Tuesday, July 12, 2011

Pendaki Meninggal Dunia Di Gunung Senyum

Al Fatihah untuk Arwah Fazli Bin Razali - Seorang Pendaki Meninggal Dunia Semasa Aktiviti Mendaki Gunung Senyum Temerloh Pahang Pada Sabtu 9 Julai 2011


Sebenarnya group kami ada berselisih dengan group OGKL ini semasa berkumpul di Terminal Putra, Gombak. Sementara kami menuju ke Hutan Lipur Chemerong, Dungun Terengganu untuk mendaki Gunung Berembun dan Air Terjun Lansir, Group OGKL mempunyai aktiviti pendakian di Gunung Senyum. Sedihnyer Arwah dijemput Ilahi semasa pendakian. Berikut adalah laporan dari ekspedisi pendakian yang melibatkan beliau:

Perkongsian laporan

LAPORAN RINGKAS:OGKL-XPDC PENDAKIAN PUNCAK GUNUNG SENYUM 1600 KAKI(584M)
PADA 09 JULAI 2011

Gunung Senyum yang terletak di dalam kawasan Hutan Lipur Gunung
Senyum,Felda Jengka ,Temerloh,Pahang menyimpan pelbagai khazanah alamyang berharga.Selain mempunyai daya tarikan beberapa buah gua didasarnya, terdapat juga laluan trek pendakian ke puncak Gunung Senyum ini yang berketinggian 1600 kaki dari dasar laut.

Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur telah mengadakan ekspidisi menawan puncak Gunung Senyum ini pada 8-10 Julai 2011 yang lalu.

Berikut adalah serba sedikit laporan pendakian ini:

 08 JULAI 2011

10.00 Malam-Semua peserta berkumpul di stesen LRT Putra Gombak.Ada yang datang lewat disebabkan sekatan jalan raya dibeberapa batang jalan raya di sekitar Kuala Lumpur akibat aktiviti perhimpunan haram jalanan.

 09 JULAI 2011

12.45 Pagi-Para perserta mula berkonvoi menuju ke Hutan Lipur Gunung Senyum,Felda Jengka,Temerloh,Pahang.

 03.00 Pagi-Tiba di perkarangan kawasan meletak kenderaan hutan lipur Gunung Senyum.Para peserta berkumpul dan diberi taklimat ringkas dan kemudian bergerak menuju ke dewan yang disediakan untuk bermalam.

08.00 Pagi-Peserta mula berpindah ke kawasan perkhemahan berhampiran.

08.30 Pagi-Selesai sarapan pagi,para peserta yang seramai 36 orang mula bersiap sedia untuk memulakan pendakian.

Akibat masalah komunikasi dengan guide,pendakian tetap diteruskan dengan menggantikan FBK (Faizal Samat)sebagai 'Guide Bidan Terjun'.

 09.30 Pagi-Setelah taklimat diberikan,FBK diberi peranan untuk mengetuai aktiviti senaman ringan dan regangan sebelum mengetuai pendakian ke kaki gunung senyum.

Setelah bacaan doa pendakian selesai dibacakan oleh salah seorang
peserta, perjalanan bermula ke kaki gunung senyum yang mengambil masa 45 minit melalui kawasan jalan ladang kelapa sawit .Suasana persekitaran yang agak panas dan kering berikutan terdapat beberapa kawasan penanaman pokok kelapa sawit yang dilalui lapang dan gondol akibat aktiviti penebangan pokok kelapa sawit di kawasan terbabit sehingga menyukarkan pencarian tempat mula pendakian kerana laluan asal telah lenyap berbanding 2 tahun yang lepas.

 10.30 Pagi-Tiba di kaki Gunung Senyum,di kawasan tempat mula pendakian. Para peserta memulakan pendakian dengan melalui laluan  berbatu yang tinggi dan curam.Kelihatan beberapa orang peserta wanita berasa gayat apabila melalui kawasan tersebut.

11.30 Pagi-Kumpulan pertama di di Base 2,diketuai oleh guide bidan terjun,FBK dan disusuli oleh kumpulan yang lain.Cuaca panas terik dan kering, menyebabkan suhu di sekitar kawasan gunung meningkat .Ini memaksa semua peserta megeluarkan air minuman masing-masing bagi membasahi anak tekak yang kering.

 12.00 Tengahari-Para peserta memulakan pendakian ke Base 3 dengan memerah keringat dan peluh akibat cuaca panas terik serta melalui denai yang berbongkah batu  yang hanya ditumbuhi beberapa batang pokok dan resam sahaja.

01.00 Petang-Kumpulan pertama tiba di BASE 3. Alhamdulillah.. setelah berpanas terik,akhirnya kami tiba di kawasan rehat ini yang mempunyai kawasan yang redup serta ditumbuhi pepohon tinggi yang agak rapat.Papan tanda di kawasan tersebut menunjukkan jarak pendakian ke puncak ada lagi 3KM!..Terpengaruh dengan papan tanda tersebut kami berehat seketika sebelum menyambung pendakian ke puncak.

 01.30 Petang.Kumpulan pertama tiba di puncak Gunung Senyum.Terdapat ‘BEIRUT’ di puncak.Sangkaan kami bahawa perjalanan 3 km seperti yang tertulis pada papantanda di Base3 meleset sama sekali,tidak sampai 1km pun kami berjalan dari Base3 ke puncak,hanya mengambil masa 10-15 minit sahaja.

02.30 Petang.-Kumpulan terakhir tiba di puncak diketuai oleh En.Hadri selaku ketua program bersama beberapa orang peserta yang agak keletihan.Akibat keletihan ,beberapa orang peserta kelihatan melelapkan mata di celah-celah tiang ‘beirut’ dan semak samun.

 03.30 Petang-Setelah sesi fotogarafi selesai,para peserta mula turun dari puncak diketuai oleh guide bidan terjun,FBK.Encik Apip ,selaku pengerusi Kelab menjadi orang terakhir di belakang(sweeper)Sekali lagi perjalanan turun menjadi ekstrem akibat cuaca panas terik yang membahang memantul keluar dari permukaan gunung memerah keringat dan mendahagakan anak tekak para peserta disamping terpaksa berhati-hati ketika menuruni kawasan yang agak berbahaya dan  curam.

 04.40 Petang-Peserta pertama yang juga guide bidan terjun,tiba di kawasan perkhemahan Gunung Senyum.

 05.30 Petang-Sesuatu yang tidak diduga dan di luar jangkauan
berlaku,Berita kurang menarik dari En.Apip yang berada di Base2 diterima oleh FBK yang dimaklumkan terdapat seorang peserta lelaki, Fazli Bin Razali yang berusia 40 tahun‘pengsan ‘sebelum rebah ke bumi dan seorang peserta wanita terjatuh semasa menuruni kawasan berbatu(tidak berapa parah,Cuma tulang belakangnya tergeliat).

Berita tersebut segera dimaklumkan pada Renjer Hutan yang
bertugas.Secara kebetulan terdapat beberapa orang anggota Tentera berada di situ.Mereka segera menghulurkan bantuan dengan menghantar 3 orang anggota mereka menaiki kenderaan pacuan 4 roda Jabatan Perhutanan ke kaki gunung dan memulakan pendakian ke Base 2 untuk operasi menyelamat.

Salah seorang anggota mereka merupakan seorang paramedik.

Jabatan pertahanan Awam,Bomba dan Penyelamat ,Polis dan Ambulan turut dimaklumkan mengenai kejadian tersebut.

 05.45 Petang-Semasa perjalanan menaiki kenderaan pacuan 4 roda jabatan perhutanan ke kaki Gunung  Senyum,kelihatan beberapa orang peserta termasuk seorang AJK Kelab, Nina telah selamat turun dari puncak dan meneruskan perjalanan kembali ke basecamp,Mereka juga telah dimaklumkan mengenai kejadian yang berlaku.

 06.00 Petang-Sebuah kenderaan Ambulans dari Klinik Kesihatan Bandar Jengka tiba di kaki Gunung Senyum menunggu mangsa yang akan dibawa turun dari Base2 tersebut.

 06.30 Petang-Berita Sedih DITERIMA.seorang peserta yang ‘pengsan’sebentar tadi,,EN.FAZLI telah disahkan MENINGGAL DUNIA …,AL- FATIHAH..

Akibat keadaan laluan yang curam dan berbahaya,Operasi membawa turun mayat Arwah Fazli tidak dapat dilaksanakan.

 07.00 Petang:Sepasukan anggota Bomba dari balai bomba Temerloh,polis dan ambulan tiba di kawasan basecamp gunung senyum.Salah seorang anggota bomba bergegas ke kaki gunung dan memaklumkan ,operasi menyelamat dan membawa turun mangsa tidak dapat dilaksanakan berikutan cuaca agak mendung serta hari semakin gelap dan keadaan trek yang curam serta merbahaya kepada anggotanya dan juga mangsa yang terbabit.

Operasi membawa turun mayat Arwah Fazli dan seorang peserta wanita yang cedera tersebut akan dilakukan pada pagi esoknya dengan menggunakan bantuan Helikopter dari Pusat Operasi Kerajaan Negeri Pahang.

08.00 Malam:Suasana semakin pilu dengan kedatangan waris Arwah Fazli yang terdiri daripada abang beliau serta sanak saudara terdekat.Ketika itu hujan lebat mula turun membasahi bumi dan bekalan elektrik di Basecamp secara tiba-tiba terputus.

 10.00 Malam:Bantuan makanan dan keperluan lain segera dihantar kepada mereka yang bersama menjaga jenazah arwah Fazli di Base2 iaitu Apip,Hadri,rakan arwah Fazli, seorang peserta wanita yang tercedera tersebut bersama rakannya.Bantuan tersebut dihantar oleh 3 orang anggota tentera dan beberapa orang dari pasukan bomba tambahan yang tiba pada malam tersebut yang melakukan pendakian malam ke Base2 dan turun semula pada jam 2 pagi.

 11.30 Malam:Bekalan elektrik di basecamp kembali pulih.Peserta mula berpindah semula ke dalam Dewan .

Kedengaran sayup-sayup suara bacaan surah Yassin yang dibaca oleh ahli keluarga arwah Fazli bersama beberapa orang peserta dan renjer hutan di surau berhampiran.

 10 JULAI 2011

 09.00 Pagi-Setelah sarapan pagi,3 orang peserta dari OGKL iaitu
Razman,Ijam.Pojie diarahkan untuk mendaki semula ke BASE 2 bagi membantu anggota bomba dan tentera melalukan persiapan kerja-kerja memindahkan mangsa ke dalam helikopter yang akan tiba beberapa jam kemudian.

12.00 Tengahari:Helikopter Penyelamat tiba di Base 2,,jenazah arwah Fazli bersama mangsa yang tercedera tersebut segera diangkut ke dalam helikopter menggunakan peralatan yang disediakan dan terus dibawa ke Hospital Temerloh.

02.30 Petang,Para peserta mula berkemas .Beberapa orang peserta akan bertolak ke Hospital Temerloh bagi membantu  urusan pengebumian arwah Fazli…
 p/s:Kematian Arwahyarham Fazli Bin Razali diklasifikasikan sebagai kematian mengejut..

Mari kita semua sedekahkan AL-FATIHAH  kepada Arwah Fazli.Semoga roh Beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..AL-FATIHAH…..

**Untuk mengetahui perkembangan terkini dan situasi semasa,anda boleh
merujuk serta menhubungi AJK Kelab yang terlibat.

LAPORAN DISEDIAKAN OLEH:
MOHD FAIZAL BIN SAMAT(FBK)
10 JULAI 2011     11.30 MALAM


Mengikut catatan seorang rakan baik; "Gunung Senyum ni terletak lebih kurang 30 minit dari Bandar pusat jengka… Kali terakhir aku dengar org naik gunung ni adalah dlm tahun 98/99…. Ditutup sbb trek yg bahaya – curam dan ada tempat2 tertentu yg struktur tanah tak kuat… (bawah trek ada gua).. x silap aku masa tahun 98/99 tu pun ada 2 org mat saleh jatuh ke dalam gua gajah dari atas trek ke puncak… kita mmg xx tau kat mana jalan yg x de gua kat bawah… so, mmg bahaya. Gunung senyum ni lebih terkenal dgn xtvt explorasi gua… ada lebih kurang 40 gua kat sekitar gunung tu… dan terlalu banyak benda mistik …. Tu je kot yg aku tau pasal gunung tu… lain2 cerr baca kat mana2……"

signboard image of Gunung Senyum Park


Laporan Berita Di Sinar Harian 

5 comments:

  1. Pernah pergi Gunung Senyum mase darjah 4 dulu.. seram gak.. huhu

    ReplyDelete
  2. Assalam...ketika kejadian ..Ana serta team RGS ana ada disitu...tapi tak kedengaran apa apa berita pun...hinggalah Ranjer abg din dan abg mie jumpa ana dan memberitahu tragedi ini...lalu ana teringat ada sorang anak buah member ana ada mengikuti xpdc OGKL ini...lantas ana mencarinya..syukur dia tak de apa apa...actually...pengalaman ajer tak cukup...mesti ada adat dan adap..malah dalam kump tersebut...ana dikhabarkan...kebanyakannya peserta kenalan tanpa pengalaman dan sepatutnya masa pendakian itu tak sama seperti apa yg dijanjikan dgn Ranjer yg bertugas...anyway..Al Fatihah utk aruah.......GNG SENYUM....Metos..Legenda...Sejarahhh...dan mesteri.......zdk@RGS

    ReplyDelete
  3. Yang dah pergi hanya doa yang dapat kita panjangkan tetapi hakikatnya rekreasi itu bukan lah sebuah dunia yang remeh tetapi merupakan sebuah benua penuh ranjau, oleh itu kenalilah semua ranjau yang menanti sepanjang perjalanan kita nanti.

    ReplyDelete

Terima Kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...