Thursday, December 8, 2011

Learning & Leading

lacking in learning lead to lacking in leading..

We need knowledge to be a good leader, so our leading is filled with wisdom and vision

Monday, November 21, 2011

Rusuhan Perlawanan Bolasepak Malaysia Indonesia Sukan SEA 2011

2 penonton dilapor terbunuh semasa Perlawanan Bolasepak Malaysia-Indonesia Sukan SEA 2011..


Laporan dari Jakarta Post - 2 penonton dilaporkan terbunuh akibat terhimpit  berasakan untuk memasuki Stadium Gelora Bung Karno semasa perlawanan akhir Bolasepak Sukan SEA 2011. Beberapa penonton juga dilaporkan cedera yang dipercayai berpunca daripada asakan dan rempuhan penonton tidak bertiket yang masuk setelah memecah pintu masuk 15. Dilaporkan juga bahawa sebelum perlawanan, peminat pasukan Indonesia telah merusuh dengan membakar boot jualan tiket kerana tidak puas hati tiket habis dijual. Fanatik sungguh peminat Indonesia! Apa pun tahniah kepada pasukan Harimau Muda yang memenangi Pingat Emas Bolasepak Sukan SEA 2011!!!

bolasepak sukan SEA 2011
Sejurus bola rembatan Badrol Bakhtiar melepasi garisan Gol! - perlawanan akhir Bolasepak Sukan SEA 2011

Sunday, October 23, 2011

Malaysia Grand Prix 2011 Kesal Sikap Peminat Malaysia

Malaysia Grand Prix 2011 - Pelumba Marco Simoncelli meninggal dalam kemalangan, Kesal Sikap Peminat Malaysia

Tragic: Marco Simoncelli of Italy and San Carlo Honda  Gressini
Baru habis tengok siaran langsung Malaysian GP 2011, baru ajer start race Moto GP 500 kemalangan berlaku dan perlumbaan dihentikan apabila bendera merah dikibar. Seterusnya pengumuman dibuat pembatalan perlumbaan disebabkan kemalangan tersebut, tapi response dari penonton agak mengecewakan. Bunyi protes boo dari penonton amat jelas.  Sehingga pit krew pula yang menonton aksi penonton bukan sebalinya. Pit krew ini mesti hairan dengan sikap dan penerimaan penonton Malaysia. Pengulas ESPN pun menyuarakan kehairanan dengan sikap penonton dan  peminat Moto GP Malaysia. Tentunya peminat amat kecewa, aku yang tengok kat ESPN pun rasa gak kecewa tak dapat tengok perlumbaan sampai abis. Tapi jika anda peminat sukan bermotor anda mesti faham yang perkara seperti ini biasa berlaku apabila melibatkan kemalangan. Sepatutnya selepas pengumuman dibuat bahawa pembatalan adalah disebabkan kemalangan sepatutnya peminat boleh lah faham bahawa kemalangan tersebut adalah serius dan mungkin telah menyebabkan kecederaan teruk kepada pelumba atau kematian. Dan Pembatalan adalah sebagai menghormati pelumba. Pembatalan perlumbaan biasa berlaku sebagai tanda hormat kepada pelumba. Kematian pelumba Dan Wheldon di Perlumbaan Daytona US Las Vegas minggu lepas pun dibatalkan di pertengahan perlumbaan sebagai menghormati pelumba tersebut. Takziah untuk Marco Simoncelli yang meninggal dalam kemalangan semasa pelumbaan Malaysian GP 2011 ketika perlumbaan baru berlangsung 2 lap. Video kemalangan beliau boleh dilihat disini - Youtube




Marco Simoncelli die in accident at Malaysia Grand Prix 2011
Marco Simoncelli, 24 has died following a crash involving Valentino Rossi and Colin Edwards during the Malaysian MotoGP in Sepang, Malaysia
Simoncelli (centre) takes the first corner on his second lap moment before the fatal crash at the Malaysian Motorcycle Grand Prix

Simoncelli loses control on the second lap
The rider (No 58) is seen sliding from his bike and colliding with two other riders in a horrifying crash

Marco Simoncelli lie unconscious on the tarmac after crash 

Simonelli's mother Rossella
Simoncelli's girlfriend Kate walks through an empty Honda garage after the shocking accident - She seen sobbing in the garage during ESPN live coverage



Friday, September 30, 2011

Ubat Kesedihan

Berserah dan mengharaplah pada Allah kerana Allah sentiasa menyayangi hambaNya dalam pelbagai cara. Jika kita berharap pada manusia, kita akan kecewa jika orang yang kita harapkan menghampakan kepercayaan kita. Jika kita redha pada ketentuan Allah insyallah  kita akan lebih tenang kerana Allah itu Maha Mengetahui.. usah bersedih atas kegagalan perancangan kita kerana perancangan Allah itu mengatasi segalanya dan mungkin Allah mempunyai rancangan yang lebih baik untuk kita..

"Janganlah kamu bersikap lemah & janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang yang beriman" (AlQuran Ali Imran 139)


Sunday, August 14, 2011

PERJANJIAN MAS & AIR ASIA DEAL , SIAPA YANG MENANG?

PERJANJIAN MAS & AIR ASIA, SYARAT PERJANJIAN, STRATEGIK PLAN, REVENUE Vs COST, MARKET SHARE, MORAL, PERSAINGAN, MONOPOLY, - SIAPA YANG MENANG? 

Apa yang tersirat di dalam perjanjian pertukaran saham antara MAS dan Air Asia pada hari selasa 9 Ogos 2011 adalah untuk memantapkan sinergy usahasama antara MAS dan Air Asia dalam menghadapai persaingan domestik dan Antarabangsa. Namun apakah tujuan tersebut harus dicapai dengan hanya cara pertukaran saham ? (share swap deal - dengan perjanjian 5tahun + 5tahun ). Tony Fernandes dan Kamarudin Meranum sebagai pemilik saham terbesar Air Asia melalui Tune Air buat masa ini pastinya akan memastikan kepentingan mereka terjaga, namun hanya harapan terbaik diharap kepada wakil dari Khazanah untuk memastikan kepentingan MAS terjaga. Menyaksikan MAS sebagai aset Kerajaan menjadi mangsa adalah sesuatu yang sedih bagi rakyat dan pemilik saham.. Mari kita teliti apa yang tersurat di dalam perjanjian tersebut dan analisis yang boleh kita berikan


1) Syarat / Ratio perjanjian tukaran saham.-Bila satu satu perjanjian tukaran saham dibuat tidak dapat tidak kita harus melihat harga saham MAS dan Air Asia di pasaran saham. Ini adalah kerana jumlah saham yang akan ditukar ditentukan dengan nilai yang sama iaitu diukur kepada harga saham di pasaran saham di Bursa Malaysia. Pasaran saham pada masa perjanjian menunjukkan harga saham Air Asia pada RM3.95 dan MAS pada RM1.90. Berdasarkan harga tersebut  Tony Fernandes dan Kamarudin akan mendapat 20% saham didalam MAS dan Khazanah hanya mendapat 10% dari saham Air Asia! dari segi nombor Air Asia menang! Malah Tony Fernandes dan Kamarudin akan menjadi Major Shareholder Individu yang terbesar didalam MAS!!! Pastinya TF dan Kamarudin sekarang mempunyai suara sekarang di dalam MAS, pastinya kepentingan Air Asia akan dilindungi dalam setiap keputusan strategik yang akan dikeluarkan oleh pengurusan MAS!.. Apakah yang Khazanah ingin perjuangkan didalam Air Asia? pembahagian kos dan perkongsian aset yang sama rata? apakah selepas ni Air Asia boleh beroperasi di KLIA? Jika ingin buat analisis lebih mendalam mungkin boleh melihat kepada beberapa aspek seperti PE Price Earning Ratio, tentunya Air Asia mempunyai PE yang lebih tinggi tetapi adakah ia menunjukkan harga saham Air Asia terlebih nilai (overpiced) dibandingkan dengan jumlah jualan dan aset? dengan peningkatan harga saham MAS di Bursa Malaysia dan kejatuhan harga Air Asia sekarang ini bermakna pelaburan Tony Fernandes untung dan pelaburan Khazanah rugi,   Air Asia 1 MAS kosong!

2) Strategik plan.- air asia mempunyai akses / connection yang lebih baik dengan pembuat keputusan kerajaan. Kerja -keja melobi sudah makin mudah kepada kepada Tony Fernandes. MAS pula yang hanya akan menumpukan pada pada full premium service airline telah melepaskan PELUANG yang besar dalam pasaran low cost carrier. Perlu diingat Air Asia telah menunjukkan betapa besar PELUANG yang boleh diekploitasi dari pasaran low cost Airline. Namun MAS memilih untuk lari. Seharusnya Firefly diasingkan dari usahasama ini dan dikekalkan dengan cara operasi dan tumpuan kepada low cost airline manakala usahasama antara lebih kepada perkongsian laluan, aset, airport dan usaha lain.  Air Asia 2 Mas 0!!

3) Revenue or Cost? Apakah masalah MAS sekarang? Perbandingan dengan syarikatpenerbangan full service yang lain seperti Singapore Airlines SIA dan Thais Airline perlu dibuat untuk menilai kedudukan MAS sekarang. Mengikut  executive director MAS yang baru iaitu Mohammed Rashdan Yusof (pic), "If you look at its operating statistics, the airline's cost is one of the best versus other full service carriers. Its cost per ASK is competitive but the RASK (revenue per available seat km) is suffering". Jadi apa yang difahamkan masalah MAS dengan penurunan RPK(revenue per KM) dan RASK (revenue per available seat km) adalah melibatkan revenue (jualan)!. sudah tentunya Rashdan yang baru dilantik akan menyokong perjanjian tukaran saham ini. MAS tiada masalah dengan kos operasi jadi apakah perjanjian tukaran saham ini adalah ubat untuk meninggikan jualan? saya lebih melihat perjanjian tukaran saham ini lebih menjurus kepada penjimatan kos yang sama sekali bukan penyakit serius yang MAS sedang hadapi. Apa yang MAS perlu lakukan adalah struktur/ strategi harga tiket yang baik (pricing).. dalam setiap FSC Full Service Carrier seperti MAS pasti ada bilangan tempat duduk yang tidak dapat terjual, untuk memastikan tempat duduk ini terjual dengan harga yang competitif yang mana mungkin dapat menampung kos overhead dan semestinya variable cost, MAS tidak perlu meniru Air Asia dengan menjual tiket murah dengan lebih awal (MAS akan berdepan dengan risiko kenaikan harga minyak dan kemelesetan ekonomi yang tidak menentu - mungkin boleh dibuat dalam kadar tertentu sebagai sebahagian pricing strategy) tetapi mengapa tidak jual tiket murah di saat akhir (kos operasi akan dapat dinilai dengan lebih tepat dan harga menguntungkan dapat ditentukan!) Bagaimana dengan pembahagian laluan antara Low Cost Carrier LCC dengan Full Service carrier dapat meningkatkan jualan untuk FSC? LCC dan FSC adalah 2 entiti yang berbeza, dengan MAS tidak boleh menggunakan harga rendah Air Asia pula ada peluang untuk mengenakan harga yang mahal!! Rashdan duk sebut juga pasal usahasama ini akan membolehkan MAS menumpukan perhatian meningkatkan kualiti produk. Tapi adakah masalah MAS terletak pada produk? MAS telah banyak kali memenangi anugerah servis terbaik ia bermakna produk MAS adalah antara yang terbaik! Masalahnya adalah Pricing!!! Air Asia 3 Mas 0!!!

4) Sudah pastinya usahasama ini akan mengurangkan kos operasi untuk kedua dua syarikat penerbangan ini.. Mata pertama untuk MAS = seri; Air Asia 4 MAS 1!!!!

5) Kos untuk membangunkan Firefly hangus - firefly sudah kena cantas, baru sahaja nak expand ke Sabah Serawak Firefly sudah kena cantas. Dengan perjanjian usahasama pertukaran saham ini operasi firefly akan dijadikan sebagai penerbangan sokongan untuk perkhidmatan premium full service MAS. Baru sahaja set up strategi, operation procedure, IT support  yang pasti harganya berjuta RM, begitu banyak masa dan RM yang telah dilabur untuk set up semua itu sekarang firefly harus menilai dan reka kembali operasi mereka . Baru baru sahaja ingin menunjukkan kemampuan firefly telah dicantas dengan cara yang tidak adil sekali.Seharusnya Firefly dibenarkan beroperasi paling kurang didalam pasaran domestik. Berapa kerugian yang firefly kena tanggung disebabkan perjanjian ini? Air Asia tak perlu susah dalam menghadapi persaingan, malah Tony Farnandes dapat tembak dua sasaran dengan satu peluru malah dapat untung pulak tuuu.. Air Asia 5 MAS 1!!!!!

6) Monopoly - Dengan perjanjian tukaran saham dengan MAS ini Air Asia telah berjaya menghapuskan saingan! Air Asia bukan sahaja dapat tukaran saham malah yang paling menguntungkan adalah menghapuskan tanpa perlu susah payah malah dapat pula saham.. Susulan perjanjian tukaran saham ini,Air Asia akan kontrol market budget airline di Malaysia, pengguna yang akan rugi.. anti monopoli / Competition Act yang baru di Malaysia akan diuji keberkesanannya.. kalu kat US mungkin dah didakwa kat mahkamah ni. Jadi jangan expect harga murah Air Asia akan jadi murah sangat, malah Air Asia akan lebih berani memperkenalkan strategi harga yang lebih pelik yang pastinya untuk meningkatkan keutungan. Sekarang ini susah untuk menghubungi Customer Service Air Asia. Nombor telefon yang diberi di website mereka adalah nombor premium service yang mana anda akan dikenakan kadar bayaran RM1.95 seminit! Cubalah call, pasti dalam beberapa minit pertama anda akan dipaksa untuk mendengar promosi dan penerangan sebelum disambung kepada operator, itupun jika tidak terputus.. saya tertarik dengan pricing Firefly yang terbaru.. menawarkan tiket RM0 tapi ada stardard bundle yang akan dikenakan seperti meal, extra luggage, pilihan tempat duduk, jika di Air Asia pasti harga tiket anda yang tidak berapa murah akan jadi lebih mahal. Untuk harga yang lebih mahal Firefly tidak mewajibkan syarat standard bundle tapi ia masih lebih murah dari Air Asia. Untuk penerbangan ke Kota Kinabalu tempoh April 2012 Firefly adalah jauh lebih murah dari Air Asia malah anda mendapat hampir full service +meal dan extra luggage!! strategi harga yang baik dari Firefly.. Air Asia 6 MAS 1!!!!!!

7 ) Moral pekerja - rasa rasa moral pekerja-pekerja MAS dan Firefly suka ke bimbang dengan perjanjian ini? Dah la pasti berlaku pertukaran pengurusan peringkat atasan, yang pasti juga datang dari luar. Selama ini semangat pekerja diapikan untuk bersaing dengan Air Asia akhir dipadamkan dengan mudah sekali oleh Tony Fernandes he he.. Ingat lagi kesah pengambilan RAS Rural Area Service routes di pendalaman Sabah dan Serawak? Air Asia dapat subsidi RM65 juta untuk mengendalikan RAS. Tetapi dengan senang laluan tersebut dipulangkan kembali kepada MAS hanya tak sampai setahun! pesawat ditinggalkan kepada MAS untuk dipulihkan kembali dengan kos RM35juta!!! Air Asia boleh suka-suka pilih laluan mana yang menguntungkan dan meninggalkan laluan yang tak berapa nak untung. Tetapi MAS sebagai National Airlines terpaksa memberi perkhidmatan samada menguntungkan atau tidak dan terus diperah oleh pihak-pihak yang berkepentingan. Kalu aku jadi pekerja MAS pun aku marah, camana nak dapat bonus kalau terus begini? Moral pekerja Air Asia? Always high in the sky .. Air Asia 7 MAS 1!!!!!!!

oft-quoted wisdom to “keep your friends close and your enemies closer” by Sun Tzu diguna dan di war warkan dalam media untuk menyokong perjajian ini. Musuh tetap musuh, Tsu Zu ingin mengenali musuh supaya dapat mengenalpasti kelemahan dan kekuatan musuh supaya ia dapat mengambil tindakan strategik untuk menang. Pepatah ini telah diguna sebaiknya oleh Tony Fernandes tidak untuk Khazanah. Siapa rugi? MAS, Khazanah, rakyat dan pengguna yang rugi.. Perlu diingat MAS adalah milik kerajaan dan juga milik rakyat.

But just hope for the positive side prevail.. just like Dr. M said.. or is it just too positive that could lead him oversight a few things? by the way DR M is honorary adviser of Air Asia, what do you expect..

Saturday, July 30, 2011

Friday, July 29, 2011

Problem Prompt Authentication Required dari Server Gengblogger


Problem Prompt Authentication Required dari Server Gengblogger muncul selepas website kena hack


"Authentication Required" prompt ini muncul bila open website www.rainforestoutdoor.com kat browser aku. Bila ia muncul di interface paling hadapan dan akan menganggu apa aje yg sedang anda lakukan dan menuntut perhatian anda untuk click apa option.. bila dah click is akan hilang sekejap dan akan keluar lagi!.. sungguh annoying! ..mungkin ini berlaku disebabkan website Gengblogger kena hack lagi.. Siapa yang tahu jalan penyelesaiannya ni? aku suspect semua website yg ada url kat gengblogger ada masalah ni ..

prompt error from server gengblogger after been hacked 2011

Tuesday, July 19, 2011

KUANTAN MOUNTAIN BIKE CHALLENGE 2011


Kuantan Mountain Bike Challenge 2011 pada 25 September 2011 (Ahad)

Berita baik kepada siapa yang berminat dengan aktiviti mountain bike dan Jamboree.. KELAB POLIS KONTINJEN PAHANG akan menganjurkan satu pertandingan perlumbaan basikal mountain bike menjelajah Kuantan.. Maklumat lanjut bolehlah dirujuk di Website Penganjur di sini .. Salah satu aktiviti sihat yang boleh disertai.. Terasa jugak nak join tapi sayang tiada geng, nak sertai program seperti ni kena ada juga support, transport dan logistic kalu ramai lagi senang untuk handle dan organize.. Mountain Bike Specialized Rockhopper Comp belum lagi join mana-mana jamboree  :(

Tuesday, July 12, 2011

Pendaki Meninggal Dunia Di Gunung Senyum

Al Fatihah untuk Arwah Fazli Bin Razali - Seorang Pendaki Meninggal Dunia Semasa Aktiviti Mendaki Gunung Senyum Temerloh Pahang Pada Sabtu 9 Julai 2011


Sebenarnya group kami ada berselisih dengan group OGKL ini semasa berkumpul di Terminal Putra, Gombak. Sementara kami menuju ke Hutan Lipur Chemerong, Dungun Terengganu untuk mendaki Gunung Berembun dan Air Terjun Lansir, Group OGKL mempunyai aktiviti pendakian di Gunung Senyum. Sedihnyer Arwah dijemput Ilahi semasa pendakian. Berikut adalah laporan dari ekspedisi pendakian yang melibatkan beliau:

Perkongsian laporan

LAPORAN RINGKAS:OGKL-XPDC PENDAKIAN PUNCAK GUNUNG SENYUM 1600 KAKI(584M)
PADA 09 JULAI 2011

Gunung Senyum yang terletak di dalam kawasan Hutan Lipur Gunung
Senyum,Felda Jengka ,Temerloh,Pahang menyimpan pelbagai khazanah alamyang berharga.Selain mempunyai daya tarikan beberapa buah gua didasarnya, terdapat juga laluan trek pendakian ke puncak Gunung Senyum ini yang berketinggian 1600 kaki dari dasar laut.

Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur telah mengadakan ekspidisi menawan puncak Gunung Senyum ini pada 8-10 Julai 2011 yang lalu.

Berikut adalah serba sedikit laporan pendakian ini:

 08 JULAI 2011

10.00 Malam-Semua peserta berkumpul di stesen LRT Putra Gombak.Ada yang datang lewat disebabkan sekatan jalan raya dibeberapa batang jalan raya di sekitar Kuala Lumpur akibat aktiviti perhimpunan haram jalanan.

 09 JULAI 2011

12.45 Pagi-Para perserta mula berkonvoi menuju ke Hutan Lipur Gunung Senyum,Felda Jengka,Temerloh,Pahang.

 03.00 Pagi-Tiba di perkarangan kawasan meletak kenderaan hutan lipur Gunung Senyum.Para peserta berkumpul dan diberi taklimat ringkas dan kemudian bergerak menuju ke dewan yang disediakan untuk bermalam.

08.00 Pagi-Peserta mula berpindah ke kawasan perkhemahan berhampiran.

08.30 Pagi-Selesai sarapan pagi,para peserta yang seramai 36 orang mula bersiap sedia untuk memulakan pendakian.

Akibat masalah komunikasi dengan guide,pendakian tetap diteruskan dengan menggantikan FBK (Faizal Samat)sebagai 'Guide Bidan Terjun'.

 09.30 Pagi-Setelah taklimat diberikan,FBK diberi peranan untuk mengetuai aktiviti senaman ringan dan regangan sebelum mengetuai pendakian ke kaki gunung senyum.

Setelah bacaan doa pendakian selesai dibacakan oleh salah seorang
peserta, perjalanan bermula ke kaki gunung senyum yang mengambil masa 45 minit melalui kawasan jalan ladang kelapa sawit .Suasana persekitaran yang agak panas dan kering berikutan terdapat beberapa kawasan penanaman pokok kelapa sawit yang dilalui lapang dan gondol akibat aktiviti penebangan pokok kelapa sawit di kawasan terbabit sehingga menyukarkan pencarian tempat mula pendakian kerana laluan asal telah lenyap berbanding 2 tahun yang lepas.

 10.30 Pagi-Tiba di kaki Gunung Senyum,di kawasan tempat mula pendakian. Para peserta memulakan pendakian dengan melalui laluan  berbatu yang tinggi dan curam.Kelihatan beberapa orang peserta wanita berasa gayat apabila melalui kawasan tersebut.

11.30 Pagi-Kumpulan pertama di di Base 2,diketuai oleh guide bidan terjun,FBK dan disusuli oleh kumpulan yang lain.Cuaca panas terik dan kering, menyebabkan suhu di sekitar kawasan gunung meningkat .Ini memaksa semua peserta megeluarkan air minuman masing-masing bagi membasahi anak tekak yang kering.

 12.00 Tengahari-Para peserta memulakan pendakian ke Base 3 dengan memerah keringat dan peluh akibat cuaca panas terik serta melalui denai yang berbongkah batu  yang hanya ditumbuhi beberapa batang pokok dan resam sahaja.

01.00 Petang-Kumpulan pertama tiba di BASE 3. Alhamdulillah.. setelah berpanas terik,akhirnya kami tiba di kawasan rehat ini yang mempunyai kawasan yang redup serta ditumbuhi pepohon tinggi yang agak rapat.Papan tanda di kawasan tersebut menunjukkan jarak pendakian ke puncak ada lagi 3KM!..Terpengaruh dengan papan tanda tersebut kami berehat seketika sebelum menyambung pendakian ke puncak.

 01.30 Petang.Kumpulan pertama tiba di puncak Gunung Senyum.Terdapat ‘BEIRUT’ di puncak.Sangkaan kami bahawa perjalanan 3 km seperti yang tertulis pada papantanda di Base3 meleset sama sekali,tidak sampai 1km pun kami berjalan dari Base3 ke puncak,hanya mengambil masa 10-15 minit sahaja.

02.30 Petang.-Kumpulan terakhir tiba di puncak diketuai oleh En.Hadri selaku ketua program bersama beberapa orang peserta yang agak keletihan.Akibat keletihan ,beberapa orang peserta kelihatan melelapkan mata di celah-celah tiang ‘beirut’ dan semak samun.

 03.30 Petang-Setelah sesi fotogarafi selesai,para peserta mula turun dari puncak diketuai oleh guide bidan terjun,FBK.Encik Apip ,selaku pengerusi Kelab menjadi orang terakhir di belakang(sweeper)Sekali lagi perjalanan turun menjadi ekstrem akibat cuaca panas terik yang membahang memantul keluar dari permukaan gunung memerah keringat dan mendahagakan anak tekak para peserta disamping terpaksa berhati-hati ketika menuruni kawasan yang agak berbahaya dan  curam.

 04.40 Petang-Peserta pertama yang juga guide bidan terjun,tiba di kawasan perkhemahan Gunung Senyum.

 05.30 Petang-Sesuatu yang tidak diduga dan di luar jangkauan
berlaku,Berita kurang menarik dari En.Apip yang berada di Base2 diterima oleh FBK yang dimaklumkan terdapat seorang peserta lelaki, Fazli Bin Razali yang berusia 40 tahun‘pengsan ‘sebelum rebah ke bumi dan seorang peserta wanita terjatuh semasa menuruni kawasan berbatu(tidak berapa parah,Cuma tulang belakangnya tergeliat).

Berita tersebut segera dimaklumkan pada Renjer Hutan yang
bertugas.Secara kebetulan terdapat beberapa orang anggota Tentera berada di situ.Mereka segera menghulurkan bantuan dengan menghantar 3 orang anggota mereka menaiki kenderaan pacuan 4 roda Jabatan Perhutanan ke kaki gunung dan memulakan pendakian ke Base 2 untuk operasi menyelamat.

Salah seorang anggota mereka merupakan seorang paramedik.

Jabatan pertahanan Awam,Bomba dan Penyelamat ,Polis dan Ambulan turut dimaklumkan mengenai kejadian tersebut.

 05.45 Petang-Semasa perjalanan menaiki kenderaan pacuan 4 roda jabatan perhutanan ke kaki Gunung  Senyum,kelihatan beberapa orang peserta termasuk seorang AJK Kelab, Nina telah selamat turun dari puncak dan meneruskan perjalanan kembali ke basecamp,Mereka juga telah dimaklumkan mengenai kejadian yang berlaku.

 06.00 Petang-Sebuah kenderaan Ambulans dari Klinik Kesihatan Bandar Jengka tiba di kaki Gunung Senyum menunggu mangsa yang akan dibawa turun dari Base2 tersebut.

 06.30 Petang-Berita Sedih DITERIMA.seorang peserta yang ‘pengsan’sebentar tadi,,EN.FAZLI telah disahkan MENINGGAL DUNIA …,AL- FATIHAH..

Akibat keadaan laluan yang curam dan berbahaya,Operasi membawa turun mayat Arwah Fazli tidak dapat dilaksanakan.

 07.00 Petang:Sepasukan anggota Bomba dari balai bomba Temerloh,polis dan ambulan tiba di kawasan basecamp gunung senyum.Salah seorang anggota bomba bergegas ke kaki gunung dan memaklumkan ,operasi menyelamat dan membawa turun mangsa tidak dapat dilaksanakan berikutan cuaca agak mendung serta hari semakin gelap dan keadaan trek yang curam serta merbahaya kepada anggotanya dan juga mangsa yang terbabit.

Operasi membawa turun mayat Arwah Fazli dan seorang peserta wanita yang cedera tersebut akan dilakukan pada pagi esoknya dengan menggunakan bantuan Helikopter dari Pusat Operasi Kerajaan Negeri Pahang.

08.00 Malam:Suasana semakin pilu dengan kedatangan waris Arwah Fazli yang terdiri daripada abang beliau serta sanak saudara terdekat.Ketika itu hujan lebat mula turun membasahi bumi dan bekalan elektrik di Basecamp secara tiba-tiba terputus.

 10.00 Malam:Bantuan makanan dan keperluan lain segera dihantar kepada mereka yang bersama menjaga jenazah arwah Fazli di Base2 iaitu Apip,Hadri,rakan arwah Fazli, seorang peserta wanita yang tercedera tersebut bersama rakannya.Bantuan tersebut dihantar oleh 3 orang anggota tentera dan beberapa orang dari pasukan bomba tambahan yang tiba pada malam tersebut yang melakukan pendakian malam ke Base2 dan turun semula pada jam 2 pagi.

 11.30 Malam:Bekalan elektrik di basecamp kembali pulih.Peserta mula berpindah semula ke dalam Dewan .

Kedengaran sayup-sayup suara bacaan surah Yassin yang dibaca oleh ahli keluarga arwah Fazli bersama beberapa orang peserta dan renjer hutan di surau berhampiran.

 10 JULAI 2011

 09.00 Pagi-Setelah sarapan pagi,3 orang peserta dari OGKL iaitu
Razman,Ijam.Pojie diarahkan untuk mendaki semula ke BASE 2 bagi membantu anggota bomba dan tentera melalukan persiapan kerja-kerja memindahkan mangsa ke dalam helikopter yang akan tiba beberapa jam kemudian.

12.00 Tengahari:Helikopter Penyelamat tiba di Base 2,,jenazah arwah Fazli bersama mangsa yang tercedera tersebut segera diangkut ke dalam helikopter menggunakan peralatan yang disediakan dan terus dibawa ke Hospital Temerloh.

02.30 Petang,Para peserta mula berkemas .Beberapa orang peserta akan bertolak ke Hospital Temerloh bagi membantu  urusan pengebumian arwah Fazli…
 p/s:Kematian Arwahyarham Fazli Bin Razali diklasifikasikan sebagai kematian mengejut..

Mari kita semua sedekahkan AL-FATIHAH  kepada Arwah Fazli.Semoga roh Beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..AL-FATIHAH…..

**Untuk mengetahui perkembangan terkini dan situasi semasa,anda boleh
merujuk serta menhubungi AJK Kelab yang terlibat.

LAPORAN DISEDIAKAN OLEH:
MOHD FAIZAL BIN SAMAT(FBK)
10 JULAI 2011     11.30 MALAM


Mengikut catatan seorang rakan baik; "Gunung Senyum ni terletak lebih kurang 30 minit dari Bandar pusat jengka… Kali terakhir aku dengar org naik gunung ni adalah dlm tahun 98/99…. Ditutup sbb trek yg bahaya – curam dan ada tempat2 tertentu yg struktur tanah tak kuat… (bawah trek ada gua).. x silap aku masa tahun 98/99 tu pun ada 2 org mat saleh jatuh ke dalam gua gajah dari atas trek ke puncak… kita mmg xx tau kat mana jalan yg x de gua kat bawah… so, mmg bahaya. Gunung senyum ni lebih terkenal dgn xtvt explorasi gua… ada lebih kurang 40 gua kat sekitar gunung tu… dan terlalu banyak benda mistik …. Tu je kot yg aku tau pasal gunung tu… lain2 cerr baca kat mana2……"

signboard image of Gunung Senyum Park


Laporan Berita Di Sinar Harian 

Friday, July 1, 2011

Snacking, not portion size, largely driving U.S. overeating

Snacking, not portion size, largely driving U.S. overeating


New article from yahoo say that eating snack frequently of course.. even slight increase in portion could be the major contributor for American obesity problems; read more at the Yahoo website. Over the past several decades Americans have steadily gotten fatter. Although their increasingly sedentary lifestyles are partly to blame, a big reason for our American weight gain is that they are simply eating more.

In the mid-2000s, government surveys show, the average American adult ate about 2,375 calories per day, nearly one-third more than he (or she) did in the late 1970s. What accounts for all those added calories?

According to a new study, the biggest single contributor to the sharp rise in calorie intake has been the number of snacks and meals people eat per day. Over the past 30-odd years, the study found, Americans have gone from consuming 3.8 snacks and meals per day to 4.9, on average—a 29 percent increase.

The average portion size has increased, too, but only by about 12 percent. And, surprisingly, the average number of calories per 1-gram serving of food (known as "energy density") actually declined slightly over that period, which suggests that calorie-rich food has played a relatively minor role in our expanding waistlines.

"The real reason we seem to be eating more [calories] is we're eating often," says the lead author of the study, Barry Popkin, Ph.D., a professor of nutrition at the University of North Carolina at Chapel Hill. "The frequency of eating is probably, for the average overweight adult, becoming a huge issue."

How To Sleep Well

This Is 3 Ways How To Sleep Well

  1. Avoid stimulants after 6pm - Caffeine, cola and alcohol should be avoided in the evenings because they have stimulant effects on the body that makes it hard to switch off come sleep time. Replace it for tea or plain water.
  2. Keep Your Bedroom Dark - Artificial light will interfere with the production of hormones that make you sleepy. Hormone such as melatonin was only produced by body in dark situation. A slight  increase in light brightness would effect its production. Melatonin is known as longevity hormone helps in cell repair and fight free radical. Keep electronic equipment away from bed and keep the room cool.
  3. Sex Helps.. Don't be confused!! you got that right. An orgasm releases a cocktail of hormones in the brain, some of which make you dozy and help induce sleep. Some can help ease a headache as well .. mmmmmmm

Related Articles

Sleep Well To Stay Healthy

Enough Sleep Help You To Stay Healthy!!!!

Research has shown that not getting enough sleep on regular basis in increase your the chances of getting diabetes, heart disease and obesity. The + side is getting at least 8 hours of sleep every night not only give you health but beautiful skin and longevity too!!! Read this on how to sleep Well!


Related article

Thursday, June 30, 2011

Blog Live Healthy Sekarang Page Rank 3

Blog Page Rank 3

Alhamdulillah sekarang blog livehealthyactive yang ntah apa apa ni dah dapat Page Rank 3, sedangkan post sekali sekala jer kat blog ni.. yang pelik blog satu lagi www.rainforestoutdoor.com plak jatuh kepada PR 0 hu hu... sedangkan blog rainforestoutdoor lagi banyak post dan lagi banyak visitor.. aku suspect PR jatuh mungkin selepas edit html blog aku untuk tambah keyword yang macam ni:


pening juga apa faktor yang menentukan page rank ni dan apa sebab page rank rainforestoutdoor jatuh.?.
sape yg expert tolong lah explain...


Saturday, May 21, 2011

Susu UHT

Bahaya High Fructose Corn Syrup (HFCS)dalam Susu UHT 1Malaysia?


Susu memang banyak khasiat, terutamanya kandungan kalsium yang tinggi adalah amat baik untuk tumbesaran Kanak-Kanak. Justeru itu usaha Kerajaan mewujudkan skim Susu UHT atau dengan nama barunya Susu UHT 1Malaysia adalah amat dipuji. Budaya minum susu ini masih asing dikalangan rakyat dan bangsa melayu khususnya. Tidak peliklah jika kita lihat ketinggian dan susuk tubuh orang Melayu ini agak rendah dibandingkan dengan ketinggian lain bangsa di Malaysia ini. Mungkin kerana kos yang tinggi untuk membeli susu dan tidak pula menjadi budaya orang Melayu untuk memilihara lembu atau kambing susu mengurangkan peluang untuk kanak-kanak bangsa Melayu menikmati susu sebagai satu makanan yang amat berkhasiat. Jadi skim bantuan susu UHT 1Malaysia untuk kanak-kanak miskin adalah amat baik sekali. Namun niat yang murni harus juga disusuli dengan perlaksanaan yang baik. 

Apabila isu halal ditimbulkan oleh ahli PIBG Sekolah Kebangsaan Kubur Panjang Shaharol Niza Omar[1] ,  mula timbul tambahan fakta yang berkaitan susu UHT 1Malaysia yang tidak berapa sedap nak dengar. Satunya susu ini adalah dimport dari Korea? tidak lama dulu timbul isu sebuah Syarikat Pembekal susu tempatan di Pahang yang terpaksa membuang bertan-tan liter susu hanya kerana  tiada pemproses yang ingin mengambil bekalan. Ironinya bila Susu UHT 1Malaysia perlu diimport dari Korea timbul persoalan adakah benar bekalan susu segar adalah tidak mencukupi di Malaysia? Koordinasi antara kementerian Pelajaran dan Kementerian yang berkaitan harus dikaji atau adakah sebenarnya tiada langsung koordinasi antara agensi kerajaan ini. Semestinya Kementerian Pelajaran menetapkan syarat kontrak Syarikat pembekal hendaklah hanya memperolehi bekalan susu daripada sumber tempatan.

Keduanya, kandungan susu dalam Susu UHT 1Malaysia hanya 40% [2] !!!!  lainnya adalah bahan bahan lain termasuk  pemanis High Fructose Corn Syrup (HFCS) iaitu mengandungi pemanis fructose antara 42%-55%. Dalam satu kajian yang di laporkan adalam Journal Of Clinical Investigation melaporkan bahawa orang dewasa yang mengambil minuman manis dengan fructose untuk 10 minggu menunjukkan peningkatan tahap lemak di bahagian perut, harmful blood lipid, dan insulin sensitivity menurun yang boleh meningkatkan risiko mendapat penyakit Kencing Manis

Ketiganya timbul pula isu melamin didalam Susu UHT ini!, masih di peringkat analisa Jabatan Kesihatan haraplah tak ada tambahan melamin dalam Susu UHT 1Malaysia ini kerana Melamin ini boleh memberi kesan kesihatan yang serius! Mintak jauh perkara ini dari berlaku pada kanak-kanak sekolah kita. 


Salah satu sebab High Fructose Corn Syrup (HFCS) ini jadi pilihan pengilang adalah kerana ia murah!! Malah HFCS juga dikaitkan sebagai faktor penyebab kanser.. berikut adalah kajian yang dijalankan oleh Doktor Anthony Heaney[3]

Why HFCS Is BadDr. Anthony Heaney has just published a study with revealing new information about HFCS. He’s an Associate Professor at the David Geffen School of Medicine at UCLA. He’s written many articles for peer-reviewed publications, including the Journal of Clinical InvestigationNature Medicine, Clinical Endocrinology, and Pituitary.He also serves as a reviewer for the Journal of Clinical Investigation, Cancer Research, and the Journal of Clinical Endocrinology & Metabolism.
His new study, published in Cancer Research, focused on pancreatic cancer.
HFCS is a combination of fructose and glucose. These two sugars have long been considered interchangeable… but that may not be the case. Dr. Heaney found that pancreatic cancer cells metabolized them differently. The cells used fructose to generate nucleic acids – building blocks of RNA and DNA – which cancer cells need to divide and flourish.
Dr. Heaney believes his findings “have major significance for cancer patients, given dietary refined fructose consumption.”
In fact, he feels so strongly about the need to reduce fructose intake that he believes the federal government should step in.
Dr. Andrew Weil agrees that “HFCS is definitely bad for you.” He holds degrees in biology and medicine from Harvard University. He has an international reputation as an expert on alternative medicine, mind-body interactions, and medical botany.
“Eliminating HFCS from your diet can have many health benefits,” says Dr. Weil. “[Dr. Heaney’s] UCLA study suggests that prevention of pancreatic cancer – and possibly other malignancies – may be one of them.”

Jika baru baru ini timbul isu obesiti dikalangan kanak-kanak sehingga arahan larangan penjualan makanan tidak berkhasiat di kantin sekolah, isu kualiti Susu UHT 1Malaysia wajib difikir dan diperhalusi oleh Kementerian Pelajaran. Jika tidak kriteria pemilihan pembekal mungkin dipersoalkan oleh rakyat. Jika pembekal terpilih hanya mementingkan keuntungan dengan mencari bekalan yang murah tanpa memikirkan kesan kepada kesihatan kanak-kanak adalah amat dikesali. Doakan moga jauh  kemungkinan isu rasuah terbabit. Mungkin SPRM boleh  membuat pengawasan supaya isu Susu UHT 1 Malaysia ini lebih telus.

Rujukan

[1] http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Susu1Malaysiadisahkanhalal/Article/
[2] http://www.malaysiakini.com/news/164573
Related Artikel:

Thursday, May 12, 2011

Isotonic Sports Drinks and Soda May Do More Harm Than Good

Isotonic Sports Drinks and Soda May Do More Harm Than Good To Your Health

Sports drinks ads may be one of those genius ads that successfully trick the mass. Promoted as a specially formulated to hydrate  and quickly replace fluids, energy and electrolytes lost during sports activity allowing you to perform at your peak! a quick look at the ingredients is not hard to comprehend what give you that said energy, it is just carbohydrate and sugar. You might not feel the sweet taste but in 325ml can of isotonic sports drinks contain at least 22g of sugar!.  Your might ruin the objective hour of running to get rid of your stubborn  flab by gulping that isotonic sports drinks and need another round just to get rid back of those sugar. It doesn't have any of those selling words "electrolytes" but it help to replace it with the help of those sodium in its ingredient.  Oralite Oral Hydration Salt ORS would do better to rehydrate athlete. Worst, those added preservative, colouring and conditioner in Isotonic Sports Drinks will not give any benefit to you but more harm could...


Saturday, April 30, 2011

Bukit Saga

Peta ke Bukit Saga,Taman Saga Cheras

Trek Bukit Saga adalah trek yang popular di kalangan penduduk sekitar Taman Saga dan peminat aktiviti luar tingkap. Pada siapa yang belum pernah mendaki Bukit Saga jangan lepas peluang untuk mendaki Bukit Saga kerana beberapa sebab; 1. Ia adalah dekat sahaja dengan pusat bandar KL 2. Trek/laluannya bersih dan di jaga dengan baik 3. Jika anda peminat aktiviti luar tingkap ini adalah salah satu trek wajib daki di KL 4. Di kawasan hutan simpan ini terdapat satu air terjun yang cantik dan terjaga! 5. Ia mudah sahaja untuk ke sana dan saya telah siapkan peta nya (",)


Trek di kawasan hutan simpan ini mempunyai banyak laluan iaitu di namakan sebagai laluan A, B, C & D. Setiap laluan mempunyai jarak dan tahap kesukaran yang berbeza. Untuk pendaki tetap disini, mendaki Bukit Saga dari mana-mana starting point samada Taman Saga atau Taman Ceupacs adalah sesuatu yang biasa. Dan pendaki biasa disini adalah pakcik, makcik, uncle, auntie; jika mereka yang berumur ini boleh mendaki Bukit Saga begitu juga anda bukan?


Namun jangan ambil mudah, trek Bukit Saga adalah agak pacak dari mula trek dan menaik hingga ke Puncak / Campsite. Jika anda pernah mendaki Gunung Datuk, anda akan lebih senang untk membayangkan tahap kecuramannya :) namun dalam jarak yang lebih pendek dari trek Gunung Datuk. Ambil masa anda sendiri dan secara normal pendaki akan berjaya sampai ke Campsite dalam masa 45minit. Dari campsite anda boleh meneruskan perjalanan lebih ke dalam Hutan Simpan tersebut ke Air Terjun, jangkaan masa untuk sampai dalam 45minit-1jam.    


Tapi jangan terlalu mengharap untuk menghayati pemandangan luas terbentang di atas puncak Bukit Saga yer kerana hutan dikawasan puncak Bukit Saga adalah masih dalam ketegori hutan hujan bukit Dipterocarp dengan pokok yang tinggi menghalang pandangan anda. Jika menghayati pemandangan Kuala Lumpur lebih penting bagi anda lebih baik mendaki Bukit Tabur West atau lepak sahaja di kawasan gerai di kaki Bukit Sagaaaa


View Bukit Saga in a larger map
Ditangga besi

Gerai Jual Nasi Lemak, Kuih dan Buahan.. waaa kat kaki bukit pun ada kedai

mata air


permulaan trek
tengah trek agak terhakis

ada pokok besar di sini


Di camp site
Beirut di Puncak tertinggi Bukit Saga
Related Articles:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...