Buaya adalah species yang biasa didapati di kawasan Tropika. Di Semenanjung, buaya biasanya berada di habitat kuala sungai bernipah biasanya, namun kejadian serangan buaya di Semenanjung Malaysia adalah amat jarang berlaku. Sebaliknya konflik antara buaya dan manusia kerap berlaku di Serawak malah setengah cerita disebaliknya telah menjadi lagenda seperti Bujang Senang. Skil ikhtiar hidup terbaik dalam menghadapi situasi seperti itu adalah sebaik mungkin cuba elak dari menyeberangi he he, tapi anda tiada pilihan, tiada rakit dan benar2 perlu menyeberang. Jika terpaksa lakukan dengan pantas. Menyelam dan cuba elak berenang di permukaan. Berenang di permukaan menyerupai anda seperti haiwan mangsa yang lain seperti rusa, lembu dll. Dengan menyelam mengurangkan risiko anda diserang dan memudahkan anda mengawasi kehadiran buaya yang ingin menyerang di air dalam. Pernah tengok citer Tarzan? Mungkin kita boleh belajar sedikit skil ikhtiar hidup dari filem Tarzan ini. Tarzan biasanya melawan buaya di air dalam sambil menyelam tidak di permukaan.. Satu senjata utama buaya adalah libasan ekornya. Buaya mampu memberi libasan yang lebih kuat dia kawasan air cetek dan daratan berbanding di air dalam. Skil ikhtiar hidup ini mungkin berguna di masa yang memerlukan :)
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih