berpindah dari Berlin, Jerman ke New York, Amerika Syarikat. Logik tak mengapa Amerika menjadi penyokong utama Yahudi? tak payah nak fikir mendalam - ini kerana ibu pejabat zionist itu sendiri berada di sana.

Pada masa tersebut Palestin masih lagi di bawah pemerintahan kerajaan Uthmaniyah (ottoman). Pada 2 Nov  1917 apabila Jeneral Allenby menawan Palestin, Arthur James Balfour telah mengeluarkan deklarasi tersebut. Apa yang berlaku selepas itu adalah perancangan jahat zionist secara tersusun dan terancang mengusir penduduk asal Palestin samada secara pendidikan,ekonomi, pembersihan etnik, penempatan haram dan peperangan akhirnya persediaan untuk kemunculan negara Israel.

Sekarang dah tahu kan? so.. tuntutlah ilmu dari buaian hinggalah liang lahad ;)

Suka artikel ni? link lah ke post ini dan sebarkan ye

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...