Saturday, July 20, 2013

Jakel Waktu Operasi / Operating Hours 10am - 8.30pm

Jakel Waktu Operasi / Operating Hours  10 a.m hingga 8.30 p.m

Iklan baju raya Aaron Aziz punya pasal buat rasa nak beli baju melayu raya pulak. Pelik pula rasa nak kena gi Jakel yang biasa tempat perempuan borong kain. tak pernah pergi jadi tak tau lah apa yang besh sangat kat situ. Namun rupanya ada juga produk untuk lelaki.. Tapi tak tau Jakel ni waktu operasi/ operating hours pukul berapa. Tambah lagi hari ahad dah tengah bulan Ramadhan mesti ramai orang. Jadi seeloknya kena sampai awal terus beli apa yang patut dan blah sebelum tempat tu jam dengan perempuan perempuan memburu kain. Punye le susah surf website jakel, facebook page jakel dan pakcik google untuk cari waktu operasi/operating hours Jakel ni. Serius memang tak jumpa!.. Sepatutnya benda simple tetapi asas/basic sepatutnya ada dalam website rasmi satu perniagaan. Baru je nak stress rupanya ada terjumpa  yang dicari dalam salah satu facebook page status update Jakel ... so I share this.. this may be simple.. but if I have difficulty in finding this out then there must be a poor soul out there is having the same problem .. hopefully he will stumble upon this post..


Jakel Waktu Operasi / Operating Hours  10 a.m hingga 8.30 p.m


Wednesday, May 22, 2013

Barefoot Running?

Apa dia "barefoot running" ?
barefoot running makin popular
orang semakin maju ada juga yg suka "back to our root" = barefoot running
orang di zaman dulu, zaman batu, zaman besi, orang dulu dulu tiada kasut cushion macam Nike Air
takde juga brand kasut canggih canggih macam sekarang
orang dulu hanya berlari berkaki ayam memburu binatang buruan.. kalu ada alas pun adalah minima.. sebab itu ada juga orang mengatakan barefoot running ni sebagai minimalist running style atau natural running

at extreme - barefoot running tu lari berkaki ayam lah.. tapi bahaya pula.. jadi at least guna lah alas kaki.. jadi tercipta lah kasut minimalist runnning.. bentuk nya adalah mempunyai tahap cushion di tumit  kaki sama dengan bahagian hadapan.. lebih flexible - lembut.. kasut nike free+ mempunyai bentuk dlm kasut yg melengkung ikut bentuk melengkung seperti tapak kaki.. iaitu lebih tinggi di bahagian tenggah sama level kusyen di bahagian hadapan dan belakang.. lebih kurang macam puma mobium lah (zero drop level) jika ingin lebih perlindungan pilih lah kusyen tapak yg lebih tebal tapi masih mengekalkan bentuk dan konsep minimalist running/ barefoot running


Apa yang istimewanya  barefoot running ?
keistimewaan nya terletak pada run mechanism n.. ye - cuba anda cuba berlari berkaki ayam macam org dulu dulu - bagaimana agaknya cara mereka berlari.. :) cubalh dulu

sudah cuba?  
kalu sudah cuba, cuba analisa bagaimana anda berlari berkaki ayam.. bahagian kaki mana kah contact point yg anda suka? tumit atau bahagian hadapan kaki? mesti sakit kan jika setiap rentak kaki ke tanah apatah lagi kat simen dengan tumit dahulu apatah lagi jika anda lari dengan laju.. jadi org dulu dulu tidak berlari dengan menyentuh tumit dahulu tapi dengan bahagian hadapan kaki :) tapi sejak pengenalan kasut yg ada kusyen tebal tebal.. kita mula menukar cara larian kita dengan setuhan tumit dahulu.. malah teknologi kasut yg dibuat memang menggalakan mechanism larian dengan sentuhan tumit (Traditional Heel Striker Vs Natural Mid/Forefoot Striker)

jadi kelebihan pertamanya tumit x sakit lah
kelebihan kedua bila berpijak dgn bahagian hadapan kaki, kita ada kuasa spring tambahan.. sebab muscle, sendi ankle dan ligamen kita akan digunakan untuk menyerap hentakan, dan memberi kuasa lantunan... 

kurang hentakan pada otot maknanya kurang lh tekanan dan gegaran pada otot bahagian atas kaki, betis paha dan sebagainya.. kurang muscle tear dan kurang sakit lah

akhirnya anda boleh lari dengan lebih efficient dan lari dengan lebih lama.. lari lebih jauhhhh

contoh kasut minimalist running.. barefoot running

puma mobium

Nike Free Run+ , Nike Free ada banyak range , ada yg +, 3.0, 4.0, 5.0 lagi tinggi angka lagi tinggi  kusyen.. read more here


adizero hagio i have one :)  .. a more higher drop will adidas adizero adios
there are a lot more minimalist running shoes nowaday.. aware the charactheristics; low heel drop, flexible, & light

nak tau lagi banyak pasal minimalist run.. baca kat sini

Tuesday, May 21, 2013

Samsung Service Centre Kuala Lumpur



Samsung Service Centre Kuala Lumpur


Handphone Galaxy Note GT-N7000 dah problem, baru je lepas warranty period... skrin dah x leh on.. kuar gambar duit je ni.. isk isk.. Mencari tempat Samsung Service Centre Kuala Lumpur di website samsung pula memang memeningkan.. x jumpa jumpa alamat..  akhir tanya pakcik google..

So jumpa ada 3 tempat Samsung Service Centre di area Kuala Lumpur dan Petaling jaya



  1. Address: Jalan 51a/219, Seksyen 51a, 46100 Petaling Jaya, Selangor
  2.           Phone:1-800-88-9999


              Hours:

              Tuesday hours 9:00 am–6:00 pm  








    From KL, go through the back via the ’222′ junction. Immediately after exiting from the Federal Highway, turn left into Jalan 51A/225, at the BHPetrol station. Loop around it till you almost re-join the Federal Highway at a traffic lights junction next to the Mercedes-Benz showroom. Turn left into the parallel slip road that is Jalan 51A/219. If you are  traveling from the ‘Motorola Bridge’ towards KL, you can enter Jalan 51A/219 via this junction directly.

          2.  SOS MOBILE SERVICES CENTRE (M) S/B 
               Lot 31, Ground Floor, Pandan Kapital Shopping Complex, Persiaran MPAJ, 
               Jalan  Pandan Utama,                     
               Pandan Indah   
               Tel: 1800-88-9999


          3.  PHONTEC COMMUNICATION 
               No 72A-2 & 72A-3, Jalan PJU 5/21, Kota Damansara PJU 5,.   
               Tel: 1800-88-9999


    Selamat melawati  Samsung Service Centre Kuala Lumpur

    Wednesday, May 15, 2013

    GST GOVERNMENT SERVICE TAX & GOOD AND SERVICE TAX


    MALAYSIA GST - GOVERNMENT SERVICE TAX & GOOD AND SERVICE TAX
    Cukai Perkhidmatan Kerajaan & Cukai Barang dan Perkhidmatan

    Sekarang GST menjadi topik yang hangat diperkata dan diperbincangkan, malah menjadi modal politik untuk menarik undi bagi pihak parti tertentu. Namun diperhatikan masih ramai yang tidak memahami apa itu yang disebut sebagai GST malah lebih teruk lagi menyebarkan sesuatu yang salah. Penulisan ini bukan bertujuan membawa pengaruh politik tetapi untuk memberi pemahaman dan ilmu kepada umum berkenaan apa itu GST dan perkara yang berkaitan dengannya. Oleh itu pertimbangan dan perbincangan berkenaan isu ini yang mana melibatkan fiscal polisi kerajaan dapat dibincang dengan matang dan lebih bermanfaat untuk kemajuan Negara dan bukan utuk kepentingan politik. GST diklasifikasikan sebagai cukai tidak langsung (indirect tax) yang mana berada dibawah penguatkuasaan Kastam Diraja Malaysia (JKDM). GST ini juga termasuk didalam kategori sebagai Value Added Tax (VAT).

    Ini bukan Good & Service Tax (GST) tetapi Goverment Service Tax atau Sales & Services Tax (SST)..  Ada  cerita mengapa kebanyakan premis peniagaan meletakkan GST di dalam resit dan bukan SST. ini adalah kerana infrastructure telah tersedia di dalam sistem point of sales kebanyakan peniaga untuk melaksanakan GST, sebab itu resit tersebut menunjukkan singkatan GST tetapi arahan pelaksanaan GST pula ditangguhkan oleh kerajaan. Jadi tinggallah GST hanya dalam resit


    Pertama sekali harus difahami bahawa Cukai Perkhidmatan Kerajaan & Cukai Barang dan Perkhidmatan yang mana keduanya dirujuk oleh umum dan entiti perniagaan dengan acronym / abbreviation yang sama iaitu GST adalah 2 cukai yang berbeza menyebabkan kekeliruan. Cukai perkhidmatan kerajaan ini dikenali juga sebagai Cukai Jualan dan Perkhidmatan (Sales & Service Tax), lebih mudah saya rujuk Cukai Jualan dan Perkhidmatan ini sebagai SST dan Cukai Barang dan Perkhidmatan sebagai GST . Saya amati apa yang cuba dimaksudkan oleh ramai orang sekarang ini adalah merujuk kepada  Cukai Barang dan Perkhidmatan, oleh itu penting untuk umum memahami dan mengetahui cukai GST atau SST  yang dimaksudkan didlm sesuatu topik perbincangan.  Cukai Perkhidmatan Kerajaan SST adalah cukai yang telah lama dikutip oleh Kerajaan Malaysia sejak tahun 1972 lagi, manakala Cukai Barang dan Perkhidmatan GST masih lagi diperingkat perincian dan sehingga penulisan ini masih lagi belum diluluskan oleh parlimen. Cukai Perkhidmatan Kerajaan adalah dikenakan ke atas perkhidmatan yang berasaskan hospitality seperti hotel dan khidmat professional. Senarai lengkap perkhidmatan yang layak dikenakan SST adalah boleh didapati di website JKDM (klik). Peniaga yang mengenakan SST pula adalah dikehendaki mempunyai lessen. Secara ringkas kategori perkhidmatan yang dikenakan SST adalah seperti berikut;

              


    Kadar dan Skop Cukai GST / SST
    Kadar Cukai Perkhidmatan Kerajaan SST sekarang ini adalah pada kadar 6%, manakala GST dicadangkan untuk dikutip pada kadar 4% . Skop pengenaan SST hanyalah untuk perkhidmatan manakala skop pengenaan cukai GST adalah lebih besar iaitu meliputi perkhidmatan dan juga barangan namun mengecualikan barangan keperluan seperti pengecualian cukai ke atas produk seperti padi dan sayur-sayuran serta makanan asas seperti beras, gula, tepung, minyak masak, ikan, daging dan ayam. Difahamkan juga bahawa pelaksanaan GST juga akan mengecualikan IKS dan perkhidmatan professional tertentu. Apabila GST diperkenalkan pada 4% ia akan mengantikan SST yang sekarang dikenakan pada kadar 6%.

    Dasar Polisi
    Dasar kerajaan untuk melaksanakan GST bukan bertujuan mengatasi defisit fiskal negara tetapi menyelesaikan kelemahan dalam cukai jualan dan perkhidmatan serta mempelbagai sumber pendapatan negara. Sebanyak 143 negara telah melaksanakan GST dan kajian yang dijalankan turut membabitkan keberkesanannya di negara-negara terbabit. Sistem cukai GST telah dijalankan banyak di negara negara maju seperti UK dan USA. Negara-negara Scandinavia seperti Norway, Denmark, Sweden dan Hunggary dikenali sebagai Negara yang mengenakan GST/VAT yang amat tinggi pada kadar 25-27%. Contoh Negara ASEAN yang telah menggunakan system cukai GST/VAT ini adalah Singapura

    Kelebihan / Keperluan GST

    1.    Mengurangkan kadar cukai langsung

    Dengan pengenalan GST, kadar cukai langsung iaitu cukai pendapatan individu dan korporat akan dikurangkan. Pada masa sekarang kadar cukai pendapatan untuk korporat adalah sebanyak 25% dan 20% untuk syarikat yang mempunyai nilai saham berbayar kurang dari RM2.5juta (untuk pendapatan bercukai RM500,000 pertama. Manakala cukai ke atas individu dikenakan secara berkala sehingga kadar tertinggi sebanyak 26%. Pada individu yang mempunyai pendapatan bercukai RM100,000 mereka akan dikenakan pada kadar tertinggi iaitu 26%. Penggunaan GST disusuli dengan pengurangan kadar cukai pendapatan akan mengurangkan bebanan cukai kepada pembayar cukai yang amat banyak. Ini juga memberi ruang kepada tax collection system yang lebih adil. Pembayaran cukai Negara tidak lagi dibebankan kepada hanya 3 juta (approximately) pembayar cukai pendapatan individu (sila rujuk isu no. 3).

    2.    Meningkat daya saing Negara

    Untuk bersaing dengan Negara lain, terutamanya untuk menarik pelaburan asing (FDI) tidak dapat tidak Negara perlu menurunkan kadar cukai lansung (income tax). Tambahan lagi bila Negara jiran terdekat iaitu Singapura hanya mengenakan cukai pada kadar tertinggi 20% untuk individu dan korporat pada kadar 17% yang jauh lebih rendah dari Negara kita. Jelas kita dapat memahami mengapa banyak syarikat multinational lebih memilih singapura daripada Kuala Lumpur untuk dijadikan pusat perkhidmatan, regional office atau distribution centre? Adalah tidak adil jika kita mengkritik prestasi ekonomi kerajaan yang lembab berbanding Singapura dan pada masa yang kita mengkritik juga usaha kerajaan untuk meningkatkan daya saing Negara. Peningkatan FDI akan meningkatkan ekonomi Negara dan meningkat hasil Negara.  

    3.    Tax base yang lebih luas dan mengurangkan ketirisan cukai

    GST/VAT adalah cukai berdasarkan penggunaan (consumption base tax). Yang mana cukai hanya dikenakan oleh melibatkan perhidmatan dan penjualan barangan. Pembayar cukai tidak lagi terhad kepada pembayar cukai yang berdaftar. Ia akan melibatkan semua pengguna yang mendapatkan perkhidmatan dan membeli barangan (pembayar cukai yang lebih ramai). Jika anda mampu membeli barangan mewah maka anda juga sepatutnya mampu membayar cukai. Isu pengesanan pembayar cukai dan pelarian cukai adalah bukan suatu yang mudah untuk ditangani. Betapa ramai yang kita amati dan lihat individu yang mampu hidup mewah tidak membayar cukai dan tidak mendaftar sebagai pembayar cukai. Faktor ini akan memberi peluang kepada kerajaan untuk meningkatkan kutipan hasil dengan lebih tinggi

    4.    Mengurangkan kadar pelarian Cukai (Tax evasion/ tax avoidance/underground economy)

    Ini adalah suatu yang telah dibuktikan oleh kajian bahawa amaun tax evasion adalah mempunyai positive relationship dengan kadar cukai. Semakin rendah kadar cukai pendapatan semakin kurang dorongan kepada peniaga untuk menyembunyikan pendapatan dan akan meningkatkan kepatuhan cukai. Ini juga akan mengurangkan kos pentadbiran cukai untuk mengesan dan menjalankan operasi penguatkuasaan.

    5.    Mengurangkan kos perkhidmatan tertentu

    Sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan/ Sales and Service Tax (SST) pada kadar 6% akan digantikan oleh Good and Service Tax (GST) yang akan mengunakan cukai pada kadar yang lebih rendah iaitu 4% .

    Adalah tidak adil jika kita hanya membincangkan tentang kelebihan system cukai GST jika tidak juga membincangkan kemungkinan kekurangan system ini yang mana boleh kita perhalusi dan sedari dari awal untuk tindakan yang sepatutnya.

    Pengenalan Good and Service Tax (GST) akan meningkatkan sedikit kadar inflasi dengan kemasukan kos cukai ke dalam harga barangan tertentu. Namun ini mungkin boleh diatasi dengan campur tangan kerajaan melalui pengenalan polisi tertentu; contohnya mengarahkan pengeluar untuk menyerap kos cukai barangan yang mana mereka ini telah mendapat manfaat dari pengurangan cukai pendapatan atau melalui timbal balik dalam bentuk insentif.

    Factor cabaran pentadbiran system cukai ini juga hendaklah diperhalusi supaya tiada penyalahgunaan dan ketidakpatuhan berlaku dipihak peniaga. Kementerian pengguna juga perlu bekerja lebih keras untuk mengekang tekanan kenaikan harga oleh peniaga.

    Links of Reference & Additional Information

    MOF
    StarOnline
    Kastam


    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...