Saturday, July 10, 2010

Rahsia perkataan SOCCER

Malam ni final piala dunia antara Spain lwn Holland, dan ada satu Trivia berkenaan bolasepak yang menarik untuk diketahui iaitu berkenaan asal perkataan "soccer" dalam  US english. English term yang digunakan oleh rakyat Amerika / USA kadang berbeza dengan term yang biasa kita gunakan yang banyak dipengaruhi oleh dialek British. Walaupun Amerika itu sendiri diasaskan oleh pendatang British majoritinya, namun pencampuran dari pendatang lain yang banyak mempengaruhi budaya dan bahasa Amerika sekarang membuat mereka sentiasa ingin mencipta sesuatu yang lain dan lebih hebat dari yang lain. Ini adalah negara yang bermain bola dengan tangan namun memanggilnya "football" permainan bola sebenar pula di panggil "soccer", liga domestik baseball mereka dan banyak lagi sukan pula dipanggil "World Series" - mengambarkan mentaliti rakyat Amerika yang sentiasa merasa mereka adalah terbaik. Apa sejarah sebenar asal perkataan "soccer" diambil? - ia bermula pada tahun 1863 di dalam satu mesyuarat penubuhan persatuan bolasepak di London, dipanggil Football Association, ahli mesyuarat tersebut kemudian menjadi pengasas kepada English FA sekarang. Budaya British pada masa itu suka membuat panggilan dalam singkatan. Mereka mengambil huruf ketiga, keempat dan kelima dari perkataan association... Jadi membahasakan diri mereka sebagai SOC+CER = SOCCER. Dalam tatabahasa Inggeris tambahan "er" adalah mengambarkan subjek orang - iaitu ahli persatuan tersebut. Jadi muncullah perkataan SOCCER.. ..alkisah

4 comments:

  1. adaa dont wori :)

    soccer
    Pronunciation:/ˈsɒkə/noun
    [mass noun]
    a form of football played by two teams of eleven players with a round ball which may not be handled during play except by the goalkeepers. Also called football and Association football

    ReplyDelete

Terima Kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...