Monday, August 30, 2010

Ikatan Bunga Geti Berganda

Ikatan Bunga Geti Berganda


Ikatan bunga geti berganda adalah lebih kukuh daripada ikatan bunga geti tunggal dan ia digunakan untuk menyambungkan dua tali yang mempunyai saiz yang amat jauh berbeza. Bunga geti berganda dibentuk sama seperti bunga geti tunggal kecuali selepas sahaja membuat setengah belit dengan tali kecil, ianya diteruskan membuat pusingan bulat di sekeliling tali besar. Langkah selamat jika anda ingin pastikan tali tidak akan terlerai lakukan ikatan bunga geti berganda daripada ikatan bunga geti tunggal

Ikatan Bunga Geti Tunggal

Ikatan bunga geti tunggal


Kedua dua ikatan bunga geti tunggal dan ikatan bunga geti berganda adalah digunakan untuk menyambungkan dua tali yg berlainan saiz. Tujuan supaya kedua tali tidak akan terlucut ketika basah. 

Bunga geti tunggal dibentuk dengan membuat lingkaran dengan tali saiz besar dan hujung tali bersaiz kecil dimasukkan ke atas melalui lingkaran menjadikan satu setengah belit di sekeliling tali besar. Tak cukup kuat? Jika ingin pastikan lagi ikatan tidak akan terlucut, tambah belitan pada tali bersaiz besar dengan lakukan ikatan bunga geti berganda.

Tuesday, August 24, 2010

Meningkatkan Traffik Supaya Tajuk Post Mesra Search Engine

Saya simpan artikel ini yang ditulis oleh Jeritanblog sebagai rujukan sy sendiri dan siapa yg boleh dapat manfaat.. Kredit pada jeritanblog.. thanks bro


Secara default Blogger memaparkan tajuk blog pertama, diikuti dengan 

nama pos. Seperti anda mungkin melihat hal ini tidak baik ketika datang ke SEO. Sangat penting untuk nama pos datang sebelum nama blog anda, 
terutama ketika datang ke google keputusan carian. Pelajari cara membuat
judul posting anda muncul pertama supaya anda boleh kumparan di lebih 
banyak lalu lintas dari mesin carian.
Mengapa Tukar Tajuk?
Ini
cukup penting untuk memiliki Tajuk Posting Tajuk Blog + diatur sesuai 
kerana ini adalah bagaimana anda ingin blog anda akan dipaparkan pada 
hasil carian google's. Dengan cara ini lebih ramai orang akan klik link 
anda saat melakukan carian google kerana tajuk posting lebih relevan 
daripada nama posting anda.

Contoh Keputusan Carian Google:

Anda
kemungkinan besar untuk mengklik pada gambar bawah ketika mencari 
google untuk kata kunci "gambar generator refleksi". Alasannya adalah 
kerana fikiran anda membaca teks dari kiri ke kanan. Jadi masuk akal 
mempunyai tajuk yang lebih penting di sebelah kiri.



Bagaimana Tukar Tajuk:

1. Pergi 
ke Layout> edit HTML pada dashboard Blogger anda.

2. Cari  untuk tag ini: 



        3.Tukar tag ini dengan kod berikut:

4. Simpan 
template anda dan anda akan melihat keputusan dalam pelayar web anda 
seperti digambarkan dalam gambar di bawah.

5. Mungkin diperlukan beberapa hari agar perubahan muncul pada hasil carian google. Saya 
menjamin anda bahawa anda akan mula menerima lebih banyak lalu lintas 
dari google selepas anda diindeks kembali!




*Anda
dibenarkan untuk menyalin dan menyebarkan artikel ini di blog anda 
tetapi jangan lupa tulis sumbernya .

http://jeritanblog.blogspot.com/2010/06/tukar-tajuk-di-blogger-untuk-banyak.html

Sunday, August 22, 2010

Rawatan Denggi

Perkongsian Pengalaman Rawatan Denggi 

2 minggu ini seorang sahabat telah dimasukkan ke Hospital dan seorang anak staf telah meninggal dunia disebabkan oleh deman denggi. Di sini saya ingin berkongsi berkenaan rawatan denggi yang telah dicuba oleh sahabat saya, Alhamdulillah beliau pulih. Deman denggi ni masih popular seperti selalu walaupun tak dapat menandingi isu buang bayi sekarang. Deman denggi yang disebabkan virus yang di bawa oleh nyamuk aedes ini amat merbahaya dan boleh membawa maut. Jika anda berada dikawasan panas deman denggi sila ambil perhatian yang lebih kepada simpton simpton deman denggi sebelum terlambat. Arahan terbaru dari Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai mengarahkan semua pesakit deman denggi yang dikesan dirawat di Hospital kerana peningkatan kematian disebabkan deman denggi. Pernah didengar sebelum ini pesakit deman denggi diberi ubatan dan di arah balik untuk rawatan denggi dirumah dengan alasan Hospital penuh. Bagi saya sendiri setiap pesakit yang telah dikesan menghidapi deman denggi mestilah di rawat di hospital untuk mendapat perhatian dan rawatan yang lebih baik, ini adalah kerana risiko kematian yang tinggi. Pesakit yang mempunyai simpton deman denggi hendaklah diawasi di hospital kerana keadaan pesakit berkemungkinan lebih teruk secara mendadak dirumah. Rawatan denggi masih belum mempunyai ubat yang khusus, apa yang dilakukan adalah rawatan terapi sokongan untuk menggelakkan berlakunya kejutan peredaran darah (circulatory shock) seterusnya Dengue Shock Syndrome (DSS) iaitu peringkat akhir deman yang boleh membawa maut.

Selangor mencatatkan kes tertinggi di Malaysia

Tanda dan Simpton Deman Denggi
Untuk kita lebih faham berkenaan rawatan denggi sebaikya kita terlebih memahami tanda dan simpton deman denggi. Antara tanda peringkat awal deman denggi adalah deman(kenaikan suhu badan), pening kepala ( headache & dizziness), kesakitan otot dand sendi. Tanda tanda merah (rash spot) mungkin berlaku diperingkat seterusnya dan kesakitan di belakang mata. Setengah pesakit mengalami kesakitan di bahagian perut bersama loya dan muntah. Virus denggi akan menyebabkan pengurangan platelet darah. Platelet adalah nucleus sel darah yang memain peranan di dalam proses kecairan dan pembekuan darah. Bilangan Platelet yang normal adalah diantara 150,000 - 450,000. Pengurangan platelet darah yang ketara akan menyebabkan kecairan darah berlebihan. Darah yang terlalu cair ini boleh menembusi kulit dan keluar melalui hidung, peringkat ini lah yang dipanggil sebagai denggi berdarah (dengue hemorrhagic fever) (DHF), seterusnya menganggu proses metabolasi dan peredaran  nutrient dan oksigen ke bahagian organ badan (circulatory shock), ini menyebabkan organ badan tidak dapat berfungsi dengan sempurna dan boleh membawa kepada serangan jantung. Apabila sampai ke peringkat denggi berdarah pesakit akan kehilangan darah dan cairan badan melalui salur darah ke bahagian kulit dan ruang paru paru dan perut. Pemenuhan air di paru - paru sangat memberhaya dan boleh menyebabkan kematian. Pernah berlaku pada kenalan yang meninggal dunia pada peringkat ini yang mana badan akan kembung dan paru paru dipenuhi air yang menyebabkan kesukaran bernafas. Kehilangan darah dan cairan badan yang banyak akan menyebabkan tekanan darah jatuh dan berlakunya peringkat  Sydrom Kejutan Denggi (Dengue shock syndrome (DSS)) yang boleh mebawa maut, DSS boleh berlaku selepas 2-6 hari berlakunya simpton denggi. Apabila memasuki peringkat ini pesakit akan mengalami tanda seperti pendarahan melalui hidung dan gusi, pitam, tekanan nadi yang rendah, lebam dan bibir membiru. Sahabat saya telah sampai ke peringkat ini yang mana platelet darah pernah jatuh ke tahap 7000 dan darah keluar melalui hidung.. Alhamdulilah beliau telah pulih walaupun masih lagi mengalami keletihan dan sakit sendi. Pada waktu ini solat hajat telah dilakukan oleh kawan kawan supaya beliau cepat sembuh dan berbagai cadangan rawatan denggi telah diberikan untuk diamal supaya beliau cepat sembuh.


Saya ingin berkongsi rawatan denggi yang telah dicuba oleh beliau untuk pulih selain diberi transfusi darah dan air oleh pihak Hospital. Antara rawatan denggi tersebut adalah :
  1. Minum jus air betik
  2. Makan dan minum sup ketam
  3. Minum banyak air termasuk air 100 plus.
  4. Minum Air Zam Zam

Rawatan Denggi Minum Jus Air Betik
Cara penyediaan adalah; ambil beberapa helai daun betik yang berwarna hijau dan dibersihkan. Ambil/ petik dari pokoknya…satu pelepah daun betik yang masih hijau (bukan pucuk dan bukan juga daun betik yg telah gugur). Buang tangkai dan ambil daunnya.kisarkan atau tumbuk daun tersebut. Setelah lumat lakukan tapisan dengan kain atau penapis biasa untuk mendapatkan jus. Dos ialah ambik 1 sudu 2 kali sehari.

atau cara penyediaan alternatif

Blend bersama secawan air.

Tapis dan minum

Jika tak lalu minum kerana pahitnya, maka boleh dicampur madu.

Dos yang diambil ialah 3 cawan sehari – pagi, petang dan malam.

Rawatan Denggi Makan dan Minum Sup Ketam
Boleh menggunakan jenis ketam yang biasa dimasak.

Rawatan Denggi Minum Banyak Air
Untuk mengantikan kehilangan cairan badan dan darah pesakit dikehendaki meminum banyak air untuk mengelakkan hidrasi. Minuman tenaga seperti 100 plus/ revive / bagus untuk menggalakan proses rehidrasi badan. Sebaiknya biarkan minuman tersebut dibiarkan terbuka untuk menggeluarkan gas berlebihan.


Minum Air Zam Zam
Air Zam Zam adalah beralkali secara semulajadi. Air yang beralkali malah makanan yang beralkali adalah baik untuk darah dan kesihatan. Untuk membantu pemulihan badan secara keseluruhannya darah kita hendaklah dalam keadaan yang beralkali. Kajian yang dilakukan ke atas pesakit kanser menunjukkan 80% pesakit kanser adalah mempunyai keadaan darah yang berasid. Jadi untuk menguatkan badan melawan virus denggi ambillah makanan dan minuman yang beralkali dan kurangkan makanan berasid.




Nyamuk Aedes Dikenali Melalui Kaki dan Badan Yg Berbelang

Amaran Rawatan Denggi
Pesakit deman denggi adalah dilarang daripada mengambil aspirin atau paracetamol (panadol dll) kerana aspirin mempunyai kesan mencairkan darah. Ini akan memburukkan lagi pendarahan pada pesakit deman denggi.
Dilarang berkelubung semasa sakit demam denggi kerana perasaan pesakit memang rasa sejuk sampai ke tulang tetapi jika berkelubung, suhu badan akan meningkat dan menyebabkan kuman denggi mudah membiak - biasanya pengurangan platelet darah hanya akan berhenti apabila suhu badan normal.


Sebarkan maklumat ini, supaya peningkatan kesedaran dan pengetahuan berkenaan deman denggi akan menyelamatkan nyawa.


Berikut adalah cerita berkenaan Rawatan Denggi yang Terdapat di Internet




Testimoni Rawatan Denggi 1
Papaya leaves juice a natural cure for dengue
 
Sunday October 15 2006 16:41 IST

ANI
NEW DELHI: While the authorities across India continue to battle increasing number of dengue fever, which has no known vaccine, papaya leaves juice has been found to be helpful in combating the fever.


According to a message received from Dr Sumedha Bajaj of Bombay Hospital, two tablespoon full of papaya leaves juice once a day works wonders for the dengue affected persons.
Dr Bajaj quotes an instance of a patient suffering with dengue fever whose platelet count had dropped to 28,000 after three days in hospital and water had started to fill up her lung making it difficult for her to breathe.
Doctors had given up saying that there was no cure for dengue and the body̢۪s immune system needed to build up resistance against dengue and fight its own battle.
It was then that papaya leaves juice came to her rescue. The very next day of having taken the juice that platelet count showed an upward trend and her fever subsided. With the continuous feeding of papaya leaf juice she recovered in three days.

Dr Bajaj says, just clean two pieces of only the leafy part, no stem or sap, and pound and squeeze with filter cloth. One leaf gives one tablespoon juice. The juice need not be boiled or cooked or rinsed with water, or it will loose its strength. Although, the juice is very bitter, it needs to be swallowed as it is and it works, says Dr Bajaj.
sumber:
http://www.newindpress.com/NewsItems.asp?ID=IE320061015062026&Page=3&Title=Features+-+Health+%26+Science&Topic=-162&



Testimoni Rawatan Denggi 2
"I would like to share this interesting discovery from a classmate's son who has just recovered from dengue fever. Apparently, his son was in the critical stage at the SJMC ICU when his platelet counts drops to 15 after even after 15 litres of blood transfusion. His father was so worried that he seek another friend's recommendation and his son was saved. He confessed to me that he give his son raw juice of the papaya leaves. From a paltelet count of 45 after 20 litres of blood transfusion, his pallet count jumps instantly to 135 after drinking the raw papaya leaf juice. Even the doctors and nurses were surprised. After the second day he was discharged. So he ask me to pass this good news around."

Testimoni Rawatan Denggi 3
"A friend of mine had dengue last year. It was a very serioussituation for her as her platelet count had dropped to 28,000 after 3 days in hospital and water has started to fill up her lung. She had difficulty in breathing. She was only 32-year old. Doctor says there's no cure for dengue. We just have to wait for her body immune system to build up resistance against dengue and fight its own battle. She already had 2 blood transfusion and all of us werepraying very hard as her platelet continued to drop since the first day she was admitted. Fortunately her mother-in-law heard that papaya juice would help to reduce the fever and quickly she got some papaya leaves, pounded them and squeeze the juice out for her. The next day, her platelet count started to increase, her fever subside. We continued to feed herwith papaya juice and she recovered after 3 days! Amazing but it's true."







Friday, August 20, 2010

Gunung Datuk Rembau

Ini adalah log ringkas pendakian Gunung Datuk. Ini adalah kali kedua saya naik Gunung Datuk, Kali pertama adalah tahun 2005 dan dalam masa 5 tahun begitu banyak perbezaannya, antaranya pondok pondok yang ada di tapak perkhemahan di puncak dan check point trek telah menyembah bumi. Starting mula trekking juga telah berbeza. Sekarang permulaan trek adalah melalui jambatan menyeberangi kolam takungan air sungai


View Gunung Datuk in a larger map

23/5/2010 sunday

Thanks and congrate pada penganjur Y yang berjaya organize trip kali nih juga sebagai latihan untuk pendaki2 gunung kinabalu pada julai 2010 nanti.. pendaki= Y, shifa, yana, shon, ayam, aku, wan, dan 2 orang bodyguard shifa = anuar dan rizal. Walaupun letih lepas jer game bola pada pkl 10. Namun ku kuatkan semangat untuk join trip Y nih. Pkl 12 kumpul kat R & R Seremban. Y, shifa, yana and rest of the gang telah asyik menjamu selera.. kat sini gak la boleh beli jajan apa yg patut sebelum masuk Kg Bongek yang selalu disebut sebut  oleh Y. Keluar melalui Toll Pedas Lingi konvoi 3 kereta seterusnya menuju ke arah Tampin melalui pekan Rembau. Sampai di Kg Bongek kami masuk simpang ke kiri dan dalam jarak kira kira 5 km ambil simpang ke kiri iaitu jalan kecil melalui kebun getah menuju Hutan Lipur Gunung Datuk. Jangan bimbang signboard yang disediakan agak mencukupi.

Akhirnya tepat Pkl 1.10 sampai juga kami di Hutan Lipur Gunung Datuk tanpa perlu makan buah langsat. Tukar pakaian trekking, solat, dan sesi bergambar, sesi pendakian bermula tepat pkl 2.30 ptg .. Malam ni hanya ada lapan pendaki bermalam yang telah naik pagi tadi. Campur pendaki kumpulan ini seramai 11 orang , jumlah pendaki yang akan menggunakan campsite adalah 19 orang sahaja..


Melintasi jambatan sebagai tanda mula trek ke gunung datuk, aku atur langkah pelan2 sebagai langkah hati2, satu otot peha memang dah rasa sakit sikit kesan dari main bola tadi dan tak nak push lebih lebih lagi pun trek gunung datuk ni mula mula lagi memang mencanak... so pelan pelan saje cover jadi sweeperrr..
On the way ramai gak yg berselisih turun dengan pendaki daypack. Hari baru jer lepas hujan, so keadaan trek boleh tahan la licinnyerr.. so memang kena jalan pelan2 tambahan lagi aku hanya pakai kasut futsal dah memang takder kasut lain.. malam tadi belek2 boot trekking nampak cam dah merekah tapak sebab lama x pakai... so kali ni terpaksa la pakai kasut futsal aje..Terkial-kial jugak menapak dengan kasut futsal dalam keadaan trek yg licin.. inilah penting memilih kasut yang sesuai untuk aktiviti trekking dalam hutan hujan tropika ni, tapi nak wat camner tak jumpa pula kasut getah masa cari malam tadi.

Y tergolek dek trek licin n terkejut dgn bersin ayam

Selepas sejam trekking kami sampai checkpoint pondok runtuh. Keadaan trek selepas ni agak landai dan tepat pkl 5.15pm pendaki terakhir sampai di batu besar dan kawasan campsite. Pendaki baru adik beradik lebih dahulu sampai lebih awal daripada tu. Lepas dirikan fly n khemah, chef Y mula menyediakan makan malam sambil dibantu oleh shifa dan yana, yg lain tolong tengok jerr..


Shifa dan Y tekun menyediakan makan malam

Tak lengkap naik gunung datuk kalau tak menghayati pemandangan sunset di puncak. Rezeki kami cuaca pada petang tu cantik sekali. So semua mengambil kesempatan terbaik untuk posing dan bergambar





sunset gunung datuk



Breakfast sandwich sardin dan telur di atas batu

















Selepas menikmati sarapan sandwich sardin dan sandwich telor mayo yang menyelerakan, membersih kawasan campsite dan packing, kami mula bergerak turun dari campsite pada pukul 9.00pg. Akhirnya sampai kekaki gunung pada pkl 10.30pg ....

Tok Ketua  posing dengan bangga sambil mengempiskan perut

Related articles

Wednesday, August 18, 2010

Problem and Solution How To Install Windows XP Pro Over Windows 7 / Vista

Problem and Solution How To Install Windows XP Pro Over Windows 7 / Vista

Recently I just bought acer laptop intsalled with Linux Linpus operating system. My intention is to install Windows XP Pro once I got home. After edit bios set up to dvd rom bootable, windows xp installation start just fine but the problem started as if windows can't upload all files required. Windows XP installation stopped halfway.. The error message given would be something like;

the solution is:
A problem has been detected and windows has been shut down to prevent damage If this is the first time you've seen this stop error screen, restart your computer. If this screen appears again, follow these steps: check foe viruses on your computer. Remove any newly installed hard drives or hard drive controllers. Check your hard drive to make sure if it is properly configured and terminated. run CHKDSK /F to check for hard drive corruption and then restart your computer technical information: ***STOP: 0x0000007B (0xF88DC524,0xC0000034, 0x00000000, 0x00000000)


Go to bios set up/ main/ Change hardisk Disk SATA format to IDE from AHCi
Why:

New laptop / computer produce currently come with hard disk set up for Windows Vista or Windows 7 which use AHCi format. Meanwhile Windows XP run with IDE format. So if you want to change your operating system between Windows 7 to Windows XP you have to change the hard disk format accordingly. Take note that Certain latest notebooks from certain manufacturer already pre set up their computer with Windows 7 / vista hardisk format only... that's meant bubye to XP...

Ikatan Angka Lapan

Ikatan  Angka Lapan



Ikatan angka lapan atau simpulan angka lapan adalah satu variasi dari ikatan simpul mati untuk kegunaan yang sama, tetapi simpulan angka lapan adalah lebih senang dibuka jika dibandingkan dengan simpul mati

Ikatan Buku Sila

Ikatan Buku Sila



Ikatan buku sila atau simpulan buku sila digunakan untuk menyambungkan dua tali yang mempunyai ukuran saiz yang sama. ia dilakukan secara menyonsang iaitu tali kiri ke atas tali kanan dan tali kanan ke atas tali kiri. Ikatan ini boleh dilucut dengan mudah. Ikatan Buku Sila adalah jenis ikatan yang paling banyak dan efektif digunakan dalam kegiatan harian dan aktiviti Outdoor. Banyak manfaatnya jika anda mahir jenis ikatan ini.

Ikatan Simpul Mati

Ikatan Simpul Mati / Thumb Knot




Ikatan simpul mati dibentuk dengan membuat satu lingkaran dan kepala tali dimasukkan ke dalam lingkaran dan di tarik. Satu ikatan yang tidak mudah terurai sebab itu le dipanggil simpul mati :) .
satu simpulan tali yang mudah yang biasa digunakan untuk sebagai ikatan di hujung tali untuk menahan batang tali dari terurai. Simpulan mati boleh juga dibuat sebagai bonjolan untuk memudahkan tempat memegang. Ikatan simpul mati juga boleh digunakan unuk sebagai ikatan tali khemah contohnya dengan melakukan ikatan ke batang pokok.

Friday, August 6, 2010

Ayat Ayat Cinta

aku suka citer ayat-ayat cinta ni.. bukan pasal aku tgh bercinta lerr tp skrip dan jalan cerita dia memang besh.. dalam babak hero dia dlm penjara aku suka babak hero dia bercakap dgn seorang ahli penjara ... penuh makna dan klise... sape lg suka citer ni??/ sama le kite

Di kala Nabi Yusof AS menghadapi fitnah Zulaikha dan dipenjara.. Nabi Yusof AS menerimanya dgn redha.. lalu dia berkata ” Ya Allah jika hidup ku dalam penjara lebih bererti dari hidup bebas bersama pendusta, aku rela dipenjara” dia tahu setiap saat dan musibah apa sahaja yg berlaku ada hikmahnya. sesungguhnya di tiap saat Allah berbicara dgn kita… -Filem Ayat Ayat Cinta 10/10/2008

Latest From Outdoor Blog
Maps of Mount Kinabalu Trails

Teknik Penulisan Berkesan

Bacalah cerita ni.. moralnye - cara berbeza penulisan kita boleh memberikan kesan yang berbeza.. teknik yg cuba nak di buktikan kat sini ia le cuba letakkan perspektif pembaca dari pandangan penulis, fahami dan rasai apa yg tertulis.. bukan takat nak beritahu.. moral lainnyer banyak lerrr... cuba baca dulu dan komen apa lagi moral yg kome dapat kat story ni

Blind boy sat on the steps of a building with a hat by his feet. He held up a sign which said: ‘ I am blind, please help .’ There were only a few coins in the hat.

A man was walking by. He took a few coins from his pocket and dropped them into the hat. He then took the sign, turned it around, and wrote some words. He put the sign back so that everyone who walked by would see the new words.

Soon the hat began to fill up. A lot more people were giving money to the blind boy. That afternoon the man who had changed the sign came to see how things were. The boy recognized his footsteps and asked, ‘Were you the one who changed my sign this morning? What did you write?’

The man said, ‘I only wrote the truth. I said what you said but in a different way.’

What he had written was: ‘ Today is a beautiful day and I cannot see it. ‘

Do you think the first sign and the second sign were saying the same thing?

Of course both signs told people the boy was blind. But the first sign simply said the boy was blind. The second sign told people they were so lucky that they were not blind. Should we be surprised that the second sign was more effective?

Moral of the Story: Be thankful for what you have. Be creative. Be innovative. Think differently and positively.

Invite others towards good with wisdom. Live life with no excuse and love with no regrets. When life gives you a 100 reasons to cry, show life that you have 1000 reasons to smile. Face your past without regret. Handle your present with confidence. Prepare for the future without fear. Keep the faith and drop the fear.

Great men say, ‘Life has to be an incessant process of repair and reconstruction, of discarding evil and developing goodness…. In the journey of life, if you want to travel without fear, you must have the ticket of a good conscience.’

The most beautiful thing is to see a person smiling…

And even more beautiful is, knowing that you are the reason behind it!!!
Read More
Diabetes di Malaysia Meningkat!!
Maps Gunung Kinabalu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...