MALAYSIA GST - GOVERNMENT SERVICE TAX & GOOD AND SERVICE TAX
Cukai Perkhidmatan Kerajaan & Cukai Barang dan Perkhidmatan
Sekarang GST menjadi topik yang hangat diperkata dan diperbincangkan,
malah menjadi modal politik untuk menarik undi bagi pihak parti tertentu. Namun
diperhatikan masih ramai yang tidak memahami apa itu yang disebut sebagai GST
malah lebih teruk lagi menyebarkan sesuatu yang salah. Penulisan ini bukan
bertujuan membawa pengaruh politik tetapi untuk memberi pemahaman dan ilmu
kepada umum berkenaan apa itu GST dan perkara yang berkaitan dengannya. Oleh
itu pertimbangan dan perbincangan berkenaan isu ini yang mana melibatkan fiscal
polisi kerajaan dapat dibincang dengan matang dan lebih bermanfaat untuk
kemajuan Negara dan bukan utuk kepentingan politik. GST diklasifikasikan
sebagai cukai tidak langsung (indirect tax) yang mana berada dibawah penguatkuasaan
Kastam Diraja Malaysia (JKDM). GST ini juga termasuk didalam kategori sebagai
Value Added Tax (VAT).
Pertama sekali harus difahami bahawa Cukai Perkhidmatan Kerajaan
& Cukai Barang dan Perkhidmatan yang
mana keduanya dirujuk oleh umum dan entiti perniagaan dengan acronym / abbreviation
yang sama iaitu GST adalah 2 cukai yang berbeza menyebabkan kekeliruan. Cukai
perkhidmatan kerajaan ini dikenali juga sebagai Cukai Jualan dan Perkhidmatan
(Sales & Service Tax), lebih mudah saya rujuk Cukai Jualan dan Perkhidmatan
ini sebagai SST dan Cukai Barang dan Perkhidmatan sebagai GST . Saya amati
apa yang cuba dimaksudkan oleh ramai orang sekarang ini adalah merujuk
kepada Cukai Barang dan Perkhidmatan,
oleh itu penting untuk umum memahami dan mengetahui cukai GST atau SST yang dimaksudkan didlm sesuatu topik
perbincangan. Cukai Perkhidmatan Kerajaan SST adalah
cukai yang telah lama dikutip oleh Kerajaan Malaysia sejak tahun 1972 lagi,
manakala Cukai Barang dan Perkhidmatan GST masih lagi diperingkat
perincian dan sehingga penulisan ini masih lagi belum diluluskan oleh parlimen.
Cukai Perkhidmatan Kerajaan adalah dikenakan ke atas perkhidmatan yang
berasaskan hospitality seperti hotel dan khidmat professional. Senarai lengkap
perkhidmatan yang layak dikenakan SST adalah boleh didapati di website JKDM (klik).
Peniaga yang mengenakan SST pula adalah dikehendaki mempunyai lessen. Secara
ringkas kategori perkhidmatan yang dikenakan SST adalah seperti berikut;
Kadar dan Skop Cukai GST / SST
Kadar Cukai Perkhidmatan Kerajaan SST sekarang
ini adalah pada kadar 6%, manakala GST dicadangkan untuk dikutip pada kadar 4%
. Skop pengenaan SST hanyalah untuk perkhidmatan manakala skop pengenaan
cukai GST adalah lebih besar iaitu meliputi perkhidmatan dan juga
barangan namun mengecualikan barangan keperluan seperti pengecualian cukai ke
atas produk seperti padi dan sayur-sayuran serta makanan asas seperti beras,
gula, tepung, minyak masak, ikan, daging dan ayam. Difahamkan juga bahawa
pelaksanaan GST juga akan mengecualikan IKS dan perkhidmatan professional
tertentu. Apabila GST diperkenalkan pada 4% ia akan mengantikan SST yang
sekarang dikenakan pada kadar 6%.
Dasar Polisi
Dasar kerajaan untuk melaksanakan GST bukan bertujuan mengatasi defisit
fiskal negara tetapi menyelesaikan kelemahan dalam cukai jualan dan
perkhidmatan serta mempelbagai sumber pendapatan negara. Sebanyak 143 negara
telah melaksanakan GST dan kajian yang dijalankan turut membabitkan
keberkesanannya di negara-negara terbabit. Sistem cukai GST telah dijalankan
banyak di negara negara maju seperti UK dan USA. Negara-negara Scandinavia
seperti Norway, Denmark, Sweden dan Hunggary dikenali sebagai Negara yang
mengenakan GST/VAT yang amat tinggi pada kadar 25-27%. Contoh Negara ASEAN yang
telah menggunakan system cukai GST/VAT ini adalah Singapura
Kelebihan / Keperluan
GST
1. Mengurangkan kadar cukai langsung
1. Mengurangkan kadar cukai langsung
Dengan pengenalan GST,
kadar cukai langsung iaitu cukai pendapatan individu dan korporat akan dikurangkan.
Pada masa sekarang kadar cukai pendapatan untuk korporat adalah sebanyak 25%
dan 20% untuk syarikat yang mempunyai nilai saham berbayar kurang dari RM2.5juta
(untuk pendapatan bercukai RM500,000 pertama. Manakala cukai ke atas individu
dikenakan secara berkala sehingga kadar tertinggi sebanyak 26%. Pada individu
yang mempunyai pendapatan bercukai RM100,000 mereka akan dikenakan pada kadar
tertinggi iaitu 26%. Penggunaan GST disusuli dengan pengurangan kadar cukai
pendapatan akan mengurangkan bebanan cukai kepada pembayar cukai yang amat
banyak. Ini juga memberi ruang kepada tax
collection system yang lebih adil.
Pembayaran cukai Negara tidak lagi dibebankan kepada hanya 3 juta (approximately)
pembayar cukai pendapatan individu (sila rujuk isu no. 3).
2. Meningkat daya saing Negara
2. Meningkat daya saing Negara
Untuk bersaing dengan
Negara lain, terutamanya untuk menarik pelaburan asing (FDI) tidak dapat tidak Negara
perlu menurunkan kadar cukai lansung (income tax). Tambahan lagi bila Negara jiran
terdekat iaitu Singapura hanya mengenakan cukai pada kadar tertinggi 20% untuk
individu dan korporat pada kadar 17% yang jauh lebih rendah dari Negara kita.
Jelas kita dapat memahami mengapa banyak syarikat multinational lebih memilih
singapura daripada Kuala Lumpur untuk dijadikan pusat perkhidmatan, regional office atau distribution centre? Adalah tidak adil
jika kita mengkritik prestasi ekonomi kerajaan yang lembab berbanding Singapura
dan pada masa yang kita mengkritik juga usaha kerajaan untuk meningkatkan daya
saing Negara. Peningkatan FDI akan meningkatkan ekonomi Negara dan meningkat
hasil Negara.
3. Tax base yang lebih luas dan mengurangkan ketirisan cukai
3. Tax base yang lebih luas dan mengurangkan ketirisan cukai
GST/VAT adalah cukai
berdasarkan penggunaan (consumption base tax). Yang mana cukai hanya dikenakan
oleh melibatkan perhidmatan dan penjualan barangan. Pembayar cukai tidak lagi
terhad kepada pembayar cukai yang berdaftar. Ia akan melibatkan semua pengguna
yang mendapatkan perkhidmatan dan membeli barangan (pembayar cukai yang lebih
ramai). Jika anda mampu membeli barangan mewah maka anda juga sepatutnya mampu
membayar cukai. Isu pengesanan pembayar cukai dan pelarian cukai adalah bukan
suatu yang mudah untuk ditangani. Betapa ramai yang kita amati dan lihat
individu yang mampu hidup mewah tidak membayar cukai dan tidak mendaftar
sebagai pembayar cukai. Faktor ini akan memberi peluang kepada kerajaan untuk
meningkatkan kutipan hasil dengan lebih tinggi
4. Mengurangkan kadar pelarian Cukai (Tax evasion/ tax avoidance/underground economy)
4. Mengurangkan kadar pelarian Cukai (Tax evasion/ tax avoidance/underground economy)
Ini adalah suatu yang
telah dibuktikan oleh kajian bahawa amaun tax evasion adalah mempunyai positive relationship dengan kadar
cukai. Semakin rendah kadar cukai pendapatan semakin kurang dorongan kepada
peniaga untuk menyembunyikan pendapatan dan akan meningkatkan kepatuhan cukai.
Ini juga akan mengurangkan kos pentadbiran cukai untuk mengesan dan menjalankan
operasi penguatkuasaan.
5. Mengurangkan kos perkhidmatan tertentu
5. Mengurangkan kos perkhidmatan tertentu
Sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan/ Sales and
Service Tax (SST) pada kadar 6% akan digantikan oleh Good and Service Tax (GST) yang akan mengunakan cukai pada kadar
yang lebih rendah iaitu 4% .
Adalah tidak adil jika kita hanya membincangkan tentang kelebihan system
cukai GST jika tidak juga membincangkan kemungkinan kekurangan system ini yang
mana boleh kita perhalusi dan sedari dari awal untuk tindakan yang sepatutnya.
Pengenalan Good and Service Tax (GST)
akan meningkatkan sedikit kadar inflasi dengan kemasukan kos cukai ke dalam harga
barangan tertentu. Namun ini mungkin boleh diatasi dengan campur tangan
kerajaan melalui pengenalan polisi tertentu; contohnya mengarahkan pengeluar
untuk menyerap kos cukai barangan yang mana mereka ini telah mendapat manfaat
dari pengurangan cukai pendapatan atau melalui timbal balik dalam bentuk
insentif.
Factor cabaran pentadbiran system cukai ini juga hendaklah diperhalusi
supaya tiada penyalahgunaan dan ketidakpatuhan berlaku dipihak peniaga.
Kementerian pengguna juga perlu bekerja lebih keras untuk mengekang tekanan
kenaikan harga oleh peniaga.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih